by on 21/01/2025 ...
Artikel ini telah dikemas kini pada 7th January 2025.
Ipoh merupakan bandar bersejarah yang kaya dengan warisan dan budaya dan tidak juga kurang dari menjadi hab pendidikan awal kanak-kanak di utara tanahair. Kami di Kiddy123 telah berjaya memilih beberapa prasekolah terbaik untuk rujukan ibu bapa di bandar ini.
Artikel ini merupakan kesinambungan siri Tadika dan Prasekolah Terbaik pilihan kami dan akan menyenaraikan beberapa buah tadika dan prasekolah di Ipoh untuk rujukan ibu bapa agar lebih mudah membuat pilihan sekolah terbaik buat anak-anak.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Di dalam prasekolah yang luas dan bersih ini, kanak-kanak diajar menggunakan program 3Q™ yang telah diteliti dengan baik. Program ini telah terbukti holistic, menarik dan menyeronokkan. Melalui program pembelajaran dalam talian mereka, pelajar boleh mengakses portal melalui ID khas dan pembelajaran boleh dilakukan di rumah mengikut bab-bab tertentu, membolehkan mereka bersedia untuk pelajaran hari berikutnya serta berinteraksi dan mengeratkan hubungan bersama ibu bapa menggunakan platform tersebut.
Guru di tadika ini diberikan latihan di bawah program latihan 3Q dan kebanyakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Anda bukan dari Ipoh? Jangan risau, 3Q MRC Junior Mengelembu mempunyai tujuh pusat sekitar Perak.
Ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia bawah tiga tahun selalu menimbang-nimbang untuk menghantar anak-anak mereka ke prasekolah atau tidak. 3Q MRC Junior, Kampar Ipoh ialah tempat untuk memberikan kanak-kanak sebuah permulaan yang sempurna. Kanak-kanak memperoleh banyak manfaat apabila bersekolah di sini. Mereka didedahkan kepada huruf, perkataan, angka, warna, bentuk dan banyak lagi. Paling penting, mereka belajar untuk berkongsi dan bekerjasama dengan yang lain pada usia muda, sementara mereka belajar cara mengawal emosi mereka. Ramai pelajar terdahulu dari tadika ini memasuki sekolah rendah dengan konsep matematik asas yang lebih kukuh, kemahiran pra-membaca yang lebih kaya dan kemahiran sosioemosi yang lebih baik berbanding rakan sebaya dari sekolah lain. Semua ini ialah hasil daripada sistem pendidikan 3Q yang mantap penyelidikannya dan telah terbukti.
3Q memberikan banyak peluang yang disesuaikan ke arah pencarian bakat dalam kalangan kanak-kanak. Ini menjadikan perjalanan pendidikan lebih bermakna kerana dunia di luar sana memerlukan lebih daripada sekadar gred untuk berjaya tetapi juga orang yang kreatif, yakin dan boleh menyatakan pendapatnya dengan baik.
Sebagai sebuah cawangan tadika yang digemari ramai dan terkenal di Malaysia, The Big Apple First Garden, Ipoh berusaha untuk menyediakan pelajarnya supaya menjadi pengubah dunia kelak. Apakah sebabnya Big Apple First Garden begitu popular dalam kalangan keluarga di Ipoh? Pertama sekali, pendekatan pengajarannya benar-benar relevan dengan keperluan pendidikan awal zaman moden ini. Ia terkini, berteknologi tinggi, dan juga mampu menambahkan elemen keseronokan kepada pembelajaran. Guru-guru Big Apple sentiasa bersikap profesional dan cenderung untuk meningkatkan kemahiran mengajar mereka sambil mempraktikkan kaedah pengajaran baru dari masa ke semasa. Untuk si kecil, Big Apple menawarkan asas kukuh yang diperlukan sebagai persediaan untuk perjalanan pendidikan yang menyeronokkan melalui kaedah bermain dan juga praktikal.
Di dalam sebuah kondominium yang dijaga dengan selamat terdapat Tadika Big Apple Ipoh Kiara, yang bersedia menyambut kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun. Sekolah ini, sama seperti francais Big Apple yang lain, didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan dan menggunakan silibus dan buku mereka yang dirumus khas untuk perkembangan anak yang sihat. Pendekatan pembelajaran tematik digunakan di sekolah ini untuk memastikan anak-anak kekal aktif dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti Muzik, STEAM, Seni & Kraf, Little Kitchen, bermain pasir, dan bermain air. Aktiviti berskala besar yang menarik sering diadakan di sekolah seperti graduasi, hari sukan, Hari Usahawan Muda, dan upacara graduasi Cambridge English, yang menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka.
Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan bertaraf dunia untuk persekitaran pembelajaran yang kondusif. Ruang e-pembelajaran, rumah hijau, dapur khusus untuk aktiviti Little Kitchen, dan gimnasium luaran direka khusus dan bersaiz kanak-kanak untuk memastikan akses mudah. Big Apple berharap agar anak-anak mereka yang keluar dari pintu mereka berjaya di sekolah dan dalam kehidupan.
Berdiri bangga sebagai salah satu cawangan tadika yang terkenal di negara, Big Apple Kinta RiverFront telah menikmati pujian daripada ibu bapa yang berpuas hati dengan anak-anak mereka yang bersekolah ke sini. Pasukan gurunya bersemangat, tambahan pula, tadika tersebut telah mengalami penambahbaikan dan juga beberapa ciri-ciri baru, yang menjadikannya tajuk perbualan ramai di Ipoh.
Antara penambahbaikan yang ketara di Big Apple ialah Program Young Speakers (atau Penceramah Muda), yang mengajar dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyuarakan diri masing-masing dengan yakin. Kursus Cambridge English Young Learners dan studio seni adalah peningkatan lain yang sangat bermanfaat di tadika Big Apple.
Sejak penubuhannya 25 tahun yang lalu Big Apple Pengkalan, Ipoh Berjaya mendapat kepercayaan kukuh dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang komprehensif untuk kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 6 tahun. Prasekolah ini bertujuan untuk menyediakan tempat khas untuk menerapkan asas akademik yang kukuh dan membantu kanak-kanak mengembangkan perasaan cinta terhadap belajar dalam persekitaran yang penyayang dan selamat. Ini yang ingin dicerminkan melalui falsafah pendidikan sekolah iaitu untuk menginspirasi dan memupuk pemikiran anak muda.
Kepelbagaian dilihat sebagai kekuatan dan saiz sekolah ini membolehkan program kokurikulum yang baik dijalankan. Sekolah ini menawarkan kurikulum seimbang yang fokus pada akademik, memberi ruang dan peluang untuk aktiviti bersukan dan kepelbagaian aktiviti pengayaan. Konteks pembelajaran disepadukan dengan seni, muzik dan pergerakan, kegiatan air, kelas memasak, berkebun, pendidikan jasmani, kemahiran hidup dan street chalk drawing.
Di Big Apple Pengkalan, Ipoh, perhatian diberikan kepada profil pembelajaran setiap pelajar, membina kekuatan mereka, mengasah bakat dan kemahiran mereka yang unik, dan memberi sokongan kepada pertumbuhan kanak-kanak. Sekolah ini akan terus mengembang di Lembah Klang sambil berusaha untuk menjadi lebih baik dan berbeza dari prasekolah lain.
Big Apple mempunyai sukatan pelajaran sendiri, serta buku-buku keluaran sendiri yang mematuhi garis panduan Kementerian Pendidikan untuk Kurikulum Prasekolah. Memandangkan misi Big Apple adalah untuk ‘Menginspirasi dan Memupuk Minda Muda’, pelajar dibimbing melalui pendidikan yang melangkaui pembelajaran bilik darjah, di mana bermain mempunyai peranan yang tersendiri dalam pengalaman pembelajaran mereka.
Walaupun Tadika Big Apple telah wujud sejak tahun 1993 di Malaysia, ini tidak bermaksud bahawa kurikulum atau programnya sudah lapuk! Sebaliknya, para pelajar di sini didedahkan dengan pengajaran/pembelajaran moden berprojektor, serta penggunaan komputer! Teknologi terkini digunakan dengan sepenuhnya untuk kebaikan para pelajar. Bagi pelajar berusia 4, 5 dan 6 tahun, seperti yang dimaklumkan oleh Cik Wong, Big Apple juga menawarkan program “Guru Panda” yang dihasilkan sendiri.
Kurikulum di Bright Kids Kindergarten mengikut garis panduan Kurikulum Bersepadu dengan piawaian lengkap untuk memastikan kanak-kanak belajar mengikut amalan pendidikan kreatif yang terkini, berkembang dengan baik serta sentiasa sihat dan selamat. Kurikulum ini menggalakkan pengajaran dan pembelajaran agar kanak-kanak memperoleh asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh untuk masa depan.
