Selected Preschools in Johor Bahru

by on 25/03/2025 ...

Also available in : English 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 13 Januari 2025.

Kali ini, Kiddy123 berpeluang untuk meninjau institusi pendidikan awal kanak-kanak di Johor. Dengan pelbagai tadika dan prasekolah yang menawarkan pendekatan pembelajaran yang berbeza, kami telah menemui beberapa prasekolah yang bagus di selatan tanahair – yang mempunyai matlamat yang sama; untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak anda melalui pendidikan awal yang berkualiti yang akan akan mempersiapkan mereka menghadapi pelbagai kemungkinan apabila mereka membesar. Jom lihat senarai kami!

Klik di bawah untuk lihat tadika di setiap kawasan dengan lebih lanjut

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan secara rawak. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


 Adda Heights


Satu-satunya prasekolah di dunia yang menggunakan Mindset Champion untuk mendidik pelajar mereka, MindChamps bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak prasekolah hari ini untuk berjaya pada masa hadapan. Kurikulum yang unik, kemudahan berkelas dunia, program yang holistik dan guru yang berdedikasi menjadikan prasekolah ini kondusif untuk menyokong perkembangan kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 6 tahun. Aktiviti prasekolah memberi tumpuan kepada sensori, motor (muzik dan pergerakan), intelek, bahasa, emosi dan sosial (S.M.I.L.E.S).

Keselamatan di MindChamps amatlah dititik beratkan, dengan sistem pemeriksaan kesihatan dan pengawasan CCTV serta pegawai keselamatan yang ditempatkan di luar prasekolah.

MindChamps PreSchool, Adda Heights, Johor Bahru

MindChamps PreSchool, Adda Heights, Johor Bahru
No. 236, 238 & 240, Jalan Adda 7, Taman Adda (Adda Heights),

Johor Bahru, Johor 81100
Malaysia
012-344 8XXX
Show Number
012-344 8188 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tadika perdana (flagship) Small Wonder Malaysia di Taman Adda Heights, Johor Bahru terletak di kawasan penuh kehijauan, dengan ruang yang luas untuk kanak-kanak bermain dan belajar. Sebahagian daripada institusi pendidikan Busy Bees yang terkemuka, tadika ini menggabungkan konsep pendidikan yang diiktiraf bagi menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran hidup yang perlu bagi masa hadapan yang cerah. Tadika ini menerima kanak-kanak dari umur 18 bulan hingga enam tahun, dan menyesuaikan kaedah pengajaran untuk keperluan setiap murid. Kurikulum telah direka khas selaras dengan standard antarabangsa dan juga tempatan, dengan menerapkan elemen dari Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Malaysia, Early Childhood Curriculum Framework (NEL) dari Singapura, dan Early Years Foundation Stage (EYFS) dari United Kingdom.

Small Wonder Malaysia, Adda Heights, Johor

Small Wonder Malaysia, Adda Heights, Johor
1, Jalan Adda 1, Taman Adda,

Johor Bahru, Johor 81100
Malaysia
017-230 9XXX
Show Number
017-230 9130 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Bukit Indah


Tempat kecil yang menggembirakan ini khas untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun lebih dari sekadar tadika biasa. Silibus yang bersesuaian dengan umur direka dengan cermat di Happy Villa Kindergarten untuk menyiapkan kanak-kanak untuk peralihan ke sekolah rendah serta untuk menyokong pembangunan kognitif, sosial dan fizikal mereka.

Ditambah pula dengan pelbagai aktiviti kokurikulum seperti Muzik, Seni dan Kraf, Aritmetik dan Taekwondo serta lawatan lapangan (field trips) dan konsert tahunan, persekitaran pembelajaran di sekolah ini penuh semangat agar kanak-kanak merasa dihargai selain dipupuk menjadi manusia yang lebih baik kelak.

