Selected Preschools in Bukit Jalil

by on 09/04/2025 ...

Also available in : English 中文版

Artikel ini telah dikemaskini pada 13 Mac 2025.

Bukit Jalil merupakan pinggiran bandar yang terkenal dengan kemudahannya terutama untuk penggemar sukan. Berkembang pesat dengan pelbagai Kawasan perumahan baru, Bukit Jalil menawarkan peluang pendidikan awal kanak-kanak yang luar biasa untuk anak-anak kecil, dan kami ingin mengetengahkan beberapa tadika dan pusat jagaan kanak-kanak terbaik di sini dalam artikel pendek ini.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika. 


ABC Tot School, Bukit Jalil

Kurikulum ABC Tot menggunakan Pendekatan Kecerdasan Pelbagai berasaskan Cerita untuk kanak-kanak berusia 2-4 tahun meneroka dan menggunakan kecerdasan mereka yang pelbagai. Adalah penting untuk kita menghargai keunikan tumbesaran, perkembangan, kemahiran dan bakat si kecil yang berbeza. Oleh itu, ABC Tot sentiasa menghormati dan faham akan perbezaan setiap individu. Hasilnya, si kecil di ABC Tot mendapat banyak peluang untuk berkembang dalam fasa terpenting tumbesaran ini.

Di dalam kumpulan kelas yang bersaiz kecil, setiap kanak-kanak di sini mendapat perhatian secukupnya daripada guru-guru yang penyayang dan berkelayakan. Si kecil dapat belajar, membuat aktiviti, membina kemahiran dan tabiat baik yang diperlukan di masa hadapan dengan lebih baik.

 


Happy Tots Preschool, Bukit Jalil

Happy Tots Preschool, Bukit Jalil, adalah pusat pembelajaran awal kanak-kanak baru yang diasaskan dan dikendalikan oleh seorang guru yang berdedikasi. Setelah berpuluh tahun pengalaman mengajar anak-anak, pengasas dan pengetua pusat itu, Cik Tham, memutuskan untuk membuka prasekolahnya sendiri yang akan berfungsi untuk menangani masalah tingkah laku dan pembelajaran yang dia perhatikan selama ini.

Di pusat ini, guru akan memperhatikan keperluan setiap anak, dan tidak akan mengabaikan kemajuan anak hanya kerana masalah tingkah laku muncul. Tujuan mereka, pada akhirnya, adalah untuk mencari jalan untuk menolong anak kecil mencapai potensi mereka dengan lebih baik.

Kurikulum di pusat ini menggunakan pendekatan tematik, dan dirancang untuk mempersiapkan anak-anak untuk pembelajaran sepanjang hayat dengan jayanya.


Joyous Preschool, Bukit Jalil

Joyous Preschool ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai pusat terapi untuk kanak-kanak keperluan khas. Dalam masa dua tahun sahaja, berkat buah mulut, ditambah pula dengan kualiti pendidikan awal mereka, ia telah menjadi tadika inklusif pada tahun 2017, di mana kanak-kanak dari pelbagai lapisan masyarakat dan tahap pembelajaran boleh mendapatkan pendidikan penting dalam hidup mereka. Melalui tema mingguan yang dirancang rapi, serta kurikulum menarik yang berasaskan aktiviti mainan, guru-guru yang berkelayakan di Joyous Preschool Bukit Jalil dapat memupuk dan membimbing setiap pelajar supaya mereka menjadi individu yang berkeyakinan, pandai, dan mampu bersosial, yang mampu menghadapi cabaran semasa zaman sekolah rendah.


Kindyland bermula sebagai satu visi untuk memberi inspirasi kepada kanak-knaka untuk menemui potensi penuh mereka untuk menjadi generasi pemimpin akan datang Saban tahun, kasih sayang dan perhatian yang teliti yang dicurahkan dalam setiap sisi prasekolah ini telah diiktiraf oleh ibu bapa dan juga majalah ibu bapa sebagai jenama pendidikan awal kanak-kanak berkualiti. Kindyland mendapat pengiktirafan ini ini dengan program komprehensif tiga bahasa, hasil perkembangan holistik, ruang pembelajaran yang cerah, dan tenaga pengajar yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan.

Dengan lokasi di Tropicana Golf & Country Resort, Tropicana Gardens Mall dan Tropicana Aman, rangkaian prasekolah yang kian berkembang ini kini mempunyai satu lagi cawangan – syurga pembelajaran urban di tengah tengah Bandar Bukit Jalil. Dengan ruang 2 tingkat di dalam lot kedai kontemporari yang luas, prasekolah ini mudah diakses daripada lebuhraya Bukit Jalil dan KESAS dan juga membenarkan ibu bapa untuk mengambil dan menghantar anak dengan selamat. Ini adalah cawangan Kindyland yang pertama yang menawarkan pendidikan prasekolah dan khidmat jagaan untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun, menyediakan generasi baru ibu bapa yang bekerja di kawasan ini dengan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti tinggi yang akan memupuk mereka menjadi peneroka yang kompeten dan penyelesai masalah yang kreatif.

Kindyland Bukit Jalil City

Kindyland Bukit Jalil City
J-11-3, Pusat Bandar Bukit Jalil, Jalil Utama 2,

Bukit Jalil, Kuala Lumpur 57000
Malaysia
018-388 1XXX
Show Number
018-388 1000 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.

“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. “Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal.”

Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Klang Valley, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.