Dengan perubahan dunia yang lebih pantas berbanding sebelum ini, guru-guru di Tadika Bright Kids memastikan bahawa mereka memperkayakan hati, minda, badan dan semangat setiap kanak-kanak melalui teknik pembelajaran bersesuaian untuk otak kanan dan kiri. Aspek yang berharga dalam kurikulum tadika ini ialah penggabungan Program Bacaan Laju (Speed Reading) dan Persepsi Sensori Tambahan (ESP). Program ESP menyediakan rangsangan kepada otak kanak-kanak melalui aktiviti yang menyeronokkan, seperti muzik, penghubung ingatan dan pengimejan mental pada usia awal untuk memberi mereka permulaan yang terbaik dalam kehidupan.
CIC Casa Kayangan, Meru Ipoh merupakan pilihan yang bernas untuk ibubapa dan keluarga di Ipoh yang ingin mencari program pendidikan awal yang holistik bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun, yang berteraskan nilai-nilai Islam. Terletak di sebuah bangunan komersial, pusat ini lengkap dengan bilik-bilik darjah yang ceria dan terang, pameran dan bahan-bahan pelajaran yang interaktif, serta kemudahan yang lain untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat 18 program yang ditawarkan yang bertumpukan bidang pelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal – disokong oleh pelbagai aktiviti praktikal untukj membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.
Guru-guru di MRC Kids & JSP, Bandaraya Impiana Ipoh mahu kanak-kanak mengalami pendidikan yang membolehkan mereka mencapai prestasi akademi yang optimum dan berkemampuan untuk menghadapi cabaran kompleks dalam masyarakat global. Guru-guru tidak hanya berdiri di hadapan kelas dan memberikan arahan kepada kanak-kanak. Sebaliknya, mereka mengakui bahawa kanak-kanak belajar dan memahami dengan cara yang berbeza, oleh itu mod pengajaran haruslah bersesuaian untuk memastikan pembelajaran lebih berkesan dan memberi impak terhadap kanka-kanak dari segi pencapaian dan sikap mereka terhadap pembelajaran. Ini adalah selaras dengan teori Multiple Intelligence oleh Howard Gardner.
Program Kanak-Kanak MRC menyediakan pelbagai kemahiran dan pengetahun untuk dipelajari kanak-kanak agar dapat menyiapkan mereka menghadapi sekolah rendah, sambil meberikan peluang untuk mereka mencari minat mereka. Program JSP MRC mengukuhkan konsep kurikulum utama negara dan memperluas kesedaran sosial mereka terhadap dunia sebenar. Sebagai sebahagian dari Kumpulan Pendidikan SMM yang komited untuk membantu kanak-kanak mengasah bakat dan mengembangkan minat mereka. Pendidik di bawah lembayung Kumpulan Pendidikan SMM sentiasa meneroka cara inovatif untuk mengubah cara kanak-kanak belajar supaya mereka bersedia untuk perjalanan akademik mereka dan bersedia menempuhi masa hadapan.
Pusat Jagaan Kanak-Kanak Playwright, Ipoh menawarkan persekitaran yang gembira dan memupuk di mana kanak-kanak akan berasa disayangi dan berbaloi. Dari seawal usia 14 bulan, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dengan cara yang betul yang menggalakkan perkembangan holistik yang optimum, seperti yang dicadangkan oleh nama pusat itu – Playwright. Memahami bahawa semua kanak-kanak mempunyai keunikan mereka sendiri, pusat ini menyepadukan gabungan pendekatan pendidikan terbaik, termasuk Montessori, Waldorf, STEAM, Bank Street dan kaedah berasaskan permainan, ke dalam kurikulumnya.
“Kami tahu bahawa kanak-kanak dipenuhi dengan imaginasi berkilauan dan dapat menerima ini melalui pembelajaran kreatif dan kurikulum merangsang kami yang memberi inspirasi kepada minat belajar sepanjang hayat menggembirakan saya setiap hari. Seorang kanak-kanak pada satu masa, kami berharap dapat memberi impak kepada kehidupan kanak-kanak secara positif dan mendalam, sambil mengekalkan rasa suka bermain dalam diri kami semua. Ini adalah teras kepada moto kami – Joy of Growth,” kongsi pengasas.
Tadika Smart Talent, Ipoh menawarkan persekitaran yang memberangsangkan untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun untuk belajar dan berkembang. Tadika yang diasaskan 20 tahun lalu oleh Pn. Tan Chin Chin ini memiliki matlamat untuk menjadikan langkah pertama kanak-kanak dalam dunia pembelajaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan namun mendidik.