Happy Villa Kindergarten, Taman Bukit Indah, Johor Bahru

Happy Villa Kindergarten, Taman Bukit Indah, Johor Bahru
No. 1, Jalan Indah 2/1, Taman Bukit Indah,

Johor Bahru, Johor 81200
Malaysia
011-2601 7XXX
Show Number
011-2601 7687 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tadika Kastil Bukit Indah adalah antara pelopor pendidikan awal kanak-kanak di Johor Bahru. Tadika ini lengkap dengan ruangan penuh fungsi termasuklah mempunyai teater multimedia, perpustakaan, bengkel projek, bilik komputer dan audio, ladang kecil, taman permainan, dan kawasan khusus untuk pembelajaran interaktif dan kreatif . Ini adalah titik permulaan untuk kanak-kanak membesar menjadi individu yang ceria, cemerlang dan kreatif dan yakin.

Kurikulum Tadika Kastil direka untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun menggunakan Kaedah Pengajaran Kreatif Antarabangsa (ICTM). Ia adalah kaedah pengajaran yang unik – dicipta oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan sekolah itu sendiri – menyasarkan pembangunan otak kiri dan kanan.

Untuk memastikan otak kiri tajam, guru mendedahkan kanak-kanak kepada pelajaran seperti matematik, sains dan bahasa. Pengalaman ini membantu kanak-kanak mendapat asas pembelajaran akademik yang sesuai untuk peralihan ke sekolah rendah. Untuk menyuburkan sisi kreatif pelajar otak kanan, program seperti seni, biola, latihan kepimpinan dan pengurusan projek dilaksanakan. Kanak-kanak di sini memulakan tabiat dan mengasah kemahiran yang mereka boleh bawa bersama mereka sehingga dewasa apabila mereka belajar menyusun sumber yang diperlukan untuk menyiapkan projek, membuat persembahan di atas pentas dan membentangkan projek kepada kumpulan besar.

Tadika Kastil @ Bukit Indah, Johor Bahru

Tadika Kastil @ Bukit Indah, Johor Bahru
No. 33, Jalan Indah 28/6, Taman Bukit Indah,

Johor Bahru, Johor 81200
Malaysia
012-788 0XXX
Show Number
012-788 0204 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Kulai


Di Gem Preschool & Kindergarten, Kulai, kanak-kanak diajar menggunakan kurikulum yang seimbang dan menyeluruh; berpandukan prinsip Montessori dan pendekatan tematik, serta keperluan sistem pendidikan prasekolah kebangsaan Malaysia. Perhatian rapi diberikan kepada perkembangan holistik kanak-kanak pada tahun-tahun pembentukan yang penting ini untuk memastikan mereka bersedia untuk kehidupan yang sihat dan berjaya di masa hadapan.

Ciri utama yang menonjol di sini ialah penggunaan ujian “dermatoglyphics” yang menggunakan corak cap jari untuk mengenal pasti potensi dan personaliti unik setiap kanak-kanak. Ini membolehkan guru membina rancangan pengajaran yang diperibadikan berdasarkan kebolehan semula jadi dan gaya pembelajaran kanak-kanak; seterusnya mencapai potensi penuh mereka.

Gem Preschool & Kindergarten, Kulai, Johor

Gem Preschool & Kindergarten, Kulai, Johor
349-352, Jalan Kenanga 29/9, Bandar Indahpura,

Kulai, Johor 81000
Malaysia
010-455 6XXX
Show Number
010-455 6726 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Larkin


MindChamps PreSchool menyediakan pengalaman prasekolah premium yang akan melengkapkan kanak-kanak dengan asas untuk berjaya di sekolah, dan juga di kemudian hari. Dengan kemudahan mengagumkan dan kurikulum termaju berdasarkan penyelidikan pedagogi bertaraf dunia terkini, MindChamps telah diberi penghormatan dengan beberapa anugerah yang paling bernilai dalam sektor pendidikan. Prasekolah ini juga kekal sebagai pilihan yang sangat digemari dalam kalangan ibu bapa kerana mereka dapat melihat perbezaan dalam integriti dan standard kualiti yang terkandung dalam budaya kecemerlangan organisasi mereka.

Apa yang benar-benar membezakan MindChamps daripada prasekolah lain ialah falsafah MindChamps, komitmen kuat mereka terhadap kecemerlangan penyelidikan, dan semangat yang tidak berbelah bahagi untuk mengubah penemuan terkini menjadi inisiatif pendidikan yang berkesan. Kurikulum prasekolah yang berpandangan ke hadapan ini disokong penyelidikan oleh pakar terkemuka dunia daripada empat domain: Pendidikan, Neurosains, Psikologi dan Teater. Di samping itu, untuk menyampaikan standard tertinggi dalam pendidikan awal kanak-kanak, semua guru MindChamps menerima sehingga 200 jam latihan dan akreditasi yang meluas daripada ibu pejabat MindChamps di Singapura.

