Selected Special Needs Centres in Malaysia

by on 25/03/2025 ...

Also available in : English 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 4 Mac 2025.

Kanak-kanak berkeperluan khas seharusnya turut mendapat kurikulum yang berkualiti dan sokongan yang setara dengan rakan neurotipikal mereka. Dengan ini, kami ingin membantu ibu bapa yang perlu memperkenalkan anak mereka kepada terapi intensif dan program intervensi dengan senarai pusat keperluan khas (Special Needs Centers) terbaik kami di Malaysia untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah autisme, kelewatan pertuturan, ADHD, kesukaran belajar dan kelewatan perkembangan dan lain-lain.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.

 


Active Special Needs merupakan program senaman (gim) inovatif yang mewakili usaha perintis di Malaysia untuk menyediakan aktivti fizikal yang disesuaikan untuk keperluan kanak-kanak khas berusia tiga hingga 10 tahun. Program ini beroperasi daripada cawangan-cawangan Headstart Academy di Shah Alam dan Glo Damansara, menawarkan akses kepada kemudahan kelas gim seperti dinding mendaki batu (rock climbing wall) dan peralatan sensori. Melalui kelas yang dipimpin oleh pakar serta persekitaran yang menyokong, Active Special Needs menawarkan faedah yang jelas kepada keseluruhan kesejahteraan dan perkembangan peserta-peserta mudanya.

Active Special Needs, Shah Alam

Active Special Needs, Shah Alam
Lot 3F-23A & 3F-25, 3rd Floor, SACC Mall, 14/9, Jalan Perbadanan,

Shah Alam, Selangor 40000
Malaysia
016-318 6XXX
Show Number
016-318 6037 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Alisther Intervention & Rehabilitation Centre ialah harapan untuk kanak-kanak dengan keadaan perkembangan seperti Autism, ADHD, Disleksia, dan GDD. Ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Puan Aliaa Azura dan Puan Aicezsther, pusat ini menyediakan program holistik yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik setiap kanak-kanak, termasuk terapi pertuturan, terapi okupasi, dan program intervensi awal. Dengan pasukan pakar yang kepelbagaian serta kemudahan canggih, Alisther memupuk kemahiran akademik, sosial, dan kehidupan untuk membangunkan kanak-kanak serta menyediakan mereka untuk berintegrasi ke dalam masyarakat.

Alisther Intervention & Rehabilitation Centre, Putrajaya

Alisther Intervention & Rehabilitation Centre, Putrajaya
B-2-05 & 06, IOI Conezion, Persiaran IRC 3, IOI Resort,

Putrajaya 62502
Malaysia
011-1687 5XXX
Show Number
011-1687 5203 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Apple King Special Education Centre, Sungai Chua menawarkan perkhidmatan pendidikan dan terapi untuk kanak-kanak yang mempunyai, atau berisiko, dalam keperluan khas. Perkhidmatan di sini terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas. Melalui proses saringan, penilaian, dan intervensi langsung, matlamat pusat ini adalah untuk membantu keluarga dalam membekalkan penjagaan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Kepakaran di sini merangkumi pelbagai spektrum termasuklah autism, ADHD, disleksia, masalah pembelajaran, dan maslaah perkembangan otak. Tidak kira apa jua cabaran, khidmat pemulihan di sini disesuaikan untuk kanak-kanak individu berdasarkan keperluan masing-masing dalam persekitaran yang positif dan kurang tekanan.

Apple King Special Education Centre, Sungai Chua, Kajang

Apple King Special Education Centre, Sungai Chua, Kajang
No. 23, 1st Floor, Jalan Berjaya Baru 1, Taman Berjaya Baru, Sungai Chua,