Sistem 3 dalam 1 Smart Talent memberikan pendekatan holistik kepada pendidikan dengan bertumpu kepada aspek pembelajaran akademik dan bukan akademik sekali gus. Sistem ini menekankan kepentingan menggalakkan perkembangan minda, jasmani dan jiwa kanak-kanak. Melalui sistem ini, para guru tidak perlu menggunakan pendekatan yang sama untuk semua kanak-kanak kerana mereka belajar dengan cara berbeza mengikut rentak yang berbeza. Oleh itu, para guru menyesuaikan pembelajaran menurut keperluan dan kebolehan setiap kanak-kanak.
Di Tadika Smart Talent, ibu bapa akan disambut oleh para guru yang ramah dan komited untuk mendidik kanak-kanak dengan penuh kasih sayang dan minat yang tinggi. Semua guru memiliki sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan pelbagai kemahiran untuk mengoptimumkan peluang pembelajaran. Mereka menerima latihan berterusan untuk memastikan amalan pedagogi mereka sentiasa terkini.
KinderJoy menawarkan program Comprehensive Thematic Learning kepada kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 6 tahun, yang telah direka mengikut garis panduan yang disediakan oleh Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Malaysia.
Demi memenuhi keperluan era globalisasi, kelas di KinderJoy memberi perhatian menyiapkan setiap kanak-kanak dengan kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Kemahiran seperti pemikiran kritikal (critical thinking), penyelesaian masalah (problem solving), kreativiti, pemikiran yang inkuisitif dan imaginatif, kemahiran berkomunikasi, semangat kerjasama dan banyak lagi adalah penting.
Di sekolah ini, terdapat bidang pembelajaran pelbagai guna, kawasan yang dikhaskan untuk aktiviti sains dan tempat untuk kanak-kanak belajar dan menjalankan aktiviti secara berdikari. Dengan rekod prestasi yang terbukti, KinderJoy telah menghasilkan ramai alumni yang berjaya dan ingin terus melakukannya di tahun-tahun yang mendatang.
Tadika Suria Bestari (Goshen), Ipoh, Perak menggunakan Goshen Programme yang telah lama dipercayai agar kanak-kanak dapat membesar seperti tagline mereka, “Grow, Shine, Love, Learn and Develop Confidence”. Tak kira peringkat apapun si kecil dalam perjalanan pendidikannya ketika menyertai Tadika Suria Bestari, Goshen Programme telah direka untuk melengkapi peringkat perkembangan si kecil. Program ini mengambil kira umur kanak-kanak, pengetahuan sedia ada tentang subjek, personaliti, minat, dan keperluan individu. Ia merangkumkan pelbagai aspek Matematik, Sains, Bahasa, pemikiran kritis, kemahiran mendengar & bertutur dalam kurikulum untuk membentuk pendidikan yang holistik. Selain itu, program ini juga sepadan dengan Kurikulum Prasekolah Standard Kebangsaan.
Tadika Suria Bestari bermatlamat untuk memastikan kanak-kanak fasih dalam tiga bahasa – Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina – pada umur 6 tahun. Ini dilakukan menerusi kombinasi pengajaran dengan instruksi dan pembelajaran berasaskan permainan yang sangat berkesan untuk menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran hidup yang penting untuk masyarakat moden.
Tiny-Tots Montessori Centre (TTMC), Ipoh berpengalaman selama 47 tahun dalam menyediakan kanak-kanak prasekolah berumur 2 hingga 6 tahun dengan pengalaman pembelajaran awal yang memupuk pertumbuhan holistik. Pusat ini mempunyai dua premis dan terletak di Ipoh Garden South, dalam persekitaran yang tenang dan selamat di mana setiap kanak-kanak berasa dialu-alukan. Selama bertahun-tahun, ia diterima baik oleh ibu bapa dalam komuniti setempat dan kanak-kanak bersetuju bahawa ia adalah tempat yang sangat menggembirakan.
Diilhamkan oleh keindahan pendidikan Montessori, TTMC menerima setiap kanak-kanak sebagai individu yang berkembang mengikut rentak mereka sendiri. Oleh itu, saiz kelas dikekalkan kecil, dengan kira-kira 5 hingga 8 pelajar setiap kelas, untuk membolehkan kanak-kanak mendapat perhatian peribadi yang mereka perlukan pada usia yang begitu muda. Guru di TTMC menggalakkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain dan menyeronokkan! Sama ada kanak-kanak belajar bahasa atau Sains, mereka melakukannya melalui pelbagai aktiviti yang interaktif dan melibatkan semua deria mereka. Ini secara semula jadi membuatkan mereka seronok dan suka belajar. Sambil menjadikan pembelajaran menyeronokkan, pusat ini juga memberi tumpuan yang sama untuk membina asas kemahiran akademik yang kukuh supaya kanak-kanak akan mengalami peralihan yang lancar ke sekolah rendah pada kemudian hari.