Selected Preschools in Klang

by on 04/03/2025 ...

Also available in : English 中文版

Artikel ini telah dikemaskini pada 4 Mac 2025.

Dengan pembangunan pesat bandar-bandar baharu di Klang, prasekolah dan tadika juga tumbuh seperti cendawan di kawasan tersebut. Akan tetapi, terlalu banyak prasekolah dan tadika yang sering mendakwa diri mereka sebagai yang terbaik. Oleh itu, Kiddy123 telah membuat senarai prasekolah dan tadika terpilih di Klang termasuklah Bandar Botanic, Bukit Tinggi, Bayu Perdana & banyak lagi! Setiap prasekolah dan tadika ini mempunya keistimewaan mereka tersendiri, teruskan membaca dan lihatlah prasekolah dan tadika yang sesuai dengan pilihan anda.

 

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


 Acmar International & Private Schools, Klang

Ditubuhkan pada pertengahan 2018 dan terletak di lokasi strategik di Bandar Baru Klang, Acmar International and Private Schools telah memperoleh reputasi sebagai yang terbaik dalam kategorinya, semuanya kerana pendekatan holistik yang sihat dalam membimbing pelajar mereka sebagai pemikir kreatif dan kritis lengkap dengan kemahiran abad ke-21 yang amat diperlukan. Ini tidak dapat dielakkan apabila mereka memiliki kemudahan terbaik yang kondusif untuk pelajar mengasah pengetahuan dan kemahiran droning, robotik, pengekodan, dan lain-lain yang sesuai dengan dunia moden.

Dalam menyokong aspirasi negara kita untuk menjadi hab pendidikan serantau, AIS komited untuk kecemerlangan dan mengutamakan pendidikan berkualiti untuk pelajarnya. Setiap pendidik dan kakitangan memberi perkhidmatan mereka kepada sekolah dan masyarakat dengan sepenuh hati. Ia menawarkan pendidikan sekolah antarabangsa dan swasta yang boleh diperoleh oleh semua pelajar yang tinggal di Malaysia. Kemudahan asrama yang diurus dengan baik menjadikannya lebih mudah diakses oleh semua orang.

Acmar International & Private Schools (Early Years), Klang

Acmar International & Private Schools (Early Years), Klang
PT 21156, Persiaran Rajawali, Bandar Baru Klang,

Klang, Selangor 41150
Malaysia
03-3362 4333 / 016-968 8XXX
Show Number
03-3362 4333 / 016-968 8402 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Dengan sejarah lebih 60 tahun, Beaconhouse Preschool Klang telah mendidik generasi atas generasi penduduk di Klang, dan terus menghasilkan individu yang cemerlang, sekarang di bawah jenama Beaconhouse yang terkemuka. Kurikulum sekolah mengandungi elemen dari pelbagai pendekatan pembelajaran dan ianya digandingkan dengan aktiviti yang menggayakan, sesuai dengan falsafah Beaconhouse “Play to Learn, Learn to Play”. Selain subjek akademik, kanak-kanak di sini turut mengambil bahagian dalam pembelajaran berdasarkan projek, di mana mereka dapat mengasah kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran secara kritis mereka. Ruang sekolah termasuklah bilik darjah yang besar dan halaman yang luas sangat kondusif untuk pembesaran kanak-kanak.

Beaconhouse Preschool, Klang

Beaconhouse Preschool, Klang
No. 43, Jalan Ibus, Southern Park,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
03-3371 2340 / 018-215 8XXX
Show Number
03-3371 2340 / 018-215 8008 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Beaconhouse Preschool Sarah’s Klang merupakan sebuah tadika dengan sejarah selama tiga dekad di bandarraya Klang, menawarkan suasana pembelajaran yang mesra untuk kanak-kanak berusia 18 bulan hingga enam tahun. Ia diikitiraf sebagai sekolah yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai pendekatan yang holistik, dengan penekanan diberikan kepada membina asas yang kukuh dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin, belajar sambil bermain, serta aktiviti yang berstruktur. Dengan pelbagai kemudahan yang luas seperti kolam renang yang tertutup, ruang permainan di luar, dan juga bilik darjah yang lengkap, sekolah ini menyerlahkan komitmennya terhadap memupuk perkembangan yang seimbang dan pengalaman pembelajaran yang komprehensif untuk setiap muridnya.

