Selected Preschools in Bangsar

by on 25/03/2025 ...

Also available in : English 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 11 Januari 2025.

Sepintas lalu, Bangsar dan prasekolah sepertinya tidak sesuai. Namun, seperti yang diterokai oleh Kiddy123, di bawah luaran Bangsar yang sibuk, terdapat prasekolah yang berkualiti, tersusun dan dinamik. Dari pendidikan old-school, prasekolah kini berubah dan berkembang. Di sini kami kongsikan kepada anda beberapa prasekolah yang berada di barisan hadapan revolusi pendidikan prasekolah Bangsar.

 

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


“Bye mummy, daddy,” ucap anak itu sambil berlari ke pelukan guru yang sedang menunggu di pintu masuk ABC Nursery. ABC adalah Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berdaftar dengan tiga dekad sejarah yang menerima kanak-kanak berumur dua bulan hingga enam tahun. Kawasan ABC Nursery nampaknya tenang, jauh dari hiruk pikuk kesibukan harian. Laman yang dijaga dengan rapi ditambah dengan pokok palma yang matang sepenuhnya, diselingi dengan permainan kanak-kanak yang direka khas, memancarkan ketenangan yang unik.

‘Prepared environment’ ABC secara khusus dirancang untuk mewujudkan persekitaran optimum yang menyokong dan mendorong pembelajaran dan penerokaan bebas. Dengan kurikulum berasaskan Montessori yang disepadukan dengan pendekatan pembelajaran berdasarkan tematik dan permainan, kurikulum dan program ABC disiapkan dengan baik, berpusatkan kanak-kanak dan holistik. Kelas di ABC kecil dan dibahagikan kepada learning centres di mana guru yang terlatih dan berdedikasi membantu untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang kaya dan seimbang untuk anak. ABC adalah pusat pembelajaran sehenti untuk semua kanak-kanak sama ada bayi yang memerlukan teman bermain atau kanak-kanak prasekolah dalam perjalanan untuk melakukan peralihan ke “sekolah sebenar”. PEMBELAJARAN BERMULA di ABC Nursery.

 


Ditubuhkan pada tahun 2016, ABC (Autism Behavioral Center) adalah pusat terapi ABA (Applied Behavior Analysis), yang menawarkan kurikulum dan sokongan individu yang berkualiti untuk kanak-kanak dan remaja dari pelbagai kumpulan umur yang menghidap autisme dan kesukaran belajar atau kanak-kanak yang berisiko menghidap autisme. ABC adalah pusat yang terbesar yang menawarkan terapi ABA di Malaysia yang terletak di Bangunan Bangsaria di sepanjang jalan utama Jalan Maarof di Bangsar. Di samping itu, mereka adalah satu-satunya pusat terapi sehingga kini, yang dilengkapi dengan bilik ‘one-to-one’ untuk semua kanak-kanak; sebanyak 45 bilik individu.

  

Autism Behavioral Center (ABC), Bangsar, Kuala Lumpur

Autism Behavioral Center (ABC), Bangsar, Kuala Lumpur
No. 45E, Bangunan Bangsaria, Level 3, Jalan Maarof,

Bangsar, Kuala Lumpur 59100
Malaysia
03-2201 1107 / 012-285 2XXX
Show Number
03-2201 1107 / 012-285 2007 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Beaconhouse Newlands Early Years, Bangsar

Beaconhouse Newlands Early Years, Bangsar terletak di sebuah rumah banglo dengan persekitaran yang nyaman dan penuh kehijauan berdekatan Jalan Pantai. Sekolah ini meawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik bagi kanak-kanak berumur 18 bulan hingga enam tahun. Salah satu ciri ulung di BNEY Bangsar ialah kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) dari UK, yang bertumpukan perkembangan kanak-kanak. Sekolah ini turut menawarkan program Cambridge Primary bagi kanak-kanak darjah satu (Primary 1) yang bakal bersekolah di sekolah antarabangsa. BNEY Bangsar menjanjikan sistem persekolahan yang berbeza dengan kualiti tenaga pengajar yang sangat tinggi, yang dapat mengalakkan kanak-kanak menjadi versi yang terbaik diri mereka sendiri – sedia menghadapi cabaran sama ada di sekolah mahupun kehidupan seharian.

