Selected Preschools in Kuala Lumpur City Centre

by on 26/03/2025 ...

Also available in : English 中文版

Artikel ini dikemaskini pada 7 Januari 2025

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, tidak hanya sibuk dengan aktiviti perniagaan tetapi juga penuh dengan potensi untuk peluang pendidikan awal kanak-kanak. Kali ini, kami di Kiddy123 menyenaraikan tadika dan taska yang menjanjikan pengalaman hebat di sekitar pusat Kuala Lumpur.

Baca juga: Tadika Pilihan di Bangsar

Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


Terletak di Mid Valley City, Choo Choo Train Baby & Childcare Centre menawarkan program jagaan harian bagi bayi dan kanak-kanak berusia dua bulan hingga empat tahun. Suasananya bersih dan merangsangkan perkembangan kanak-kanak, dengan ruang-ruang khas untuk kumpulan kanak-kanak yang berlainan – seperti tempat mandi dan menukar lampin bagi bayi kecil, dan taman permainan dalaman untuk kanak-kanak yang lebih besar. Pusat ini mengambil serius aspek kebersihan dan keselamatan. Kanak-kanak diberikan makanan yang seimbang, yang dimasak dalam premis setiap hari, jadi para ibubapa usah bimbang tentang nutrisi anak-anak mereka. Pusat jagaan ini juga menawarkan program-program yang direka khas untuk menyokong perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi, mahupun kognitif, melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berdedikasi.

Choo Choo Train Baby & Child Care Centre, Boulevard Office Mid Valley City

Choo Choo Train Baby & Child Care Centre, Boulevard Office Mid Valley City
No.43-2, Boulevard Office, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City,

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 59200
Malaysia
012-442 0XXX
Show Number
012-442 0068 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Terletak berdekatan kawasan-kawasan utama di Kuala Lumpur, CIC International MATRADE menawarakan pengalaman pembelajaran yang holistik untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun. Bangunan sekolah terletak di kawasan yang penuh kehijauan, dan dikelilingi halaman yang luas yang membolehkan kanak-kanak untuk melakukan penerokaan dan eksplorasi. Guru-guru menggunakan pelbagai alatan mengajar yang menarik bagi membantu perkembangan kaank-kanak. Pusat ini juga dilengkapi kemudahan seperti taman permainan luar dan dalam, bilik-bilik darjah yang luas dan terang, dan lain-lain lagi. Sebagai pusat CIC International, silibus di sini mengintegrasikan kurikulum Cambridge dan merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang pembelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal. Terdapat juga pelbagai aktiviti praktikal untuk membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.

CIC International MATRADE

CIC International MATRADE
West Wing, Menara MATRADE (West Wing), Opposite of West Wing, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,

Kuala Lumpur 50480
Malaysia
016- 262 0XXX
Show Number
016- 262 0643 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Sekolah Antarabangsa Cranbridge, Kuala Lumpur menawarkan persekitaran yang merangsang pelajar untuk menyerlahkan cita-cita akademik dan memperoleh manfaat daripada pembangunan menyeluruh sebagai individu dan warga global. Sekolah ini bermula sebagai pusat pembelajaran dengan sejumlah kecil pelajar. Hari ini, sekolah ini kekal mempromosikan komuniti yang erat dan mesra suasananya dengan berpegang pada slogan “Semua Kanak-kanak Dapat Belajar dan Akan Belajar.”

Di Cranbridge, para pelajar belajar merentasi kontinum program yang berpandukan silibus Pearson Edexcel. Pearson Edexcel ialah sebuah program progresif yang berasaskan kurikulum British yang terkini. Bermula dari prasekolah hingga A Level, para pelajar diberi inspirasi secara berterusan untuk mencabar diri mereka ke tahap terbaik, sambil melengkapi diri dengan kemahiran abad ke-21 untuk berkembang dalam dunia yang sedang berubah dengan pantas.

Sekolah Antarabangsa Cranbridge ialah pusat peperiksaan bertauliah untuk penilaian Edexcel. Sekolah ini mempunyai rekod prestasi kecemerlangan akademik yang kukuh dengan pencapaian pelajar terbaik bagi kelayakan O Level dan A Level sekali gus. Para pelajar terus-menerus meraikan keputusan cemerlang ini termasuk Pencapaian Tertinggi di Dunia untuk Matematik Tulen Tambahan 2018 dan Pencapaian Tertinggi di Asia untuk Matematik Tahap Lanjutan 2018 – bukti sebenar tentang kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh Cranbridge.

Cranbridge International School (Early Years), Kuala Lumpur

Cranbridge International School (Early Years), Kuala Lumpur
Jalan Tiga, Off Jalan Chan Sow Lin, Chan Sow Lin,

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 55220
Malaysia
010-259 8XXX
Show Number
010-259 8026 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Global Indian International School, Kuala Lumpur (GIISKL) menawarkan Program Montessori Global yang membolehkan pelajar prasekolah mencapai potensi sepenuhnya dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan usia yang mengenali keperibadian mereka. Program ini mengandungi semua komponen penting dalam perkembangan awal kanak-kanak yang menyumbang kepada pengalaman pendidikan yang menyeluruh. Ini bukan sahaja mendorong pengembangan kemahiran kognitif, ekspresif dan motorik, tetapi juga rasa tanggungjawab sosial, kesedaran budaya dan kesedaran alam sekitar.