Beaconhouse Preschool, Sarah’s Klang

Beaconhouse Preschool, Sarah’s Klang
No. 9 & 11, Lebuh Seraya, Taman Palm Grove,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
03-3373 8117 / 018-213 8XXX
Show Number
03-3373 8117 / 018-213 8008 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Sebagai salah satu tadika terbesar di Klang, Selangor, Tadika & Taska Big Apple bukan sahaja tadika dan taska yang sangat digemari, malah kini ia juga merupakan mercu tanda terkenal Bandar Botanic, Klang. Untuk mengatakan bahawa kanak-kanak suka berada di sini adalah tidak cukup memadai, kerana terdapat kanak-kanak yang teruja hanya dengan melihat sekilas logo epal merah ikoniknya itu!

Big Apple dikenali sebagai penyedia pendidikan awal berkualiti tinggi menggunakan sukatan pelajarannya sendiri, yang sudah semestinya mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia. “Saya yakin kanak-kanak bukan sahaja perlu bersedia dari segi akademik untuk menghadapi dunia di kemudian hari dalam hidup, tetapi mereka juga harus mempunyai sikap dan sifat yang akan dapat membantu mereka semasa dewasa nanti. Semua ini perlu diterapkan pada tahun-tahun pertumbuhan kritikal,” kata Cik Cynthia, pengetua sekolah ini.

“Selain memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan awal yang benar-benar memperkayakan kehidupan dan menyediakan mereka menghadapi pelbagai cabaran yang menunggu di masa depan, kemudahan yang kami sediakan di sini juga sudah pasti menjadi salah satu sebab ibu bapa tertarik untuk mendaftarkan anak-anak mereka di sini.”


CIC Sri Andalas Klang sesuai untuk ibubapa dan keluarga yang ingin mencari program pendidikan yang holistic untuk anak-anak mereka yang berusia 3 hingga 12 tahun. Sebahagian daripada jenama CIC Enrichment Centre, pusat ini menawarkan pengalaman pendidikan yang sempurna yang berdasarkan pendidikan moden dan nilai-nilai Islam, dan menyimbangkan akademik dan juga perkembangan menyeluruh setiap kanak-kanak. Terdapat 18 program pendidikan yang ditawarkan yang bertumpukan bidang pendiidkan tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal – selain aktiviti praktikal yang bertujuan untuk memupuk pemimpin masa hadapan yang cemerlang.

CIC Sri Andalas, Klang

CIC Sri Andalas, Klang
No. 20A & 20B, Jalan Seri Sarawak 20B, Taman Sri Andalas,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
012-262 0XXX
Show Number
012-262 0643 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Do Re Mi Baby & Child Care Centre, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang

Para ibubapa usah resah atau bimbang sekiranya menghantar bayi dan anak-anak kecil mereka ke Do Re Mi Baby & Child Care Centre di Bandar Bukit Tinggi 2, Klang, kerana pusat penjagaan ini amat komited terhadap membekalkan penjagaan rapi bagi si manja yang kecil, di samping memupuk mereka ketika peringkat hidup mereka yang terpenting. Pusat jagaan ini beroperasi dari 8 pagi sehingga 7 malam pada hari minggu, sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai masa bekerja yang panjang. Selain mewujudkan persekitaran dan suasana yang mesra dan seperti di rumah sendiri, kanak-kanak di sini turut serta dalam pelbagai aktiviti dan program yang mengalakkan pembelajaran secara menyeluruh, melalui tema mingguan yang akan mendedahkan mereka kepada bahasa-bahasa utama iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Mandarin, selain Matematik, seni dan kraf, pergerakan dan muzik, dan banyak lagi.