Kajang, Selangor 43000
Malaysia
010-207 1XXX
Show Number
010-207 1838 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Aspire Inclusive Community ialah sebuah pusat pendidikan khas yang mengutamakan pendidikan inklusif untuk kanak-kanak dari latar belakang yang berlainan. Ditubuhkan pada tahun 2020, pusat ini mengamalkan program yang komprehensif bagi menyediakan pelajar-pelajarnya untuk masa hadapan di mana mereka boleh berdikari. Saiz kelas yang kecil memudahkan pembelajaran individu, manakala pendekatan secara kolaboratif bersama ahli keluarga dan pakar terapi memastikan kanak-kanak mendapat sokongan yang komprehensif. Tumpuan diberikan terhadap mewujudkan persekitaran inklusif, di samping memupuk kemahiran praktikal, dan melalui cara ini, Aspire membina keyakinan dalam kalangan pelajarnya. Kanak-kanak diajar kemahiran hidup yang asas, seperti mencuci baju di dobi dan bagaimana untuk menggunakan wang, di samping kemahiran vokasional seperti memasak. Dari segi akademi pula, Aspire menggunakan kurikulum Eduseed untuk membantu menyediakan pelajar yang ingin mengambil peperiksaan IGSCE, ditambah lagi dengan kursus-kursus elektif seperti kelas computer, robotik, dan seni kraftangan.

Aspire Inclusive Community, Ara Damansara

Aspire Inclusive Community, Ara Damansara
B-02-3A, Pacific Place Commercial Centre, Jalan PJU 1a/4a,

Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
016-325 4XXX
Show Number
016-325 4249 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Ditubuhkan pada tahun 2016, ABC (Autism Behavioral Center) adalah pusat terapi ABA (Applied Behavior Analysis), yang menawarkan kurikulum intensif 1: 1 terapi intensif kepada kanak-kanak dan remaja dengan kebanyakan cabaran pembelajaran termasuk autisme, ADHD, GDD, kelewatan pertuturan, sosial & cabaran tingkah laku, bermula seawal usia 18 bulan. ABC adalah pusat yang terbesar yang menawarkan terapi ABA di Malaysia yang terletak di Bangunan Bangsaria di sepanjang Jalan Maarof di Bangsar. Di samping itu, mereka adalah satu-satunya pusat terapi sehingga kini, yang dilengkapi dengan bilik ‘one-to-one’ untuk semua kanak-kanak; sebanyak 45 bilik individu!

Dengan konsultan yang berkelayakan tinggi dan terlatih dalam ABA, Autism dan SPED secara umum, ABC berusaha untuk menjadi yang terbaik dari segi terapi ABA dan sokongan Autisme dalam masa terdekat.

Autism Behavioral Center (ABC), Bangsar, Kuala Lumpur

Autism Behavioral Center (ABC), Bangsar, Kuala Lumpur
No. 45E, Bangunan Bangsaria, Level 3, Jalan Maarof,

Bangsar, Kuala Lumpur 59100
Malaysia
03-2201 1107 / 012-285 2XXX
Show Number
03-2201 1107 / 012-285 2007 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


AvidAscent Enrichment Centre (Pusat Pengayaan AvidAscent) merupakan sebuah pusat terapi pelbagai disiplin khusus untuk kanak-kanak dan dewasa bekeperluan khas. Pusat ini menawarkan pengalaman yang menggayakan untuk para pelajar mereka, memenuhi keperluan pendidikan mereka menerusi program yang direka khas, di samping mewujudkan tempat yang selamat di mana mereka boleh bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Program School Age menerima kanak-kanak dari usia 7 hingga 14 tahun, menyimbangkan kemahiran akademik dan juga bukan akademik, di mana para pelajar akan diajar kemahiran bahasa seperti membaca, menulis, mendengar, dan bertutur, selain kemahiran bukan verbal seperti kelas muzik dan pergerakan, pendidikan jasmani, dan lain-lain lagi. Perkhidmatan terapi seperti terapi pekerjaan (Occupational therapy) dan terapi pertuturan (Speech therapy) turut tersedia, dikendalikan oleh pakar profesional.

AvidAscent Enrichment Centre for Special Needs, Section 17, Petaling Jaya

AvidAscent Enrichment Centre for Special Needs, Section 17, Petaling Jaya
No. 584, Jalan 17/17,

Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor 46200
Malaysia
017-269 6XXX
Show Number
017-269 6468 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Enso International Academy, TTDI ialah sebuah sekolah “homeschool” yang dibina khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak dengan kelainan upaya. Enso menyediakan tetapan inklusif yang memenuhi pelbagai keperluan khas seperti disleksia dan dalam spektrum autisme – tempat di mana semua kanak-kanak boleh melalui pengalaman pembelajaran sesuai dengan tagline mereka, “Learn. Belong. Succeed.” Staff Enso terdiri daripada pakar yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan khas dan ahli terapi profesional yang benar-benar berdedikasi untuk menyampaikan hasil transformatif untuk setiap kanak-kanak di akademi ini.

