by on 22/01/2025 ...
Artikel ini telah dikemas kini pada 7 Januari 2025
Petaling Jaya, sebuah bandar yang sangat moden yang menawarkan banyak pilihan prasekolah. Walaupun ini adalah perkara yang baik untuk ibu bapa bagi mendapatkan pendidikan awal yang terbaik untuk anak mereka yang dapat memenuhi keperluan dan jadual mereka, ia boleh menjadi sangat mengelirukan untuk membandingkan dan membuat pilihan prasekolah terbaik.
Oleh itu, muncul siri Tadika dan Prasekolah Terbaik kami untuk membantu ibu bapa membuat pilihan yang tepat dan memudahkan ibu bapa membuat perbandingan prasekolah terbaik di kawasan mereka. Kali ini, kami senaraikan prasekolah berhampiran SS2 dan Seksyen 17 Petaling Jaya.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Baca juga: Tadika dan Prasekolah Terbaik di Tropicana-Ara Damansara , Tadika dan Prasekolah Terbaik di Damansara Heights.
Sebahagian daripada jenama MRC Education Group, 3Q MRC Junior merupakan program prasekolah terkemuka untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Sistem 3Q™nya yang unik bertumpukan pelbagai bidang perkembangan, seperti kognitif, bahasa, emosi, dan sosial – dan menggabungkan pembelajaran akademik tradisional dengan pendekatan inovatif yang mengalakkan rasa ingin tahu dan membina asas yang kukuh. Kurikulumnya yang merangkumi tiga bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, dan Mandarin, memastikan kanak-kanak dapat menguasai bahasa dari peringkat awal lagi. Setiap pusat 3Q MRC Junior direka sebagai tempat yang selamat dan selesa, dengan bilik-bilik darjah yang terang dan dipenuhi dengan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai.
3Q™ MRC Toddlers Taman Mayang Jaya PJ ialah prasekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak untuk kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun, bertumpukan perkembangan minda secara menyeluruh. Kurikulum 3Q™ di sini diisinpirasikan dari teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner, dan matlamat mereka adalah untuk mengembangkan kaank-kanak dalam pelbagai aspek – seperti bahasa, logic dan matematik, muzik, spatial, dan persekitaran. Lebih penting lagi, program ini dapat membantu mereka membina kemahiran asas seperti sikap berdikari dan keyakinan diri, sifat-sifat yang amat penting dalam kehidupan yang akan membawa mereka menjangkaui bidang akademik.
Beaconhouse Newlands Early Years, SS2 merupakan sebuah prasekolah antarabangsa yang menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik di samping menyediakan mereka untuk alam persekolahan formal. Kurikulum sekolah yang berdasarkan Early Years Foundation Stage (EYFS) dan Cambridge Primary mengimbangkan aktiviti yang berpandukan bimbingan guru dengan pendekatan yang mengalakkan kanak-kanak untuk berdikari melalui proses eksplorasi. Persekitaran sekolah amat kondusif, dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang, perpustakaan, bilik S.T.E.M., dan sudut pembelajaran (learning corners) dalam setiap bilik darjah. Sekolah juga menawarkan pelbagai aktiviti pengayaan seperti kelas Mandarin dan Taekwondo. Guru-guru di BNEY SS2 bukan sahaja berpengalaman dan mempunyai ijazah yang relevan, tetapi juga sangat komited dalam mewujudkan suasana yang ramah dan mesra, yang mengalakkan kepimpinan dan sifat berdikari.
Terletak di lokasi yang strategik di Petaling Jaya, Beaconhouse Preschool Gasing membekalkan pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak yang terulung melalui pedagogi yang terkini serta kemudahan yang lengkap. Kurikulum barunya iaitu IEYC dari UK memastikan kanak-kanak menerima pendidikan yang seimbang dalam semua aspek. Bilik darjah dilengkapi kemudahan TV Pintar, membolehkan pembelajaran yang lebih menarik, manakala halaman yang luas memberi peluang untuk kanak-kanak bermain dan belajar di luar. Tunjang penting di sekolah ini adalah tenaga pengajarnya yang berdedikasi, yang sentiasa bersedia dan sudi untuk membantu dan membolehkan kanak-kanak belajar secara hands-on.
