Selected Preschools in Bandar Bukit Puchong, Puchong Utama, Tasik Prima & Puchong South

by on 20/02/2025 ...

Also available in : English 中文版

Artikel ini telah dikemaskini pada 9 Januari 2025.

Senarai prasekolah dan tadika berkualiti di Puchong membawa kami ke kejiranan Taman Puchong Utama, dan usaha kami tidak sia-sia! Kami telah menemui beberapa “harta karun” unik untuk ibu bapa. Mari lihat prasekolah terbaik yang Kiddy123 jumpa di Taman Puchong Utama.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


 3Q MRC Putra Prima Puchong (Tadika Junior QQ Kids)

Untuk ibubapa yang sedang mencari tadika yang menggabungkan akademik dengan kemahiran hidup dan juga perkembangan akhlak, 3Q MRC Putra Prima Puchong merupakan pilihan yang bernas. Ia menawarkan kurikulum yang seimbang yang berdasarkan sistem 3Q™, yang bertumpukan perkembangan minda secara menyeluruh bagi mengalakkan pemikiran kritis, kreativiti, dan daya penyelesaian masalah. Perkembangan akhlak adalah salah satu aspek yang penting di sini, di mana kanak-kanak belajar nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan hormat-menghormati melalui galakan yang positif serta aktiviti yang diintegrasi ke dalam rutin seharian mereka.

3Q MRC Putra Prima Puchong (Tadika Junior QQ Kids)

3Q MRC Putra Prima Puchong (Tadika Junior QQ Kids)
No. 84, Jalan PP 5/26,

Taman Putra Prima, Puchong, Selangor 47100
Malaysia
016-311 9XXX
Show Number
016-311 9910 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Big Apple, Bukit Puchong

Bertempat di sebuah lot sudut dua tingkat, Big Apple, Bukit Puchong mempunyai pelbagai program yang direka khas serta fasiliti yang hebat, membawa pembelajaran kanak-kanak lebih dari sempadan kelas. Bahan pengajaran Big Apple mengikuti piawai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan pendedahan kepada Bahasa Inggeris, Fonik, Mandarin, Bahasa Malaysia, Pemerhatian Sains, dan Nombor, walau kumpulan umur paling muda – berumur 3 tahun – akan mendapat asas yang kukuh yang diperlukan untuk kembara pembelajaran mereka akan datang. Satu fakta yang hebat tentang tadika ini adalah mereka masih menerima si kecil yang masih belum mahir menggunakan tandas sepenuhnya, dan kerjasama antara ibu bapa dan guru akan dapat mempercepatkan proses latihan ini. Pelajar yang terlahir dari sini bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah juga lebih berdikari melalui kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial yang diterima di Big Apple. .


 CIC Tasik Prima Puchong

Para pakar pendidikan bersetuju bahawa proses pembelajaran seharusnya menarik dan merangsangkan. Di CIC Taman Tasik Prima Puchong, pusat pengayaan ini membekalkan pengalaman sebegini di samping pendidikan yang holistik dan menyeluruh untuk kanak-kanak, yang dibimbing oleh nilai-nilai Islam. Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik-bilik darjah yang ceria dan terang, taman permainan dalaman, dan lain-lain lagi untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Kurikulum pula merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang-bidang pelajaran penting seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, and perkembangan fizikal – dan terdapat juga banyak aktiviti praktikal yang bertujuan untuk memupuk pemimpin masa hadapan.

CIC Tasik Prima, Puchong

CIC Tasik Prima, Puchong
No 5-2 & 6-2, The Wharf, Jalan Tasik Prima 5/1, Taman Tasik Prima

Puchong, Selangor 47150
Malaysia
016- 262 0XXX
Show Number
016- 262 0643 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Genius Aulad, Taman Puchong Utama

Genius Aulad merupakan salah satu prasekolah berasaskan Islam yang terkenal di Malaysia. Apa yang menjadikan Genius Aulad lain dari prasekolah Islam lain di Malaysia ialah falsafah pendidikannya yang tidak hanya memberi tumpuan kepada pertumbuhan intelektual kanak-kanak, tetapi juga menekankan kepentingan memupuk nilai-nilai dan sikap yang baik dan yang diperlukan untuk menjadi pengikut yang beriman.

Berbekalkan 20 tahun kecemerlangan akademik yang terbukti, Genius Aulad dipercayai oleh ibu bapa untuk membantu pertumbuhan anak mereka, yang berumur 2 hingga 6 tahun. Ibu bapa boleh memilih program yang bersesuaian dengan keperluan mereka dan anak-anak. Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan di Genius Aulad, memastikan yang anak-anak sentiasa sejahtera di sini.