Knowledge Tree Montessori Kindergarten, Bukit Jalil

Knowledge Tree Montessori Kindergarten, Bukit Jalil
No. 8 & 10, Jalan 17/155C,

Bukit Jalil, Kuala Lumpur 57000
Malaysia
010-284 0XXX
Show Number
010-284 0868 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Small Wonder Malaysia, Bukit Jalil City menawarkan si kecil dengan pendidikan berkualiti dalam persekitaran yang harmoni. Berganding bahu dengan ibu bapa, guru-guru di Small Wonder membimbing kanak-kanak untuk mencapai potensi maksimum mereka untuk menjadi individu yang gembira, bermotivasi, dan yakin. Small Wonder berpandangan jauh untuk menyokong si kecil menjadi pelajar sepanjang zaman yang akan berusaha ke arah dunia yang mampan dan aman.

Tenaga pengajar di sini mendidik melalui galakan kepada kanak-kanak untuk menjadi pemikir kendiri yang akan sedikit demi sedikit bertanggungjawab terhadap pendidikan mereka sendiri. Teachers endeavour to truly educate by encouraging children to be independent thinkers who Fokus diletakkan dalam proses pembelajaran itu sendiri. Kanak-kanak di Small Wonder belajar dengan gembira, menghormati rakan sebaya, bermotivasi dan yakin dengan kerja sendiri, mempunyai individualiti, dan aktif dalam komuniti kelas.

Small Wonder Malaysia, Bukit Jalil City

Small Wonder Malaysia, Bukit Jalil City

WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Sri Kenanga Preschool, Bukit Jalil, mengamalkan pendekatan holistik kepada pendidikan kanak-kanak awal, menggabungkan unsur-unsur Montessori, tematik, dan kurikulum kebangsaan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang seimbang untuk anak-anak berusia dua hingga enam tahun. Sekolah ini menyediakan pengalaman praktikal dunia melalui lawatan sambil belajar bertemakan kerjaya, bagi memupuk keingintahuan dan pemahaman praktikal. Suasana yang selesa dan mesra, dilengkapi kemudahan seperti taman permainan dan sudut pembelajaran, memastikan keselamatan setiap kanak-kanak dan keperluan mereka terjamin, memupuk minda mereka untuk masa depan yang cerah.

Sri Kenanga Preschool, Bukit Jalil

Sri Kenanga Preschool, Bukit Jalil
No 18-1, 18-2, 18-3, Jalan Jalil Jaya 2, Jalil Link,

Bukit Jalil, Kuala Lumpur 57000
Malaysia
011-2828 7XXX
Show Number
011-2828 7272 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


The children’s house, Bukit Jalil City menawarkan pendidikan Montessori yang progresif dalam persekitaran pembelajaran yang mesra dan menyokong di mana anak-anak dapat berkembang menjadi pemimpin yang yakin, kreatif dan penuh kasih sayang pada masa hadapan. Sekolah ini menepati kriteria apa yang seharusnya ada pada sekolah: kurikulum yang merangsang yang mendorong anak-anak untuk berkembang maju, tempat di mana komunikasi terbuka, fasilitator yang berdedikasi mempersiapkan anak-anak dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk berjaya, ruang yang direka dengan teliti untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk belajar, dan komuniti yang bersemangat yang benar-benar merasa seperti keluarga besar.

Pembelajaran ‘self-directed’, tidak dipaksa tetapi dibimbing oleh guru dengan lembut. Kurikulum dibina berdasarkan rutin harian dan peluang yang dirancang untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada konsep awal dan kemahiran sepanjang hayat. Kanak-kanak digalakkan untuk terlibat dalam eksplorasi setiap hari, meluahkan fikiran, berfikir secara kritis dan meneroka diri mereka sejauh mungkin. Objektif utamanya adalah untuk membantu mereka belajar secara bebas dan mengekalkan rasa ingin tahu dan kreativiti yang dilahirkan. Fasilitator yang berdedikasi, bersama dengan kurikulum yang terbukti, dan penglibatan ibu bapak secara aktif, mewujudkan suasana yang bertujuan untuk melengkapkan dan memberi inspirasi kepada anak-anak seumur hidup.

The children’s house, Bukit Jalil City, Kuala Lumpur

The children’s house, Bukit Jalil City, Kuala Lumpur
Signature Shop Office, K3A-1 & K3A-M, Jalan Persiaran Jalil 1,

Bukit Jalil, Kuala Lumpur 57000
Malaysia
018-232 2XXX
Show Number
018-232 2699 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


The children’s house, Bukit Jalil City (Kampus Senior), Kuala Lumpur menyediakan anak-anak dengan pendidikan yang diperkaya berpandukan falsafah Montessori dalam persekitaran pembelajaran yang harmoni. Ia menghimpunkan anak-anak berusia antara 4 hingga 6 tahun, dan berdekatan dengan Kampus Junior, juga di Bukit Jalil. Dengan bekerjsama dengan ibu bapa, setiap anak dibimbing untuk mencapai potensi maksimum mereka untuk menjadi individu yang bahagia, bermotivasi diri dan yakin. Dan yang paling utama, sekolah ini tidak hanya fokus kepada hari pelajar tamat belajar dan bergraduasi, jadi mereka disokong sebagai pelajar seumur hidup yang akan berusaha menuju dunia yang lebih lestari dan damai.

Guru berusaha untuk benar-benar mendidik dengan mendorong anak-anak menjadi pemikir bebas yang akan menjadi semakin bertanggungjawab terhadap pendidikan mereka sendiri dari masa ke masa. Penekanan diberikan pada proses pembelajaran. Kegembiraan yang berterusan dalam pembelajaran, menghormati rakan, motivasi diri dalam pekerjaan seseorang, keperibadian dan penyertaan dalam komuniti kelas adalah ciri khas seorang anak di The children’s house.

Small Wonder Malaysia, Bukit Jalil City

Small Wonder Malaysia, Bukit Jalil City

WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025