Berasaskan matlamat Big Apple “Untuk Menginspirasi dan Memupuk Pemikiran Anak Muda”, program di sekolah ini bertujuan untuk membangunkan whole child, dan membolehkan setiap pelajarnya menjadi kompeten dan menyumbang kepada masyarakat. Sekolah ini didorong oleh kurikulum pandangan hadapan dan diilhamkan oleh guru berpengalaman.
Selama lebih dari 20 tahun, keluarga-keluarga telah mempercayai Big Apple untuk mendidik anak-anak mereka. Inilah sebabnya: program yang direka dengan teliti yang memupuk whole child, pengajaran secara individu yang membolehkan setiap kanak-kanak belajar dengan cara tersendiri, ruang pembelajaran yang bagus, dan hubungan guru, ibu bapa dan anak-anak yang rapat dan positif. Pelajar disokong oleh barisan guru dan staf berpengalaman untuk memperoleh pengetahuan akademik asas yang kukuh dan penguasaan kemahiran hidup penting melalui pelbagai peluang pembelajaran interaktif dan pembelajaran berasaskan drama.
Sekolah ini komited untuk menyokong para pelajar mencapai yang terbaik dengan pelbagai peluang dan pengalaman baru.
Canvas World kembali bersama pendekatan terbaru untuk meraikan pendidikan awal dengan meningkatkan kualiti hidup pelajar muda berusia 3 hingga 6 tahun. Canvas World yang baru dibuka di Icon City, Petaling Jaya ini mempunyai visi untuk memberikan pelajarnya satu dunia penuh keindahan untuk memupuk fizikal, minda dan rohani mereka. “Kami berusaha untuk merangkumkan ketiga-tiga aspek ini secara seimbang untuk membantu kanak-kanak menjadi versi tulen dan terbaik mereka sendiri dan dalam masa yang sama memahami bahawa mereka sentiasa boleh mengubah diri mereka untuk mencapai matlamat mereka dalam perjalanan penemuan diri seumur hidup ini,” kata Ms Ila dan Ms Melissa, pengasas bersama Canvas World.
Nama Canvas World ini dipilih khas untuk mencerminkan kepercayaan dan falsafah kedua-dua pengasas ini. “Canvas” mewakili jiwa kanak-kanak yang bersih apabila mereka melangkah masuk ke pusat pembelajaran ini, seperti kain kanvas artis yang kosong. “World” mewakili keterangkuman. Mereka menggalakkan kepelbagaian dan meraikan semua kebudayaan. Mereka menerima dan memberikan seratus peratus untuk setiap kanak-kanak yang mendaftar di sini. Apabila dicantumkan bersama, “Canvas World” menjadi sebuah oasis ajaib di mana kanak-kanak bukan sahaja menemui diri mereka sendiri tetapi juga menjadi diri mereka yang terbaik!
Pusat Jagaan Awal Kanak-Kanak Casa Bambini, PJ Midtown Seksyen 13 adalah syurga kecil yang untuk kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun. Dicat dalam warna pastel yang menenangkan, suasana di dalamnya terasa seperti berada di rumah, tempat di mana kanak-kanak boleh mendapatkan keselesaan dan kasih sayang, serta peluang untuk belajar. Pusat serba baharu ini berharap dapat memenuhi keperluan ibu bapa muda moden yang mencari penjagaan asuhan dan pendidikan berkualiti untuk anak-anak mereka pada harga yang berpatutan. Ia juga menawarkan kemudahan penghantaran dan pengambilan pandu lalu.
Casa Bambini menawarkan program penjagaan kanak-kanak yang dibahagikan kepada 4 kumpulan umur: Infant & Baby (2- 18 bulan), Junior Toddler (18 – 24 bulan), Toddler (2 – 3 tahun), dan Pre Kindy (3 – 4 tahun). Program “Baby” membantu bayi membesar dengan selamat dan berasa disayangi. Program Toddler and Pre-Kindy bertujuan untuk memupuk pelajar sepanjang hayat yang akan bersedia untuk alam persekolahan nanti.