Terdapat banyak sebab untuk memilih GIISKL termasuklah kurikulum pemenang anugerah yang menggabungkan amalan terbaik awal kanak-kanak; guru berkelayakan yang memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai potensi sepenuhnya; dan yuran sekolah antarabangsa yang kompetitif.

Kanak-kanak yang menyertai GIISKL akan bersedia untuk pengalaman akademik serba boleh sehingga Gred 12. Pilihan kurikulum antarabangsa seperti Cambridge, CBSE dan program biasiswa akan memaparkan pengalaman pembelajaran yang kaya untuk pelajar dan menjadikan individu yang mempunyai keperibadian dan akademik yang cemerlang.


Human StarChild Care Centre, terletak di Lalaport BBCC, membawa cara penjagaan kanak-kanak dari Jepun ke Kuala Lumpur. Terbuka kepada kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun, pusat ini menggunakan kurikulum WALLET yang menekankan aspek mental dan fizikal, kemahiran sosial, interaksi dengan persekitaran kanak-kanak, bahasa, dan ekspresi emosi. Pusat ini juga terkenal untuk reka bentuk terbuka dan ceria, membekalkan pengalaman zaman awal kanak-kanak yang baik, dan juga makanan yang cantik dan berkhasiat, selaras dengan falsafah penjagaan kanak-kanak Jepun.

Human Starchild Care Centre, Bukit Bintang

Human Starchild Care Centre, Bukit Bintang
L1-68B, Mitsui Shopping Park LaLaport, No. 2, Jalan Hang Tuah,

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 55100
Malaysia
013-403 0XXX
Show Number
013-403 0455 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kualiti perkhidmatan dan pengalaman prasekolah Kitakids dalam bidang pendidikan dan penjagaan kanak-kanak adalah tidak tertanding, malah persekitaran Kitakids juga direka khusus untuk si kecil berumur antara dua bulan hingga enam tahun berkembang maju – tempat yang selamat untuk bermain, belajar dan berseronok sambil mereka membina kemahiran dan bakat baharu. Jauh daripada papan putih dan cara pembelajaran buku teks yang tipikal, pengalaman Kitakids melibatkan anak-anak dalam pendidikan berasaskan permainan yang direka dengan teliti – di mana mereka melibatkan diri dalam pembelajaran langsung dan eksperimen yang sesuai dengan umur, serta interaksi sosial yang sihat – seterusnya membawa pengalaman pendidikan awal ke tahap yang baru.

Kitakids Preschool, KL Sentral

Kitakids Preschool, KL Sentral
Level 2, Block 1A, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5,

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 50470
Malaysia
03-2276 6XXX
Show Number
03-2276 6876 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Prasekolah Kitakids, KLCC menawarkan penjagaan dan pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak menggunakan pelbagai pedagogi dan teori pengajaran terbaik untuk membantu anak-anak kecil berkembang maju. Prasekolah ini dibimbing dengan penuh kasih sayang oleh guru terlatih dan berkelayakan, kanak-kanak dapat memahami konsep dan memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang apa yang diajar kepada mereka, manakala penggunaan tema yang berbeza dari semasa ke semasa memastikan pelajaran tetap hidup dan menarik. Ia juga telah lama diakui dan difahami di Kitakids bahawa apabila kanak-kanak dapat membuat hubungan dengan pelajaran dan kehidupan sebenar mereka, mereka mendapat inspirasi untuk belajar lebih banyak lagi.

Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Kitakids KLCC, yang luas dan direka khas dapat berasa yakin bahawa anak-anak mereka yang berharga akan berada di tangan individu yang berdedikasi untuk membantu mereka berkembang maju dan berkembang. Di sini, persekitaran disediakan secara strategik untuk pembelajaran optimum, di mana anak-anak mereka akan dapat memanfaatkan pembelajaran berasaskan permainan yang membolehkan mereka menikmati sepenuhnya zaman kanak-kanak mereka yang tidak ternilai sambil menjadi lebih pintar setiap hari. Itu lah kuasa pembelajaran berasaskan pengalaman praktikal serta interaksi yang sihat dengan rakan sebaya, guru dan kakitangan.

Kitakids Preschool, KLCC

Kitakids Preschool, KLCC
No. 23, Jalan Mayang off Jalan Ampang,

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 50450
Malaysia
03-2181 3XXX
Show Number
03-2181 3876 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Lil Footprints Infant & Childcare Centre telah mewujudkan tempat yang selamat khas untuk penjagaan dan pendidikan awal yang berkualiti tinggi untuk kanak-kanak daripada bayi baru lahir hingga 6 tahun. Perkhidmatan di Lil Footprints adalah berdasarkan kepada falsafah mereka bahawa kanak-kanak merupakan keutamaan mereka dalam semua aspek amalan di sini. Keperibadian setiap kanak-kanak menjadi kepentingan utama dan tumpuan terletak untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong kanak-kanak berkembang menjadi versi terbaik diri mereka sendiri.

