by on 21/01/2025 ...
Artikel ini telah dikemaskini pada 6 Januari 2025.
Terletak di dalam daerah Gombak, Rawang adalah sebuah bandar yang indah, dan menggabungkan pelbagai budaya. Bandar dinamik ini menawarkan yang terbaik dari kedua-dua dunia, menyediakan latar belakang semula jadi yang tenang bersama kemudahan moden dan komuniti yang berkembang maju. Persekitaran pendidikan awal kanak-kanak Rawang juga mengagumkan, dengan rangkaian tadika dan pusat jagaan kanak-kanak berkualiti yang memenuhi pelbagai keperluan penduduknya yang semakin meningkat. Dalam artikel ini, kami telah melawat beberapa tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak dengan kurikulum progresif dan kemudahan yang cantik di kawasan ini.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Beaconhouse Preschool Gamuda Gardens menawarkan persekitaran yang ramah mesra bagi kanak-kanak berusia 18 bulan hingga enam tahun. Diteraju kumpulan tenaga pengajar yang berpengalaman, sekolah ini mengutamakan perkembangan holistik dan menggabungkan permainan dengan pembelajaran berstruktur yang berteraskan kurikulum KSPK dari Malaysia dan EYFS dari UK. Bilangan pelajar yang kecil dalam setiap bilik darjah, serta aktiviti penggayaan seperti gym dan muzik, memastikan kanak-kanak menerima perhatian dan penjagaan rapi. Lokasi sekolah yang terletak di atas bukit dan dekat dengan alam semulajadi memberi peluang untuk murid-muridnya melakukan aktiviti seperti bertanam.
Sebahagian daripada jenama CIC Enrichment Centre, CIC Bukit Sentosa Rawang menawarkan pengalaman pembelajaran yang holistik berteraskan pendidikan moden dan nilai-nilai Islam. Terletak di sebuah bangunan komersial, pusat ini dilengkapi dengan bilik-bilik darjah yang ceria dan terang, serta ruang-ruang dan kemudahan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Kurikulum pula merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang pembelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal. Terdapat juga pelbagai aktiviti praktikal untuk membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.
Dripping Colours Montessori merupakan sebuah prasekolah dan pusat penjagaan harian yang mengamalkan pendekatan pembelajaran berteraskan kaedah Montessori yang terkemuka. Di sini, tumpuan diberikan kepada penerokaan, pembelajaran secara hands-on, dan pengajaran individu yang disesuaikan kepada tahap pembelajaran kanak-kanak berumur 1.5 tahun hingga enam tahun, menjadikan pembelajaran mereka lebih menyenangkan. Suasana yang memupuk semangat kreativiti yang juga amat sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak mewujudkan tempat di mana para pendidik boleh membimbing kanak-kanak dalam pelbagai aspek seperti keyakinan diri, keberdikarian, di samping membina daya pemikiran kritis dan daya penyelesaian masalah mereka. Guru-guru sentiasa berkomunikasi secara rapat dengan ibubapa dan penjaga bagi memastikan kanak-kanak mencapai tahap perkembangan yang diingini, bagi menyedikan mereka untuk alam persekolahan rendah./p>
Sebahagian daripada jenama MRC Education, Taska MRC Kids Anggun City, Emerald Rawang menawarkan program pendidikan awal kanak-kanak yang komprehensif, terbuka kepada bayi dan kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun. Program mereka bertumpukan penerokaan sensori, perkembangan daya motor, dan pencapaian kognitif awal melalui aktiviti seperti muzik, seni, dan belajar sambil bermain. Kemudahan-kemudahan pula direka khas untuk menyokong perkembangan kanak-kanak, manakala penjaga dan guru-guru bekerjasama dengan ibubapa untuk benar-benar memahami keperibadian and keperluan setiap kanak-kanak.
Memetik inspirasi dari teori Howard Garner iaitu kepelbagaian kecerdasan, MRC Kids Rawang Town memberi tumpuan kepada pendekatan perkembangan minda secara menyeluruh, dari segi sosial, emosi, dan juga fizikal. Di sini, kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun dapat belajar dalam persekitaran yang memupuk kemahiran bahasa dan matematik serta kreativiti dan peribadi mereka. Bilik-bilik darjah dihias dengan warna yang cerah dan menarik, manakala bahan-bahan pembelajaran pula menjadikan aktiviti belajar lebih menyeronokkan. Ruang permainan interaktif mengalakkan kanak-kanak untuk bermain dan belajar bersama rakan-rakan, sekaligus membina keyakinan diri dan kemahiran sosial mereka. Setiap pusat MRC Kids dibimbing oleh guru-guru yang berdedikasi yang benar-benar telus dalam misi mereka untuk membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan dalam pendidikan awal mereka.
Diasaskan pada 1986, R.E.A.L Kids (sebelum ini dikenali sebagai CEC) adalah salah sebuah rangkaian prasekolah kendalian pemilik yang terbesar di negara ini dengan lebih daripada 30 pusat di seluruh negara. R.E.A.L Kids menyediakan program lanjutan lengkap termasuk pelbagai pelajaran pengayaan dan aktiviti ko-kurikulum. Salah satu cawangan terbaharu dalam keluarga tadika ini – R.E.A.L Kids Anggun City, Rawang – memulakan operasi pada awal tahun 2019 dan menawarkan program ‘lanjutan lengkap’ yang menyeluruh dari jam 8 pagi sehingga 6 petang.
R.E.A.L Kids Anggun City ialah sebuah pusat sehenti yang menawarkan kemudahan dan program yang menyokong pelbagai bidang perkembangan untuk kanak-kanak berusia antara 3 hingga 6 tahun. Pusat ini berdiri megah dengan kelas-kelas yang kondusif dan luas untuk pembelajaran secara uji kaji dan penerokaan, kemudahan STEM yang direka khas, pusat seni, kawasan pentas untuk drama dan pengucapan awam, kantin khusus, dapur kulinari, serta kawasan ‘melasak dan bermain’ yang kreatif. Di R.E.A.L Kids Anggun City, sempadan antara belajar dan bermain adalah samar. Pembelajaran dipacu dengan cara menjentik rasa ingin tahu dan imaginasi kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti menarik. Apabila kanak-kanak bermain, mereka akan melakukan inisiatif sendiri dan mengikuti rasa ingin tahu mereka.
Dengan misi untuk mengubah kehidupan pelajarnya, dan juga visi untuk mewujudkan sebuah komuniti di mana semua orang berkembang maju, Sekolah Antarabangsa Templer Park (TPIS) mengutamakan standard pendidikan tertinggi. Standard ini memastikan pencapaian yang cemerlang dan hasil holistik dalam kalangan pelajarnya . Sekolah ini berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa pendidikan berkualiti yang bersifat holistik adalah paling penting untuk kejayaan masa depan pelajar, dan akan membolehkan akses yang lebih mudah untuk menerima peluang pendidikan selanjutnya. Kemahiran moden, watak dan pemahaman konsep turut diambil berat di TPIS, kerana inilah masanya pelajar menyediakan diri mereka untuk menghadapi cabaran yang akan dihadapi dalam dunia yang sentiasa berkembang pesat dengan teknologi yang semakin maju.