MindChamps PreSchool, Straits View, Johor Bahru

MindChamps PreSchool, Straits View, Johor Bahru
No. 3, Jalan Tengku Petrie 1, Kawasan Straits View,

Johor Bahru, Johor 80200
Malaysia
012-344 8XXX
Show Number
012-344 8188 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Berlokasi di zon Selatan Malaysia, iaitu Johor, Tadika Rainbow boleh dilihat sebagai jawapan kepada dilema ibu bapa yang sedang mencari tempat untuk menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan tadika yang akan membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Ia diasaskan oleh Datin Maureen Jafrey 32 tahun lalu, di mana dari dulu sampai sekarang ia masih berdiri bangga sebagai tadika yang diminati oleh keluarga-keluarga di Johor.

Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Johor Bahru, sistem pengajaran di Tadika Rainbow agak unik, di mana para pelajar tidak mengangkut buku-buku nota seperti yang dipraktikkan oleh kebanyakan tadika lain di Malaysia. Di Tadika Rainbow, guru akan merancang program mingguan yang selaras dengan tema tertentu. Pendekatan tematik dalam pengajaran inilah yang menjadikannya amat berkesan. Walaupun tiada kerja rumah atau buku kerja mahupun tugasan kerja untuk disiapkan, Tadika Rainbow menjalankan persidangan Ibu Bapa-Guru selepas setiap tempoh tematik di mana penilaian dilakukan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar.


 Stellar Sand & Stars Kindergarten, Larkin, Johor Bahru

Stellar Sand & Stars Kindergarten adalah sebuah prasekolah dua bahasa yang mempunyai misi untuk menyediakan peralihan yang lancar untuk pelajar memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan (J) Cina. Tadika ini menggunakan pendekatan tematik dan berdasarkan permainan untuk membantu si kecil berusia 3 hingga 6 tahun membina pengetahuan serta kemahiran hidup abad 21 yang penting. Daripada sudut pandangan akademik, pelajar muda diajar dan dipandu untuk cemerlang dalam Matematik dan Sains, di samping membentuk kefasihan bahasa dalam Bahasa Malaysia dan Mandarin. Sand & Stars telah lama dikenali sebagai pilihan yang tepat untuk ibu bapa yang mahukan anak mereka untuk memasuki SRJK Cina.

Guru-guru di Sand & Stars tidak mengharapkan pelajar mereka untuk hanya duduk dan mendengar apabila mereka menulis di papan hitam dalam kelas. Sebaliknya, mereka berinteraksi dengan pelajar untuk membuat aktiviti yang bermakna dan menyeronokkan, di masa yang sama mengajar secara amali. Mereka juga berusah bersungguh-sungguh untuk membimbing si kecil untuk menjadi individu yang bersopan santun, baik hati, dan hormat menghormati dengan watak yang menyenangkan hati.


 Skudai


Ibu bapa yang mencari prasekolah untuk anak mereka sangat faham bahawa pilihan mereka bukan sahaja harus berdasarkan kepada keperluan akademik si kecil, tetapi ia juga perlu membantu kanak-kanak dalam pembelajaran aktif, berfikir secara kritis, menjadi kreatif, dan bekerjasama dengan baik dengan rakan sebaya mereka. Dengan beberapa cawangan yang telah dibuka dan beroperasi, De Jowitop telah menjelmakan nilai-nilai tersebut sejak 2016 apabila ia mula membuka pintu kepada anak-anak kecil di Johor.

Dengan gabungan pendekatan pengajaran berstruktur dan tidak berstruktur, De Jowitop telah menghasilkan kurikulum unik yang berfungsi dengan baik untuk kumpulan umur yang berbeza. Penguasaan bahasa diberi tumpuan yang sewajarnya di De Jowitop untuk memastikan pelajar lulus dengan kemahiran bahasa yang akan membawa mereka lebih jauh dalam kehidupan mereka.