Kidskool, Bandar Bukit Puchong

Kidskool, Bandar Bukit Puchong menjanjikan tempat selamat untuk bayi dan kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 12 tahun. Bagi kebanyakan keluarga, tadika ini memberikan hanya yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kidskool telah membantu mereka berkembang maju daripada segi emosi dan intelek, dan ibu bapa berpuas hati dan gembira dengan pengalaman mereka.

Program-program di Kidskool bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak berkembang penuh keyakinan dan seterusnya dapat berkembang maju dalam apa sahaja situasi di masa hadapan. Menggunakan pendekatan berasaskan permainan, kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti yang membolehkan mereka menemui perkara baharu. Mereka belajar tentang diri mereka dan di mana mereka sesuai di dunia. Permainan pretend-play, cerita moral, kraftangan dengan bahan kitar semula, masakan dan permainan berstruktur lain adalah sebahagian daripada keseronokan di Kidskool. Malah aktiviti harian seperti makan dan tabiat tidur yang baik juga diajar di sini. Kemahiran yang mereka pelajari disni adalah pelbagai.

Semuanya ditetapkan dalam persekitaran yang selamat dengan garis panduan yang jelas, serta komunikasi yang terbuka dan telus.

Kidskool Preschool & Infant Care Centre, Bandar Bukit Puchong (HQ)

Kidskool Preschool & Infant Care Centre, Bandar Bukit Puchong (HQ)
No. 1, Jalan BP 7/12, Bandar Bukit Puchong,

Bukit Puchong, Puchong, Selangor 47120
Malaysia
017-916 3XXX
Show Number
017-916 3331 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kinderland Puchong Utama memberi fokus pada muzik untuk meningkatkan literasi bahasa. Ini merpakan satu-satunya prasekolah yang kami lihat setakat ini yang menggabungkan muzik sebagai sebahagian daripada silibus pelajarannya. Selain dari Muzik & Pergerakan yang dilakukan degan alat perkusi, Program Muzik Kanak-Kanak Kinderland memberikan peluang kepada pelajar mereka untuk bereksperimen dengan alat muzik dan mendapat pendedahan awal terhadap penghargaan muzik. Dengan tambahan muzik ke dalam kurikulum sekolah juga membantu kanak-kanak untuk meningkatkan tumpuan dan saya ingatan mereka, keupayaan untuk mengekspresi perasaan lebih baik, pemahaman asas muzik, keupayaan untuk membaca skor muzik dan penghargaan terhadap kerja berkumpulan.

Tadika ini juga mempunyai program kesihatan dan kecergasan yang direka khas untuk kanak-kanak, Program KinderFit, yang membina keyakinan diri, tabiat yang baik, semangat berpasukan dan sikap positif terhadap gaya hidup yang sihat.

Kinderland Puchong Utama

Kinderland Puchong Utama
No. 1, Jalan PU1/11A,

Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor 47140
Malaysia
012-315 9291 (Ms. Yap Mei LXXX
Show Number
012-315 9291 (Ms. Yap Mei Lee) WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Little Angel Kindergarten, Tasik Prima Puchong

Little Angel Kindergarten, Tasik Prima Puchong diuruskan oleh pengetuanya Puan Ho bersama-sama dengan kumpulan pengajar yang bersemangat dan berdedikasi. Berdasarkan pengalamannya, beliau percaya bahawa teknik pengajaran holistik yang menumpukan kepada perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lebih berkesan berbanding pembelajaran akademik.

Terdapat banyak aktiviti praktikal disertakan dalam kurikulum di sini seperti eksperimen sains, seni dan kraf, kelas komputer serta aktiviti muzik dan tarian. Kanak-kanak dapat lebih menumpukan perhatian dengan adanya keseimbangan dalam bermain dan belajar. Terdapat juga kelas tambahan untuk para pelajar yang ingin belajar dengan lebih lagi seperti kelas ucapan dan drama, Han Yu Pin Yin dan kelas Bahasa Malaysia.

Puan Ho menekankan bahawa memupuk sikap pembelajaran yang positif dan menerapkan nilai moral adalah lebih penting dari mencapai kecemerlangan akademik. Hal ini kerana pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat dan tidak berhenti setelah mencapai gred A. Bagi menjadikan proses pembelajaran lebih seronok, kanak-kanak diajar nilai moral melalui nyanyian dan bacaan. Misi Puan Ho adalah untuk mendidik dan memupuk kanak-kanak untuk menjadi seseorang yang bertanggungjawab

Little Angel Kindergarten, Tasik Prima Puchong

Little Angel Kindergarten, Tasik Prima Puchong
No. 16-2 & 15-2, Prima Bizwalk, Jalan Tasik Prima 6/2,