Beaconhouse Newlands Early Years, Bangsar

Beaconhouse Newlands Early Years, Bangsar
No. 2, Lorong Bukit Pantai 7, Taman Bukit Pantai,

Bangsar, Kuala Lumpur 59100
Malaysia
03-2201 5116 / 018-207 8XXX
Show Number
03-2201 5116 / 018-207 8008 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Canridge membekalkan pengalaman pembelajaran awal yang bermutu tinggi melalui program Global Preschool (Prasekolah Global) dan Pusat Perkembangan Minda Kanan mereka. Ditubuhkan pada tahun 2013, program-program Canridge bertujuan untuk meningkatkan kreativiti, kemahiran kognitif, dan kesedaran budaya dalam kalangan kanak-kanak. Program Perkembangan Minda Kanan mereka memberi tumpuan terhadap aktiviti seperti kad flash dan muzik bagi memastikan kanak-kanak menerima manfaat yang maksimum dalam pembelajaran jangka panjang mereka semasa tempoh yang paling kritikal dalam tumbesaran otak mereka. Manakala Prasekolah Global mereka pula bertumpukan pendekatan belajar sambil bermain bagi memupuk sifat berdikari dan pemikiran global melalui pelbagai pengalaman budaya dan pengajaran secara tematik. Dengan cawangan-cawangan di Johor Bahru, Penang, dan kini Bangsar, Canridge membekalkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan komprehensif, dilengkapi alatan pembelajaran yang berkualiti dan juga guru-guru yang berpengalaman.

Canridge Global Preschool, Bangsar

Canridge Global Preschool, Bangsar
No. 70, Jalan Bangkung,

Bangsar, Kuala Lumpur 59100
Malaysia
012-829 2XXX
Show Number
012-829 2916 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Champion Edu Care Centre (ABC Tot), Bangsar

Terkenal sebagai pusat pembelajaran kanak-kanak di mana mereka boleh membina asas yang kukuh sebelum ke prasekolah, Champion Edu Care Centre, juga dikenali sebagai ABC Tot, Bangsar menggunakan pendekatan yang menggabungkan aktiviti sensori dan teori kecerdasan pelbagai bagi memupuk minda kanak-kanak kecil. Pusat ini percaya bahawa setiap kanak-kanak merupakan individu yang unik, oleh sebab itu kurikulum di sini merangkumi program yang sesuai dengan umur mereka dan menyokong perkembangan semasa peringkat kehidupan yang amat penting ini.

Champion Edu Care Centre (ABC Tot), Bangsar

Champion Edu Care Centre (ABC Tot), Bangsar
No. 54, Jalan Telawi 9, Bangsar Baru,

Bangsar, Kuala Lumpur 59200
Malaysia
011-3335 4XXX
Show Number
011-3335 4391 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Sekolah Antarabangsa Cranbridge, Kuala Lumpur menawarkan persekitaran yang merangsang pelajar untuk menyerlahkan cita-cita akademik dan memperoleh manfaat daripada pembangunan menyeluruh sebagai individu dan warga global. Sekolah ini bermula sebagai pusat pembelajaran dengan sejumlah kecil pelajar. Hari ini, sekolah ini kekal mempromosikan komuniti yang erat dan mesra suasananya dengan berpegang pada slogan “Semua Kanak-kanak Dapat Belajar dan Akan Belajar.”

Di Cranbridge, para pelajar belajar merentasi kontinum program yang berpandukan silibus Pearson Edexcel. Pearson Edexcel ialah sebuah program progresif yang berasaskan kurikulum British yang terkini. Bermula dari prasekolah hingga A Level, para pelajar diberi inspirasi secara berterusan untuk mencabar diri mereka ke tahap terbaik, sambil melengkapi diri dengan kemahiran abad ke-21 untuk berkembang dalam dunia yang sedang berubah dengan pantas.

Sekolah Antarabangsa Cranbridge ialah pusat peperiksaan bertauliah untuk penilaian Edexcel. Sekolah ini mempunyai rekod prestasi kecemerlangan akademik yang kukuh dengan pencapaian pelajar terbaik bagi kelayakan O Level dan A Level sekali gus. Para pelajar terus-menerus meraikan keputusan cemerlang ini termasuk Pencapaian Tertinggi di Dunia untuk Matematik Tulen Tambahan 2018 dan Pencapaian Tertinggi di Asia untuk Matematik Tahap Lanjutan 2018 – bukti sebenar tentang kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh Cranbridge.

Cranbridge International School (Early Years), Kuala Lumpur

Cranbridge International School (Early Years), Kuala Lumpur
Jalan Tiga, Off Jalan Chan Sow Lin, Chan Sow Lin,

Kuala Lumpur, Kuala Lumpur 55220
Malaysia
010-259 8XXX
Show Number
010-259 8026 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 


Eduwis Elite bertujuan untuk memupuk kanak-kanak secara menyeluruh melalui model pengajaran tematik dan bersepadu. Pengalaman pembelajaran teras dipandu oleh teori pembelajaran awal oleh pendidik utama. Terletak di dalam pusat membeli-belah, Eduwis Elite menawarkan kemudahan terbaik untuk pelbagai program. Ia merangkumi bilik darjah yang lengkap, sudut pembelajaran utama dengan bank sumber yang boleh diakses, makmal komputer, dapur junior dan taman permainan dalaman.