Do Re Mi Baby & Child Care Centre, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang

Do Re Mi Baby & Child Care Centre, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang
No. 1, Lorong Batu Nilam 31c, Bandar Bukit Tinggi 2,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
012-827 8004 (Ms. Dee) / 012-827 8862 (Ms. XXX
Show Number
012-827 8004 (Ms. Dee) / 012-827 8862 (Ms. VV) WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Eduwis Aman Perdana bertujuan untuk memupuk perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi anak-anak melalui pembelajaran secara langsung. Dengan menggunakan teori dan falsafah pendidikan terkenal, kurikulum tematik dirancang untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun agar menyeronokkan dan merangsangkan.

Di sini, keselamatan diberi keutamaan paling tinggi; pintu depan sentiasa dikunci, hanya orang yang diberi tanggungjawab sahaja yang boleh mengambil kanak-kanak dan kamera keselamatan dipasang di seluruh premis. Kebersihan dan pemakanan juga diambil kira dalam amalan harian mereka jadi ibu bapa boleh berasa lega apabila mereka mendaftarkan anak-anak mereka di sini.


Eduwis Bandar Botanic ialah tadika berasaskan komuniti untuk kanak-kanak yang berumur 2-6 tahun. Terletak di taman perumahan yang dijaga dengan kawalan keselamatan, seluruh persekitaran menjadikannya begitu aman dan mesra, anda merasa seperti berada di rumah sendiri!

Program pembelajaran Eduwis disepadukan dengan 8 teori & falsafah pendidik terkenal. Oleh itu, jadual pembelajaran adalah sangat seimbang dengan “aktiviti pembelajaran bersepadu tematik” berstruktur dan inisiatif yang menggalakkan penerokaan penuh makna. Sebagai bonus, kanak-kanak di Eduwis Bandar Botanic juga mempelajari Bahasa Inggeris melalui program Cambridge English For Life yang terkenal!


LING Montessori House welcomes children 2.5-6 years old. Founded by Ms. Teh (the principal whom had formal study and career in Montessori education), LING Montessori’s programme principles and pillars of learning reflect 30 years of experience gleaned from offering early childhood education programmmes!

This school educates children by employing a progressive blend of Montessori methods and guiding strategies from our National Standard Preschool Curriculum. Both proven to enrich children’s intellectual, cognitive, social, emotional and physical development. Children are also encouraged to be independent, confident and creative through a balance of collaborative play, academic learning, and hands-on exercises. Overall, parents at LING Montessori House are confident that this is a place to help children blossom in all areas of early growth, while having lots of fun along the way!

 


Little Dreamers Childcare Centre, Klang

Pusat Jagaan Kanak-Kanak Little Dreamers Klang, ditubuhkan pada 2019, menawarkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan untuk kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun. Pusat ini memberi tumpuan kepada membimbing bayi dan kanak-kanak untuk meneroka dunia dan memupuk minat belajar sepanjang hayat melalui dua programnya: Penjagaan Bayi (2-18 bulan) dan Kanak-Kanak Kecil (19-48 bulan). Penjaga yang berdedikasi memastikan kanak-kanak berasa seronok dan gembira setiap hari. Ia difahami bahawa keseronokan adalah asas perkembangan dan pembelajaran di kalangan kanak-kanak. Program di sini direka khas untuk keperluan individu dan perkembangan setiap kanak-kanak adalah mengikut rentak mereka sendiri.

Little Dreamers Childcare Centre, GM Remia, Klang

Little Dreamers Childcare Centre, GM Remia, Klang
A-G-Tadika, GM Remia Residence, Jalan Remia / KSO7, Ambang Botanik,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
017-673 3XXX
Show Number
017-673 3938 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Pusat Jagaan EIQ provides National Preschool Standard Curriculum for children 2-6 years old. It’s a curriculum specially prescribed by Malaysia Ministry of Education, to prepare children for the best possible start to begin school!

This preschool/childcare centre really prepares your kid for real school! Apart from the national curriculum, children still go by the Montessori learning, to discover knowledge through hands-on, and to learn how to be participative through collaborative play. They also learn various enrichment here, especially the New Mathematics! (An IQ-based Taiwanese mathematics curriculum designed to build proficiency in understanding, problem-solving and thorough reasoning in mathematical concepts!)