Tasik Prima, Puchong, Selangor 47150
Malaysia
012-385 9XXX
Show Number
012-385 9830 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


PowerKids, Puchong Utama

PowerKids, Puchong Utama ialah tadika yang berpandangan ke hadapan dengan visi untuk memperkasakan kanak-kanak melalui kemahiran abad ke-21, seterusnya menjadi pelajar adaptif sepanjang hayat yang akan dapat cemerlang dalam dunia kita yang pesat berubah. Prasekolah yang mesra ini merupakan cawangan terbaru PowerKids – yang terdiri daripada tadika di Sri Petaling, Parklane OUG, Bukit Jalil, Salak South Garden dan Puchong Utama. Dipercayai oleh ibu bapa sejak 2001, PowerKids telah memperoleh reputasi dalam menyediakan kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun dengan permulaan terbaik dalam pendidikan.

Misi tadika ini adalah untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik, mengukuhkan kualiti perwatakan mereka dan memupuk nilai moral yang lebih baik melalui kurikulum FunGates. Di sini, kanak-kanak sentiasa dijadikan fokus dalam semua aspek sekolah – seperti yang digariskan dalam motonya “Children First (Kanak-kanak Didahulukan)”. Keperluan kanak-kanaklah yang menentukan keputusan pengurusan yang dibuat oleh tadika ini.


R.E.A.L Kids, Puchong South

Sejak penubuhannya pada tahun 1996, R.E.A.L Kids (dahulu dikenali sebagai CEC) telah berkembang sebagai salah satu tadika terbesar yang dioperasi oleh pemiliknya sendiri di Malaysia, dengan lebih 30 pusat dan 5,000 orang pelajar di seluruh negara. Tadika ini dilengkapi dengan ruang yang dibina bagi tujuan tertentu dan pelbagai kemudahan untuk kanak-kanak seperti kolam renang, gim, bilik multimedia, bilik muzik, perpustakaan, sudut Sains serta taman permainan luar dan dalam.

Melalui kurikulum yang direka khas oleh R.E.A.L. Kids, kanak-kanak dapat dibentuk menjadi seorang yang berkebolehan, positif dan yakin; serta memupuk minat yang mendalam dalam pembelajaran


Shambala Kidz

Shambala Kidz Leadership Preschool berusaha untuk memupuk kemahiran kepimpinan agar mereka dapat menerapkannya dalam perjalanan pembelajaran dan kehidupan mereka. Menggunakan program yang disokong penyelidikan yang dipanggil Shambala Kidz Leadership Development Program, kanak-kanak diasah menjadi pemimpin sebagai sebahagian daripada program pembelajaran mereka.

Kemudahan di prasekolah ini lengkap dengan pelbagi sumber yang bersesuaian untuk pertumbuhan kanak-kanak secara akademik, sosial dan fizikal. Segala-galanya di sini direka untuk membantu kanak-kanak belajar berdikari dan membina keyakinan untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.

 


 Sri Mentari Bukit Puchong 2 (Tadika Cahaya Sri Mentari)

Sri Mentari Bukit Puchong 2 (Tadika Cahaya Sri Mentari) menawarkan program akademik terdiri daripada bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina, Moral, Sains, Seni dan Kraf dan Matematik.

Di bilik darjah, guru yang berbeza mengajar subjek yang berbeza, membolehkan anak-anak berinteraksi seperti dalam persekitaran sekolah rendah yang sebenar. Ini dipertingkatkan lagi dengan penggunaan buku teks, buku kerja dan helaian kerja. Terdapat dua kali penilaian tahunan tentang kemajuan pelajar berumur 5 dan 6 tahun mereka. Dengan keputusan atau hasil penilaian yang disampaikan kepada ibu bapa melalui “Hari Ibu Bapa” dua kali setahun, ibu bapa sentiasa mengetahui kemajuan dan perkembangan terkini anak mereka.

Program-program pengayaan seperti kelas Ucapan Bahasa Inggeris dan Drama dan Fonetik Bahasa Cina juga disediakan untuk manfaat kanak-kanak. Selain itu, aktiviti seperti lawatan, konsert tahunan, majlis graduasi dan muzik serta aktiviti fizikal juga disediakan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak.


Tadika CSM offers an effective and comprehensive Trilingual Teaching Programme to impose reading and academic programmes in English, Bahasa Malaysia and Chinese. The academic programme consist of English, Bahasa Malaysia, Chinese, Moral, Science, Art and Craft and Mathematics. In addition, there is an English language programme where flashcards are used and an early morning one-to-one reading session that starts at 7:30 a.m – before normal lessons start – to boost the children’s confidence and vocabulary.