Prasekolah ini juga memastikan anak-anak mendapat manfaat daripada kemudahan yang ditawarkan pusat membeli-belah, iaitu sebuah ‘garden studio’ di mana mereka dapat terlibat dalam ‘nature play’ dan menggunakan unsur-unsur semula jadi untuk mengembangkan pemahaman tentang dunia di sekitar mereka. Lebih-lebih lagi, ibu bapa boleh menurunkan anak mereka di pusat ini untuk perkhidmatan penjagaan anak kecemasan juga! Betapa mudahnya!

 


Global Indian International School, Kuala Lumpur (GIISKL) menawarkan Program Montessori Global yang membolehkan pelajar prasekolah mencapai potensi sepenuhnya dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan usia yang mengenali keperibadian mereka. Program ini mengandungi semua komponen penting dalam perkembangan awal kanak-kanak yang menyumbang kepada pengalaman pendidikan yang menyeluruh. Ini bukan sahaja mendorong pengembangan kemahiran kognitif, ekspresif dan motorik, tetapi juga rasa tanggungjawab sosial, kesedaran budaya dan kesedaran alam sekitar.

Terdapat banyak sebab untuk memilih GIISKL termasuklah kurikulum pemenang anugerah yang menggabungkan amalan terbaik awal kanak-kanak; guru berkelayakan yang memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai potensi sepenuhnya; dan yuran sekolah antarabangsa yang kompetitif.

Kanak-kanak yang menyertai GIISKL akan bersedia untuk pengalaman akademik serba boleh sehingga Gred 12. Pilihan kurikulum antarabangsa seperti Cambridge, CBSE dan program biasiswa akan memaparkan pengalaman pembelajaran yang kaya untuk pelajar dan menjadikan individu yang mempunyai keperibadian dan akademik yang cemerlang.

 


Dengan lebih daripada 100 francais di seluruh Singapura, China, Indonesia, Bangladesh dan Kemboja, kurikulum pemenang anugerah Kinderland adalah faktor utama ibu bapa memilih prasekolah kuning dan hijau yang cerah dan ceria ini yang terletak di kejiranan Terasek.

Kurikulum yang menggabungkan pendekatan dan metodologi pendidikan terbaik dari Barat dengan nilai-nilai moral dan hubungan antara peribadi di Timur adalah hasil penyelidikan dan pengembangan berterusan hampir 40 tahun oleh pakar pendidikan awal kanak-kanak Kinderland. Menggunakan ekspresi kreatif, pemikiran logik, sokongan literasi, permainan dramatik, dan pembelajaran kumpulan besar, pendekatan tematik Kinderland dalam pengajaran menyediakan lingkaran pengalaman pembelajaran yang semakin meluas untuk anak.

Pelopor dalam memasukkan program muzik kanak-kanak ke dalam kurikulum mereka, Kinderland juga merupakan yang pertama memperkenalkan kemahiran berfikir aras tinggi ke dalam silibus (sejak 2015) untuk memastikan bahawa pelajar mereka sentiasa bersedia ketika memasuki sekolah rendah. Pelajar diajar untuk menggunakan pemikiran logik dalam perbincangan mereka sehingga mereka belajar melihat sesuatu dari perspektif. Aspek lain yang menonjol dalam pendidikan prasekolah Kinderland adalah Dramatic Play, di mana anak-anak berlatih bermain peranan dan pertuturan serta drama. Sesuai dengan falsafah Kinderland dan syarat-syarat Kementerian Pendidikan dan Agensi Pembangunan Anak Awal, programnya dirancang khusus untuk memperkaya dan melengkapkan pengalaman sekolah kanak-kanak.

 

Kinderland Bangsar

Kinderland Bangsar
No. 33, Jalan Terasek 1, Bangsar Baru,

Bangsar, Kuala Lumpur 59100
Malaysia
03-2288 1663 (Ms. PrasanXXX
Show Number
03-2288 1663 (Ms. Prasanna) WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Program pendidikan KitaKids bertujuan untuk memberi kanak-kanak (berumur antara 2 bulan hingga 6 tahun) asas yang kuat dalam pendidikan awal kanak-kanak dengan menumpukan perhatian pada minat dan perkembangan mereka dan bukannya mengekang mereka untuk belajar dalam silibus yang kaku.