Secara keseluruhannya, De Jowitop akan menjadikan peralihan ke sekolaj rendah lebih lancar dan yakin. De Jowitop dikaitkan dengan keseronokan pelajar dan ibu bapa tahu bahawa anak-anak mereka sememangnya mendapat pendidikan prasekolah yang berkualiti tinggi.

De JowiTop Preschool (Tadika Impian Terpintar), Skudai

De JowiTop Preschool (Tadika Impian Terpintar), Skudai
No. 149 & 149A, Jalan Seri Impian 1, Taman Impian Emas,

Skudai, Johor 81300
Malaysia
017-788 7XXX
Show Number
017-788 7289 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Happy Villa Kindergarten, Johor Bahru, menawarkan pendidikan awal kanak-kanak yang holistik untuk kanak-kanak berumur 3 – 6 tahun, menggabungkan cara Play-Based dan Montessori. Kurikulumnya berkembang mengikut setiap kumpulan usia. Ia merangsang pertumbuhan akademik, kreativiti, dan pembangunan sahsiah. Dengan aktiviti yang menarik, penglibatan ibu bapa yang erat, serta penekanan terhadap keselamatan dan kebersihan, tadika ini melahirkan pelajar yang mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial yang baik.

Happy Villa Kindergarten, Impian Emas, Johor Bahru

Happy Villa Kindergarten, Impian Emas, Johor Bahru
No. 5, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas,

Skudai, Johor 81300
Malaysia
011-2060 7XXX
Show Number
011-2060 7862 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Hey Preschool, Nusa Bestari, Johor Bahru sentiasa berusaha untuk menambah baik dan berminat untuk memaksimumkan peluang perkembangan untuk kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Sebelumnya dikenali sebagai prasekolah Superkidz, kini mereka akan beroperasi dengan nama Hey Preschool sambil mengekalkan kualiti penjagaan dan pendidikan yang luar biasa untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun.

Di Hey Preschool, mereka berusaha untuk menpergembangkan pendidikan awal tahun kanak-kanak dengan menerapkan kerangka yang ditetapkan oleh kurikulum prasekolah nasional kita, serta amalan yang diilhamkan oleh kaedah pendidikan Montessori. Kanak-kanak diasuh mengikut watak dan keperibadian masing-masing serapat mungkin. Kemahiran penting ditanamkan untuk membolehkan mereka beralih ke sekolah rendah, sama ada secara lokal atau di Singapura, dengan mudah dan cemerlang.

Selain menawarkan kurikulum yang sesuai untuk perkembangan, Hey Preschool sangat menekankan pembinaan hubungan ibu bapa-sekolah yang positif, serta menjaga standard pasukan pengajaran mereka. Dengan berkongsi kepercayaan bahawa komuniti prasekolah yang bekerjasama adalah kunci kejayaan Hey Preschool. Walaupun 10 tahun berlalu, prasekolah tetap akan berusaha untuk menawarkan peluang pendidikan yang sama untuk kanak-kanak di luar bandar.

Hey Preschool, Nusa Bestari, Johor

Hey Preschool, Nusa Bestari, Johor
4-01, Jalan Bestari 4/5, Taman Nusa Bestari 3,

Skudai, Johor 81300
Malaysia
019-456 7XXX
Show Number
019-456 7658 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tadika Xaris Medini membuktikan bahawa tadika bukan sekadar tempat pendidikan awal; ia boleh menjadi tempat penjagaan di mana minda muda dipupuk secara prihatin, di mana mereka dilengkapi bukan sahaja dengan kemahiran akademik tetapi juga kemahiran hidup yang penting, yang akan membimbing mereka ke arah masa depan yang cemerlang. Untuk memastikan kanak-kanak dilengkapi untuk mengecapi peluang esok, Tadika Xaris Medini mengambil pendekatan pembelajaran teradun, diilhamkan daripada lawatan kajian ke Finland, Belgium, Belanda, Jepun, China dan Singapura.


Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor menawarkan pendekatan pembelajaran yang unik dan menarik. Tumpuan diberikan terhadap pembelajaran berasaskan permainan, penguasaan tiga bahasa, pengajaran tematik, dan aktiviti berintegrasi, membekalkan suasana pembelajaran yang mantap untuk kanak-kanak. Sama ada bilik darjahnya yang berstruktur, mahupun tempat permainan yang inovatif, setiap aspek Young’s Kingdom direka khas untuk merangsangkan perkembangan kanak-kanak, membina sifat berdikari, dan menanam sifat cinta akan ilmu.

Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor

Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor
No. 60 & 62, Jalan Uda Utama 4/2,

bandar-uda-utama, Skudai, Johor 81200
Malaysia
016-772 0XXX
Show Number
016-772 0386 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Setia Tropika


Small Wonder, Setia Tropika menawarkan pengalaman pendidikan yang luar biasa untuk kanak-kanak, melalui kurikulum terbukti yang terbukti berkesan sejak tiga dekad yang lalu. Murid-murid disediakan untuk pendidikan formal di sekolah awam dan juga sekolah antarabangsa. Tadika ini menggunakan gabungan kurikulum yang diiktiraf di peringkat global, seperti KSPK dari Malaysia, Nurturing Early Learners (NEL) dari Singapura, dan Early Years Foundation Stage (EYFS) dari UK. Kurikulum yang komprehensif ini mengalakkan pembangunan secara menyeluruh, dari segi intelek, emosi, sosial, mahupun fizikal, di samping memupuk semangat penerokaan, kreatif, dan daya pemikiran kritis.

Small Wonder Malaysia, Setia Tropika, Johor

Small Wonder Malaysia, Setia Tropika, Johor
No. 2, Jalan Setia Tropika,

Johor Bahru, Johor 81200
Malaysia
017-230 9XXX
Show Number
017-230 9130 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Taman Molek


Diasaskan oleh Dr. Liew, pakar pediatrik yang berpengalaman, kurikulum AZ Preschool menyediakan pengalaman pendidikan diperibadikan yang menyokong kanak-kanak mengikut kemampuan dan keperluan unik mereka. Pengetahuan luas Dr. Liew mengenai perkembangan kanak-kanak memandu seluruh badan sekolah dalam usaha mereka untuk mereka kurikulum menarik yang memupuk pertumbuhan, kreativiti dan yang paling penting, kegembiraan belajar.

Di Prasekolah AZ, anak-anak dibudayakan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk menjadi pemimpin masa depan. Pendekatan pembelajaran campuran yang menggabungkan semua amalan pendidikan terbaik – Montessori, S.T.E.A.M., Play-based dan Integrated Thematic Learning – digunakan untuk meletakkan asas yang kuat untuk anak-anak berkembang maju di mana pun mereka berada dalam kehidupan.

Pendidikan AZ melampaui mempersiapkan anak-anak untuk persekolahan formal. Mereka mmemupuk anak-anak sebagai pelajar seumur hidup yang diperkasakan dengan pemikiran yang berbeza dan kemahiran menyelesaikan masalah, serta ketahanan untuk menangani situasi yang mencabar dalam kehidupan mereka.

AZ Nursery & Preschool, Cheras South

AZ Nursery & Preschool, Cheras South
LG 04-05, Kompleks Komersial Akasa, Jalan Akasa, Cheras Selatan,

Seri Kembangan, Selangor 43300
Malaysia
012-674 2XXX
Show Number
012-674 2178 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Gem Preschool menawarkan pengalaman pendidikan Montessori autentik kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun yang disepadukan dengan silibus tematik dan memenuhi keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran dilakukan menggunakan pelbagai sumber, penerokaan, pemerhatian dan pengalaman.

Selain daripada kurikulum yang menyeluruh, Gem Preschool juga mengadakan lawatan lapangan (field trips), sambutan perayaan, seminar ibu bapa, konsert, hari sukan dan aktiviti pengayaan lain untuk menambah dan meningkatkan keyakinan dan kesedaran kanak-kanak.

Gem Preschool, Pekan Nanas (Tadika Estetika), Johor Bahru

Gem Preschool, Pekan Nanas (Tadika Estetika), Johor Bahru
No. 28, Jalan Pulasan, Taman Puteri,

Pekan Nanas, Johor 81500
Malaysia
010-455 6XXX
Show Number
010-455 6726 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025