Enso mempunyai visi untuk menyediakan pelajar berkeperluan khas dengan seberapa banyak peluang yang boleh sebagai pelajar rendah di sekolah arus perdana. Kurikulumnya – diilhamkan oleh Kurikulum Kebangsaan Inggeris – direka bentuk dengan teliti untuk memberi pelajar pelbagai peluang pendidikan di samping memenuhi keperluan khas yang diperlukan mereka. Persediaan untuk kehidupan di luar sekolah sentiasa menjadi matlamat penting di Enso. Untuk memastikan kehidupan mampan diri untuk setiap pelajar, Enso membawa pembelajaran ke peringkat seterusnya dengan memperkenalkan latihan pra vokasional ke dalam programnya juga.


Flying Kids Child Development Centre, Ipoh merupakan sebuah sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun. Kurikulum pelbagai disiplin di sekolah ini diselaraskan mengikut keupayaan individu, dengan program seperti Program Pendidikan Individu (Individualised Education Programme) dan Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme) yang menekankan bukan sahaja aspek akademik tetapi integrasi sosial dan kemahiran hidup. Tenaga pengajar yang berkelayakan tinggi serta nisbah guru dan murid yang rendah memastikan setiap murid menerima perhatian peribadi yang secukupnya. Flying Kids ada menganjurkan pelbagai aktiviti seperti rombongan bersama ibu bapa, lawatan ke rumah, dan juga memberi cadangan kepada ibu bapa tentang cara-cara untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan anak-anak mereka.


Golden Babies Care Centre di Bandar Kinrara, Puchong terbuka kepada kanak-kanak bekeperluan khas dari usia dua hingga 12 tahun. Pusat jagaan ini menawarkan khidmat penjagaan dan juga pendidikan untuk kanak-kanak yang mempunyai autism, ADHD, masalah penyesuaian sosial, dan isu tingkah laku, melalui program-program seperti Program Intervensi Awal (EIP), terapi ABA, dan latihan kemahiran sosial. Kemudahan-kemudahan di sini merangkumi taman permainan dalaman, CCTV untuk keselamatan, dan bilik-bilik darjah yang fleksibel dan membekalkan suasana yang selesa dan memberangsangkan untuk kanak-kanak. Mereka juga terlibat dalam aktiviti di luar seperti membeli barang di kedai runcit berhampiran, bagi membina kemahiran hidup asas mereka.

Golden Babies Care Centre, Puchong

Golden Babies Care Centre, Puchong
No. 49-1, Jalan BK 5a/2,

Bandar Kinrara, Puchong, Selangor 47180
Malaysia
012-892 4XXX
Show Number
012-892 4243 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


HappyLand adalah pusat terapi pelbagai disiplin untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya atau kelewatan perkembangannya. Pusat ini berusaha memberikan harapan dengan menawarkan perkhidmatan dalam persekitaran menyeronokkan dan bebas tekanan yang membolehkan individu memaksimumkan potensi sepenuhnya. Oleh kerana setiap kanak-kanak unik dengan keperluan yang sangat spesifik, Happyland mengambil kira perbezaan ini dengan pemahaman bahawa program yang dibuat secara individu lebih berkesan. Fokus utama terletak pada kerjasama dengan ibu bapa, pendidik dan profesional sekutu lain untuk mendapat keputusan positif.

Selama 18 tahun, kakitangan Happyland yang terlatih telah membantu beratus-ratus kanak-kanak dengan cabaran seperti autisme, ADHD, gangguan integrasi deria dan Sindrom Asperger. Banyak kanak-kanak mungkin mempunyai diagnosis keseluruhan yang sama, tetapi sangat berbeza dalam tahap kemampuan mereka. Oleh itu, adalah mustahak untuk berkunjung ke pusat dan bertemu dengan kakitangan Happyland agar mereka dapat merangka program yang disesuaikan secara individu untuk mengatasi cabaran yang unik. Cadangan terapi akan diberikan setelah penilaian penuh dilakukan sendiri oleh kakitangan Happyland.