Casa Bambini Early Childhood Centre, PJ Newtown merupakan contoh terbaik sebuah pusat penjagaan kanak-kanak yang membekalkan suasana yang ramah mesra dan penuh kasih sayang untuk kanak-kanak, Persekitarannya yang umpama rumah sendiri, program pendidikan yang berdasarkan konsep belajar sambil bermain, serta komitment yang utuh terhadap menjalinkan hubungan yang erat di antara pihak ibubapa, pengasuh, dan kanak-kanak itu sendiri – menjadikan pusat jagaan ini tempat yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang berusia dua bulan hingga empat tahun, di mana mereka boleh belajar dan berkembang dengan sempurna.
Johan Prasekolah di SS2 Petaling Jaya bermula pada tahun 2016 – mengambil alih tadika sebelumnya yang ditubuhkan pada tahun 1977. Mereka adalah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berwawasan, yang ingin memberi anak-anak pengalaman pembelajaran yang menyenangkan dan tidak dapat dilupakan. Prasekolah ini menerima kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun, dan mempunyai cawangan (termasuk taska) di Kelana Mahkota dan Bukit Tinggi Klang.
Kurikulum yang digunakan di Johan Preschool dapat dilihat sebagai gabungan kaedah pengajaran yang berbeza. Aktiviti praktikal, sensorial, hands-on, kreatif dan penekanan terhadap penjagaan diri.
Kanak-kanak disini juga berpeluang untuk menyertai lawatan sambil belajar yang menyeronokkan dan juga projek sains yang diadakan setiap tahun
Kurikulum teras Prasekolah Kinder Koala dikukuhkan oleh manfaat daripada pelbagai program pendidikan yang berkualiti tinggi dan inovatif yang ditawarkan di sini. Di dunia pembelajaran yang serba ajaib ini, kanak-kanak didedahkan dengan program tiga bahasa yang imersif, matematik Singapura, FasTracKids, pendidikan S.T.E.M., program Forest School, robotik dan pebagai lagi. Prasekolah ini berbangga dengan reputasi mereka dalam menawarkan pengalaman pendidikan awal yang positif, dengan fokus dalam mendidik kanak-kanak dengan metodologi antarabangsa dan material pembelajaran yang terkini. Dan yang paling penting di Kinder Koala, kegembiraan dan perasaan cinta kepada ilmu kanak-kanak di sini adalah kayu pengukur kejayaan paling penting untuk prasekolah ini.
Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.
“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. “Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal.”
Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Selangor, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.
Terletak di The Hub, SS2, sekolah tiga tingkat ini amat luas dan selesa. Little Tillage, Hub, SS2 mempunyai ruang yang besar untuk anak anda bermain dan meneroka. Bangga menjadi rumah kedua anak anda, sekolah ini mengambil pendekatan bukan tradisional dalam memupuk kanak-kanak. Hanya rangka kerja dan kaedah pembangunan kanak-kanak yang terbaik dan terkini yang digunakan di sekolah ini seperti pengalaman bilik darjah Amerika dan pengajaran yang disepadukan dengan teori Multiple Intelligence oleh Howard Gardner.
Para guru di sekolah ini berdedikasi dan bersemangat ketika berurusan dengan anak-anak kecil, dan pelajaran yang dirancang dengan teliti oleh guru-guru untuk memastikan pembelajaran menyeronokkan untuk anak-anak. Taman permainan indoor, laman luas, sudut membaca, dan banyak bahan pengayaan memastikan setiap kanak-kanak di Little Tillage berasa seronok sepanjang di sekolah. Little Tillage komited untuk menyiapkan setiap kanak-kanak dengan kemahiran yang boleh digunakan sepanjang hayat.
Nobel Early Years adalah prasekolah yang menawarkan sistem pendidikan Fungates untuk kanak-kanak berumur antara 36 bulan hingga 6 tahun. Ditubuhkan pada tahun 2006, Nobel Early Years berusaha untuk memupuk perkembangan sihat setiap anak individu; membentuk hati mulia dan minda mulia di kalangan anak-anak hari ini dengan penekanan terhadap pemikiran kritis, membuat keputusan dan kreativiti.
Pendidik di Nobel Early Years dipilih secara berhati-hati dan sangat berkelayakan serta mempunyai pengalaman kerja minimum dua tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak. Sekolah ini ditempatkan di sebuah bangunan batu bata 3 tingkat yang luas di kawasan berpagar. Bilik darjah dipenuhi dengan bahan pembelajaran yang sesuai dengan umur untuk menyokong pembelajaran tematik. Beberapa kawasan penemuan (discovery areas) juga telah disediakan untuk kanak-kanak untuk mengakses dan meneroka sepanjang hari.