One aspect that is uniquely Tadika CSM and the brainchild of its principal, Madam Choo, is the fact that they produce most of their own Bahasa Malaysia resources such as workbooks and readers. This range is aptly named Siri Bacaan Sri Mentari.


Tadika Skor Unggul, Puchong Prima

Tadika Skor Unggul, Puchong Prima, adalah pusat yang menawarkan program prasekolah dan tuisyen untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Tadika ini ingin melengkapkan anak-anak dengan kemahiran akademik yang kukuh dari usia dini, yang akan memastikan kejayaan sepanjang hayat dalam pembelajaran.

Dengan kelas yang mempunyai nisbah murid-guru yang kecil, guru di sini dapat memberikan lebih banyak bantuan, perhatian, dan pengalaman pembelajaran peribadi untuk setiap anak.

Prasekolah ini turut menekankan “speed reading” dan “speed calculation”, yang memudahkan pelajar semasa berada di sekolah rendah.


We realised how effective Sri Mentari’s reading programme was when we observed a 5-year old confidently reading aloud a book that would probably be a reader for a Primary One or Two student. All in all, before going to Primary One, a Sri Mentari student would have finished reading 20 English books, 10 BM books and 15 Chinese books. Besides their emphasis on trilingual teaching, Sri Mentari is well-known for its 7 Mentari Edu Scheme, which teaches the children to be creative, disciplined, confident, observant, independent, enthusiastic about learning and to think smart.

“We use these seven characteristics as a basis for making sure that all our students are ready for Primary School. When they develop these characteristics, they will not stressed by their new environment and the new school work when they start Primary One. Our reading programme also gives them the confidence to handle all three languages, so they have no problem with learning and doing their work,” added Ms Lam, their principal.


 Tadika Sri Cahaya Ria, Bandar Bukit Puchong

Tadika Sri Cahaya Ria ialah tadika yang mesra dan berfokus pada pendidikan holistik kanak-kanak. Dibimbing oleh pendidik berpengalaman yang berkomitmen tinggi, tadika ini mengikuti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tadika Sri Cahaya Ria menawarkan program separuh hari dan sepenuh hari untuk memenuhi keperluan ibu bapa dan kanak-kanak. Selain itu, ia juga menyediakan program seperti kelas seni dan kraf, aritmetik, serta kelas ukulele pada hari biasa dan hujung minggu. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun, sama ada mereka pelajar atau bukan pelajar tadika.

 


 Tadika Sri Mentari Ria, Puchong Prima

Tadika Sri Mentari Ria, Puchong Prima, menyediakan perkhidmatan prasekolah dan jagaan untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun. Pusat ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran akademik yang penting, dan memupuk individu yang berdikari dan berdisiplin. Anak-anak yang lebih muda (berumur 2 hingga 3 tahun) mengambil bahagian dalam program yang diilhamkan dari Montessori yang mendorong rasa ingin tahu sambil memberikan banyak pengalaman pembelajaran langsung.

Anak-anak di sini mempunyai akses ke kolam renang yang dikelilingi oleh pagar dan kelas renang. Terdapat juga taman permainan luar dan bahagian untuk berkebun.

Prasekolah ini menekankan persekitaran pembelajaran yang penuh sokongan, kesabaran dan kasih sayang.

 


Taska Sukacita

Taska Sukacita merupakan pusat pembelajaran awal untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Menggunakan system pendidikan Fungates yang telah terbukti berkesan dan dipercaya oleh ibu bapa dan pendidik, program di Taska Sukacita direka untuk membantu setiap kanak-kanak jatuh cinta dengan belajar dengan cara mereka sendiri.

Program-program di sini merangkumi semua subjek teras seperti Bahasa, Matematik, Seni, dan Sains dan mereka juga menawarkan program selepas sekolah dengan kelas-kelas yang menyeronokkan seperti Kemahiran Hidup, Permainan dan Projek Pendidikan

 


Every day, before school dismisses, all teachers must submit a form that records which child was absent and any unusual incidents or behaviour that happened in class. ”Most parents focus on academic performance, but in actual fact, a child’s attitude is most important. If his/her attitude is bad, there is no point having the best education. Once the child has learnt to control his/her anger and behave properly, her/she will be able to relate to people and learning will be no problem.”

To provide greater peace of mind to her students’ parents, Ms Carmen is using technology to keep them updated on their child and his/her progress in school. Tadika Kristal Cerah’s LittleLives Technology helps parents keep track of what time their child arrive and leave school, monitor the child’s health visually (rashes, fever, weight, height), have a portfolio of their child’s special moments in school, keep track of their child’s learning progress (lessons are uploaded into the portal), get updates of happenings or upcoming events in school, and tap into e-learning resources and interactive apps.

 


Besides the usual subjects such as Bahasa

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025