HappyLand Psychology & Therapy Centre, Johor Bahru

HappyLand Psychology & Therapy Centre, Johor Bahru
No. 46, Jalan Ros Merah 3/2, Taman Johor Jaya,

Johor Bahru, Johor 81100
Malaysia
07-353 5XXX
Show Number
07-353 5852 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Hi 5 SEN Care Centre, Balakong menawarkan program pendidikan khas dan jagaan harian untuk kanak-kanak keperluan khas dari usia dua hingga 20 tahun. Diasaskan oleh seorang pendidik SEN yang berpengalaman, pusat ini menawarkan pelbagai program yang direka khusus seperti Program Child Headstart, Program Intervensi Awal (EIP), Educational Therapy, Occupational Therapy, dan Latihan Pre-Vokasional. Pusat ini menitikberatkan persekitaran yang selamat dan kondusif melalui bilangan murid yang kecil dalam setiap kelas, dan juga sokongan yang padu kepada ibubapa dan penjaga melalui sesi latihan dan bengkel secara percuma.

HI 5 SEN Care Centre, Balakong

HI 5 SEN Care Centre, Balakong
20-1, Jalan Simfoni 1, Balakong,

Seri Kembangan, Selangor 43300
Malaysia
019-973 3XXX
Show Number
019-973 3000 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Terletak di Subang Jaya, ISNC adalah pusat institusi pendidikan kendiri. Sekolah ini dibina khas untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran, masalah ‘behavioral’, dan diagnosis perkembangan saraf yang lain.

Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas yang merangkumi Program Intervensi Awal (EIP), bimbingan akademik (Kurikulum Kebangsaan UK), ‘behavioural’, dan intervensi terapi lain yang akan membantu mereka dalam mengembangkan kemahiran asas, seperti kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, ‘self-care’, dan kemahiran kognitif, ISNC bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan khas yang sesuai dengan gaya pembelajaran mereka sendiri.

Visi ISNC adalah berusaha menuju masa depan di mana setiap orang, tanpa mengira kebolehan mereka, akan hidup dalam komuniti yang penyayang dan memahami, dan ini mendasari segala yang mereka lakukan bersama dengan kakitangan yang terdiri daripada pakar pelbagai bidang contohnya, dari pakar tingkah laku, ahli fisioterapi, hingga pendidik berkeperluan khas yang dapat membantu kanak-kanak dengan semua jenis masalah pembelajaran.


Kids Inspire Child Development Center, Kulai, adalah penyedia pendidikan dan terapi untuk golongan berkeperluan khas. Berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pelbagai keperluan khas, Kids Inspire menawarkan terapi pekerjaan dan pertuturan, program intervensi awal, dan kelas keperluan pendidikan khas di bawah satu bumbung. Fisioterapi juga disediakan melalui janji temu.

Di pusat ini, ahli terapi mahir dan berkelayakan, dan guru berdedikasi mereka mempunyai latar belakang pendidikan khas atau psikologi. Pusat ini mempunyai bilik gim yang lengkap untuk ‘sensory intergration’, dan dua bilik darjah untuk tujuan pendidikan atau akademik.


Miles Autism Academy adalah satu pusat sehenti yang pakar dalam menyediakan khidmat diagnosis rasmi, rawatan & intervensi, dan juga khidmat penjagaan harian untuk mereka yang didiagnos dengan autism atau keperluan khas lain. Ahli pasukan utamanya mempunyai 8 hinggan 15 tahun pengalaman meluas dalam berkerja dengan komuniti ini, termasuklah Penganalisis Tingkah Laku Diperakui Lembaga (Board Certified Behavior Analyst – BCBA) untuk memastikan khidmat paling berkualiti tinnggi diberikan kepada semua keluarga.

Miles Autism Academy, Petaling Jaya

Miles Autism Academy, Petaling Jaya
No. 31A, 1st Floor, Jalan SS22/23,

damansara-jaya, Petaling Jaya, Selangor 47400
Malaysia
010-982 9006 / 03-7733 8XXX
Show Number
010-982 9006 / 03-7733 8030 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Oasis Place adalah contoh ‘transdisciplinary practice’ yang melibatkan sekumpulan ahli terapi berpengalaman yang bekerjasama untuk mengatasi pelbagai batasan dan kelewatan perkembangan pada kanak-kanak dan orang dewasa. Beberapa sebab untuk mengunjungi Oasis Place termasuk: kebimbangan mengenai kelewatan perkembangan berterusan dalam komunikasi, ‘movement and play’; keperluan untuk penilaian disasarkan; terapi untuk mencapai tujuan intervensi awal; akses ke program rekreasi inklusif, kem dan sijil profesional.