Pusat ini berusaha untuk mewujudkan persekitaran di mana kanak-kanak mencari keselesaan dan keselamatan serta memberi mereka banyak peluang holistik untuk penemuan diri. Kesemua peluang ini menyokong keperluan unik, kebolehan dan kepentingan masing-masing kanak-kanak. Kurikulum di Lil Footprints adalah berdasarkan falsafah penjagaan dan pendidikan Maria Montessori secara mendalam, menawarkan persediaan yang ideal untuk peralihan ke sekolah dan kehidupan dalam suasana yang fokus kepada keluarga. Program dirancang untuk membantu kanak-kanak beralih ke masyarakat yang lebih luas dengan membantu mereka menjadi berdikari, yakin dan aktif. Pendaftaran datang dengan pilihan sesi hari penuh dan setengah hari.


Yellow Submarine Preschool of Arts, Rumah Tangsi, Kuala Lumpur merupakan salah satu prasekolah yang ditunjangi oleh kurikulum berasaskan seni untuk memperkasakan kanak-kanak menjadi pelajar dan pemikir yang kreatif. Seperti “universiti seni yang dikecilkan untuk kanak-kanak, Yellow Submarine berhasrat untuk memperbaharui bidang pendidikan untuk masa depan yang mampan melalui Pembelajaran Kreatif. Memandangkan pemikiran dan penyelesaian masalah secara kreatif menjadi kemahiran utama yang semakin dicari dalam tenaga kerja, prasekolah ini pasti akan mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai pengalaman kreatif untuk membantu mereka berkembang maju di sekolah. dan kehidupan. Cawangan ini menyediakan perkhidmatan kepada ibu bapa yang bekerja di kawasan berhampiran dengan pilihan program separuh hari (9 pagi-1 tengah hari), lanjutan separuh hari (9 pagi-3 petang) atau hari penuh (9 pagi-6 petang).


Small Wonder, sebuah prasekolah yang dimiliki sepenuhnya oleh Busy Bees – sebuah organisasi pendidikan awal kanak-kanak yang terkenal – mula membuka pintunya kepada pelajar di Singapura 31 tahun lalu. Apabila daya tarikannya semakin meluas, ia telah bercabang ke 6 lokasi lain di Singapura dan Vietnam, dan terbaharu, di Kuala Lumpur. Keluasan dan kedalaman kurikulumnya amat sukar ditandingi, memberikan kanak-kanak kuasa untuk mengubah kehidupan mereka melalui pendidikan yang berkualiti tinggi dan progresif.

Di Small Wonder, kanak-kanak dilihat sebagai pelajar yang sempurna sejak azali: didorong oleh rasa ingin tahu yang bersemangat, minat yang tidak kenal takut dalam mencuba pengalaman baharu dan keinginan yang mendalam untuk menyelesaikan masalah. Dengan tagline sekolah ini, “Challenging the wondrous mind”, guru menyuburkan kualiti semula jadi ini dan membantu kanak-kanak membuka bakat dan minat unik mereka melalui pembelajaran berasaskan inkuiri. Pendekatan berkesan ini menggalakkan kanak-kanak memerhati, meneroka dengan bahan yang berbeza, menemui dunia di sekeliling mereka, bertanya soalan, berfikir semula dan berkongsi idea dengan orang lain. Daripada sekadar membentangkan fakta di dalam kelas, bentuk pembelajaran aktif ini membawa cara untuk kanak-kanak berkembang menjadi pelajar yang berfikiran antarabangsa sepanjang hayat yang boleh membantu menjadikan dunia kita tempat yang lebih baik.

Small Wonder Malaysia, Damai

Small Wonder Malaysia, Damai
No. 13, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat,

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 55000
Malaysia
017-230 9XXX
Show Number
017-230 9130 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Smart Sprouts Kidhub di Sungai Besi, KL, menawarkan program prasekolah, penjagaan harian, dan tuisyen untuk kanak-kanak dari usia18 bulan hingga 17 tahun. Pusat ini beroperasi sepanjang tahun, termasuk cuti sekolah, dan membekalkan makanan harian sserta perkhidmatan pengangkutan dari dan ke sekolah. Program prasekolahnya menggabungkan kaedah pendidikan Montessori dan juga sistem dari Finland, di samping memastikan kanak-kanak membina asas yang kukuh dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina. Pusat ini juga membekalkan sokongan akademik yang padu melalui sesi bimbingan kerja rumah dan ulang kaji berdasarkan sukatan pembelajaran kebangsaan, atau IGCSE. Matlamat dan visi pusat ini adalah untuk mewujudkan suasana yang mesra dan selesa, bagi menyokong perkembangan kanak-kanak secara holistik.

Smart Sprouts Kidhub – Sungai Besi, Razak City Residence (KL)

Smart Sprouts Kidhub – Sungai Besi, Razak City Residence (KL)
B2-1-11, Residensi Bandar Razak, Jalan Razak Mansion,

Sungai Besi, Kuala Lumpur 57100
Malaysia
010-228 4XXX
Show Number
010-228 4898 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025