Shambalaz Kidz adalah prasekolah kepimpinan premium yang pertama di Malaysia. Prasekolah ini sangat menekankan pembangunan kepimpinan dan pembentukan peribadi. Mereka tidak menggunakan istilah “mengajar” tetapi kanak-kanak Shambala Kidz “dilatih” mengenai kemahiran komunikasi, kemahiran persembahan, kemahiran merancang, kemahiran pengurusan kewangan & masa, dan keupayaan eksekutif.

Mereka menggunakan kemudahan kelas pertama untuk pembelajaran. Pengawal keselamatan juga digunakan untuk memantau kawasan prasekolah. Secara keseluruhan, jika anda mencari sesuatu yang berbeza untuk anak anda, Shambala Kidz adalah pilihan yang baik


Aktiviti praktikal dan pembelajaran berasaskan projek menjadi tumpuan di Small Wonder Malaysia, Bandar Bukit Tinggi, sebuah prasekolah yang mempunyai kurikulum yang dinamik, sesuai dengan setiap tahap perkembangan kanak-kanak. Sekolah ini dibahagikan kepada dua kampus yang besar, dikelilingi kehijauan, dengan ruang yang luas serta reka bentuk yang cantik bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk kanak-kanak kecil. Subjek utama yang diajar di sini termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, dan Matematik, yang selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), disokong dengan buku dan bahan-bahan pembelajaran dari jenama Talento.

Small Wonder Malaysia, Bandar Bukit Tinggi (Junior & Senior)

Small Wonder Malaysia, Bandar Bukit Tinggi (Junior & Senior)
No. 1 & 3, Lorong Batu Nilam 12A, Bandar Bukit Tinggi,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
017-230 9XXX
Show Number
017-230 9130 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Pembelajaran bukanlah setakat menerima didikan dari guru sahaja. Oleh itu, Small Wonder Malaysia, Bandar Parklands, Klang melibatkan kanak-kanak dalam proses pembelajaran melalui pendekatan yang pelbagai, termasuklah elemen dari Montessori, KSPK, dan pembelajaran berdasarkan projek. Sekolah ini dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan yang sesuai untuk kanak-kanak, seperti bilik darjah yang amat luas, perpustakaan, taman permainan luar, dan ruang ‘messy play’. Salah satu ciri unik di sini ialah pembelajaran berdasarkan projeknya, yang memupuk kreativiti, daya penyelesaian masalah, di samping mengembangkan kemahiran sosial dan komunikasi kanak-kanak.

Small Wonder Malaysia, Bandar Parklands, Klang

Small Wonder Malaysia, Bandar Parklands, Klang
Lot PT108310, Jalan Delima 13, Bandar Parklands,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
017-230 9XXX
Show Number
017-230 9130 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Sebahagian daripada jenama Stellar Preschool dari Johor, Stellar Preschool Klang membawa pendekatan pembelajaran, pedagogi holistik, serta persekitaran mesra yang sama seperti sekolah induknya. Sekolah ini menghormati sejarah prasekolah yang sebelumnya, yang kini diduduki Stellar Preschool Klang. Pada masa yang sama, mereka menyerlahkan kewibawaan serta kualiti tinggi jenama Stellar melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang menggayakan, digandingkan bersama kurikulum yang kuat. Selain akademik, murid-murid di sekolah ini diajar kemahiran kehidupan seharian untuk memupuk semangat berdikari, nilai-nilai murni, dan banyak lagi, bagi membina mereka menjadi individu yang cemerlang.

 


SunnySeeds Academy & E-learning, Aman Perdana Klang adalah tadika yang baru dibuka untuk minda muda yang mempunyai rasa ingin tahu berusia 3 hingga 6 tahun. Sebagai pemain baru komuniti pendidikan tempatan, Sunnyseeds menawarkan kurikulum yang mantap, lengkap, yang menggabungkan pembelajaran akademik dan kemahiran untuk menyokong pertumbuhan intelektual, kognitif, sosial, emosi dan fizikal anak-anak. Mereka menetapkan asas pembelajaran dan keyakinan untuk menghadapi cabaran masa akan datang