Rawatan diberikan oleh ahli terapi mahir dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang penilaian, diagnosis dan rawatan. Sesi dirancang untuk memberikan pendekatan menyeluruh yang mengenali keperluan sosial, komunikatif, deria, fizikal dan emosi setiap individu. Rangkaian rawatan yang tersedia termasuk terapi pekerjaan, terapi pertuturan dan bahasa, terapi muzik, psikologi dan pemakanan. Perkhidmatan lain menyokong kanak-kanak dalam kemahiran menulis tangan, mengurus diri dan sosial, menangani penolakan sekolah, dan memproses deria. Di antara usaha aktif mereka untuk mencapai perkara di atas, lawatan klinik ke sekolah dan rumah juga ditawarkan untuk memastikan individu yang memerlukan disokong dalam persekitaran lain.

Oasis Place Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Oasis Place Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Level 16, Menara Sentral Vista, No. 150, Jalan Sultan Abdul Samad,

Brickfields, Kuala Lumpur 50470
Malaysia
03-2276 9111 / 010-900 9XXX
Show Number
03-2276 9111 / 010-900 9673 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Pacific Speech Therapy & Learning Centre di Pulau Pinang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk individu berkeperluan khas berumur 18 tahun ke bawah, termasuklah penilaian komprehensif dan juga servis terapi. Pusat ini membantu kanak-kanak dengan autism, ADHD, Sindrom Down, palsi cerebrum, kelewatan pertuturan dan bahasa, kekangan sosial, masalah pemprosesan sensori, masalah penulisan, disleksia, masalah pembelajaran, dan masalah perkembangan yang lain. Pusat ini menawarkan terapi pertuturan, terapi pekerjaan, program persediaan sekolah, program intervensi awal, dan juga bengkel dan sesi latihan.


Seed Connections Child and Family Psychology and Learning Center, Bukit Jalil menawarkan perkhidmatan psikologi dan pembelajaran untuk kanak-kanak dan remaja yang bertumpukan keperluan emosi, tingkah laku, dan perkembangan mereka. Program utama termasuklah Early Intervention (juga dikenali sebagai Inclusive Learning Club) untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 7 tahun, Terapi Permainan (Play Therapy) untuk mengalakkan luahan emosi, Brain Builders untuk meningkatkan fungsi esekutif, dan Social Playgroup untuk membolehkan kanak-kanak membina hubungan sesame rakan sebaya. Pusat ini menawarkan servis penilaian yang komprehensif dan mereka program pembelajaran khas bagi menyokong keperluan individu. Tenaga pengajarnya yang berdedikasi memastikan keselamatan psikologi dan bekerjasama dengan ahli keluarga melalui sesi bimbingan dan bengkel.

Seed Connections Child and Family Psychology and Learning Center, Bukit Jalil

Seed Connections Child and Family Psychology and Learning Center, Bukit Jalil
No. 2-16, Residensi Park Bukit Jalil, Persiaran Jalil Utama, Bandar Bukit Jalil,

Bukit Jalil, Kuala Lumpur 57000
Malaysia
017-277 6XXX
Show Number
017-277 6605 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Membayangkan sebuah masyarakat yang ideal di mana individu berkeperluan khas dapat menikmati setiap aspek kehidupan yang setara dengan orang lain, SI World menyediakan terapi khusus untuk kanak-kanak dengan keperluan khas bergantung pada keperluan mereka setelah penilaian menyeluruh.

Dengan begitu banyak cawangan di seluruh Malaysia, sekolah ini ingin menjadi sekolah yang mudah diakses dan menyokong setiap keluarga, dengan latihan ibu bapa individu yang disediakan untuk membantu anak-anak di rumah. SI World juga menawarkan “Backup Education” untuk kanak-kanak yang tidak sesuai di tadika atau sekolah tradisional.

Beberapa terapi yang disediakan oleh SI World adalah ‘Sensory Integration Therapy’, ‘Occupationa

Recommended Articles

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025