Polaris Prasekolah menjadikan tanggungjawab mereka untuk membimbing kanak-kanak melalui dunia penerokaan. Selaras dengan nama sekolah, atau yang lebih dikenali sebagai North Star, Polaris Preschool melihat diri mereka sebagai peneraju yang sentiasa menggalakkan peneroka muda untuk membina keperibadian yang seimbang dengan minda yang aktif dan berwibawa.
Kurikulum di sekolah ini menitik beratkan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk menyediakan cara yang lebih kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan masyarakat dan dunia. Ia bertujuan menyediakan kanak-kanak dengan pendidikan masa depan yang berpandukan Kaedah Pendidikan Eduwis. Rangka kerja serba lengkap mendidik ‘whole child’ berdasarkan teori dan falsafah perkembangan anak yang penting dari 8 pendidik terkenal.
Guru menegaskan kepentingan pembelajaran melalui penerokaan dan eksperimen, dan bukan melalui pembacaan secara tradisional. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan bertema nautika dan persekitaran yang kondusif yang menjadikan kanak-kanak berfikiran secara kritis dan berdikari ketika menyelesaikan masalah. Dengan sistem makan tengah hari sekolah yang seimbang yang direka khas oleh bekas presiden Persatuan Dietit Malaysia, semua kanak-kanak pasti menuju kejayaan dalam kehidupan.
Puei Chee Kindergarten mempunyai sejarah yang berwibawa dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tadika ini telah sekian lama berkhidmat untuk keluarga dengan anak-anak kecil di kawasan Seksyen 17, Petaling Jaya selama lebih lima dekad. Sejarah ulung tadika ini membuktikan komitmen sekolah terhadap memberikan pengalaman pendidikan awal kanak-kanak yang bermutu tinggi. Sejak ditubuhkan pada tahun 1961, tadika ini telah dipandu oleh nilai-nilai serta pengetahuan bahawa bidang pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dalam menentukan kejayaan, kesejahteraan, dan juga kematangan emosi seseorang individu di masa hadapan.
Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Rise N Shine SS2 merupakan prasekolah Montessori yang memupuk anak-anak untuk ‘Rise N Shine’ seperti bintang yang terang! Kanak-kanak terdedah kepada asas pendidikan terbaik dari awal lagi.
Kanak-kanak dibimbing dengan kekuatan unik mereka melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti seni dan kraf, memasak, permainan deria, muzik dan pergerakan, aktiviti fizikal dan banyak lagi. Pelbagai jenis bahan tersedia dan kepakaran guru membolehkan setiap kanak-kanak mengasah keupayaan mereka. Program Montessori juga selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Terdapat ruang yang sesuai untuk aktiviti kumpulan, kawasan di mana kanak-kanak boleh memilih untuk bekerja secara berdikari dan juga ruang luar di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam ‘active play’. Ruang-ruang tersebut selesa dan menarik, dengan pencahayaan semulajadi untuk membantu kanak-kanak merasa tenang. Kanak-kanak yang mempunyai kelainan upaya yang tidak terlalu serius turut selesa dalam persekitaraan Montessori ini.
Small Wonder, dahulunya dikenali sebagai Peter & Jane merupakan batu loncatan ke arah kepelbagaian kemahiran, prinsip dan hubungan yang anak-anak akan perolehi sepanjang hidup mereka. Guru-guru mengakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi apapun yang kanak-kanak inginkan.
Selama hampir empat dekad, Small Wonder telah berjaya mengendalikan model pendidikan inovatif yang memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak, pertumbuhan akademik keseluruhan dan prospek masa depan sebagai orang dewasa. Kurikulum yang berpusatkan kanak-kanak memperkenalkan dan menyatukan konsep-konsep baru melalui pengalaman pelbagai deria, aktiviti ‘hands-on’ dan pembelajaran interaktif. Aktiviti yang terancang dan terarah ini memberi sokongan kepada prinsip-prinsip asas pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti tinggi. Dengan menyertai pelbagai aktiviti yang menggalakkan penyertaan aktif, eksplorasi yang menyeronokkan dan bereksperimen dengan yakin, anak-anak muda akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu mereka di sekolah dan kehidupan.