Komponen utama kurikulum di SunnySeeds adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Guru menghidupkan pelajaran dengan cerita, permainan, muzik, media, sukan dan aktiviti luar. Ini adalah salah satu tujuan mereka untuk memberi banyak peluang kepada anak-anak untuk bertanya, bereksperimen dengan perkara baru, bermain dengan pelbagai kemungkinan dan menemui potensi dalaman mereka. Pada masa yang sama, guru juga mendorong anak-anak untuk bekerjasama dengan rakan-rakan, mengekspresikan diri dan mencari cara kreatif untuk menyelesaikan masalah. Mereka mahu anak-anak tidak pernah hilang rasa ingin tahu untuk belajar sesuatu yang baru. Dalam keseluruhan proses ini, anak-anak belajar lebih dari sekadar asas yang diperlukan untuk memastikan kelancaran pembelajaran ketika mereka memasuki sekolah rendah. Mereka juga mengembangkan kemahiran yang mereka perlukan di kemudian hari, terutama kemahiran kepemimpinan.


Tadika Anak Bintangku telah lama dipercayai sebagai penyedia pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti di Klang. Dengan reputasi yang kukuh, prasekolah ini bertujuan untuk membantu setiap kanak-kanak untuk memenuhi potensi penuh mereka dalam semua bidang keperluan pembangunan.

Prasekolah ini mengiktiraf kecekapan kanak-kanak sebagai pelajar berdikari. Oleh itu, pendekatan untuk pendidikan di tadika itu adalah”child-led”, yang membolehkan setiap kanak-kanak untuk belajar dan bermain yang didorong oleh rasa ingin tahu mereka sendiri. Kurikulum untuk kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 6 tahun di sini mengikuti standard pembelajaran dalam pelbagai bidang termasuk emosi, fizikal, ekspresi kreatif, bahasa, pemikiran matematik dan saintifik, pemikiran kritis dan kajian sosial.


Selama lebih 30 tahun penubuhannya, Sri Kenanga adalah tadika yang prihatin. Apa yang menjadikan mereka menonjol adalah sikap mereka terhadap kanak-kanak dan masyarakat. Sudah tentu semua kanak-kanak yang datang dijaga dengan baik, tetapi perbezaannya ialah mereka membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Keuntungan dari tadika sering disumbangkan kepada rumah anak yatim dan/atau individu yang memerlukan.

Sri Kenanga kini mempunyai 2 cawangan. Cawangan Botanic ialah sebuah rumah kedai tiga tingkat yang kelihatan begitu ceria dan menarik. Tempat yang terang dengan cahaya semula jadi dan terasa sangat lapang dengan banyak ruang untuk kanak-kanak meneroka! Sekolah ini bahkan pernah dipaparkan di majalah Female kerana sistem pengekodan khas mereka untuk keselamatan anak-anak di sekolah!

 

Tadika Sri Kenanga, Bandar Botanic

Tadika Sri Kenanga, Bandar Botanic
No. 22, Jalan Kasuarina 11,

Bandar Botanic, Klang, Selangor 41200
Malaysia
03-3318 8XXX
Show Number
03-3318 8728 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Ini adalah cawangan yang lain Tadika Sri Kenanga di Bayu Perdana. Terletak di banyak sudut deretan rumah teres, tadika ini sangat luas, bersih dan selesa. Guru di sini terlatih dan berkelayakan untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas juga!

Terdapat sesi pagi, sesi petang, dan program pengayaan sepenuh hari. Kumpulan umur yang berbeza belajar dengan cara berbeza di Tadika Sri Kenanga. Contohnya, kanak-kanak berumur 3-4 tahun akan mengikuti gaya pembelajaran Montessori untuk lebih banyak waktu bermain dan belajar mengikut kemampuan tersendiri. Kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun akan mengikuti gaya pembelajaran Waldorf untuk belajar berdikari dan latihan keyakinan diri. Mereka juga diperkenalkan kepada kerja berkumpulan dan bahan yang lebih “educational” untuk memastikan persediaan yang baik bagi sekolah rendah.

Tadika Sri Kenanga, Bayu Perdana

Tadika Sri Kenanga, Bayu Perdana
No. 66 & 68, Solok Batu Unjur 5B, Taman Bayu Perdana,

Klang, Selangor 41200
Malaysia
03-3324 3XXX
Show Number
03-3324 3803 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

_x

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025