Selain daripada pelajaran akademik, pelajar di Kitakids juga dilengkapi dengan kemahiran berdikari dan kemahiran penyelesaian masalah. Sukatan pelajaran fleksibel (bergantung pada usia kanak-kanak) dan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan menarik, memastikan anak-anak tumbuh sebagai pelajar yang yakin dan terlibat dalam pembelajaran mereka.

Kitakids Preschool, Bangsar

Kitakids Preschool, Bangsar
No. 150, Lorong Maarof,

Bangsar, Kuala Lumpur 59000
Malaysia
03-2095 2XXX
Show Number
03-2095 2323 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 


Learning Tree prides itself as a progressive early learning provider that extends beyond the routinized, one-size-fits-all approach to instruction. Situated in a family-friendly mall, Bangsar Village II, Learning Tree offers several programmes for families seeking quality education and care for their children between the ages of 18 months to 6 years old. Established by the founder of FunGates education system herself; also a renowned author of numerous kindergarten textbooks and books for pre-school teachers, Ms Clarine Chun envisions a preschool that “nurtures in every little child a love for lifelong learning and to build in every little child a firm foundation for lifelong learning,” hence the motto, NURTURING THE LOVE FOR LIFELONG LEARNING.

 


Lil Footprints Infant & Childcare Centre telah mewujudkan tempat yang selamat khas untuk penjagaan dan pendidikan awal yang berkualiti tinggi untuk kanak-kanak daripada bayi baru lahir hingga 6 tahun. Perkhidmatan di Lil Footprints adalah berdasarkan kepada falsafah mereka bahawa kanak-kanak merupakan keutamaan mereka dalam semua aspek amalan di sini. Keperibadian setiap kanak-kanak menjadi kepentingan utama dan tumpuan terletak untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong kanak-kanak berkembang menjadi versi terbaik diri mereka sendiri.

Pusat ini berusaha untuk mewujudkan persekitaran di mana kanak-kanak mencari keselesaan dan keselamatan serta memberi mereka banyak peluang holistik untuk penemuan diri. Kesemua peluang ini menyokong keperluan unik, kebolehan dan kepentingan masing-masing kanak-kanak. Kurikulum di Lil Footprints adalah berdasarkan falsafah penjagaan dan pendidikan Maria Montessori secara mendalam, menawarkan persediaan yang ideal untuk peralihan ke sekolah dan kehidupan dalam suasana yang fokus kepada keluarga. Program dirancang untuk membantu kanak-kanak beralih ke masyarakat yang lebih luas dengan membantu mereka menjadi berdikari, yakin dan aktif. Pendaftaran datang dengan pilihan sesi hari penuh dan setengah hari.

 


Berteraskan kasih sayang dan ilmu pengetahuan, sekolah ini menawarkan persekitaran yang tenang dengan kurikulum yang menekankan kemahiran Bahasa Mandarin. Nisbah kelas yang kecil dan program yang pelbagai memupuk aktiviti komuniti dan fizikal. Selain itu, prasekolah ini juga menekankan nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan menghormati ibu bapa serta memberikan si kecil penjagaan yang sempurna, dan juga keseimbangan antara budaya tradisional Cina dan pengaruh Barat. Persekitaran yang penuh sokongan dan kasih sayang ini memastikan pendidikan holistik untuk kanak-kanak.

Little Mandarin House, Bangsar

Little Mandarin House, Bangsar
No. 229, Jalan Ara, Bangsar Baru,

Bangsar, Kuala Lumpur 59100
Malaysia
016-922 8XXX
Show Number
016-922 8132 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Little Mandarin House, terletak di Bangsar, menawarkan suasana yang mesra untuk kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun, dan menjanjikan perkembangan secara holistik melalui pendekatan berasaskan Montessori dan juga pembelajaran berstruktur. Dengan kemudahan ruang yang luas untuk pembelajaran dan permainan, berserta bilangan murid yang kecil dalam setiap bilik darjah, prasekolah ini memastikan kanak-kanak dapat menerima perhatian rapi di samping kurikulum yang individu. Kemudahan seperti laman hadapan yang penuh kehijauan, bilik darjah yang direka khas dengan ciri-ciri keselamatan, dan taman permainan yang menarik mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk kanak-kanak, dan terdapat juga pelbagai program dan aktiviti pengayaan seperti kelas muzik dan gim. Little Mandarin House menghargai penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak mereka, di samping meraikan pencapaian seetiap individu, bagi menerapkan rasa cinta terhadap pembelajaran dan detik manis zaman kanak-kanak yang akan kekal seumur hidup mereka.

Little Mandarin House, Bangsar Park, Bangsar

Little Mandarin House, Bangsar Park, Bangsar
No. 2, Jalan Limau Purut, Bangsar Park,

Bangsar, Kuala Lumpur 59000
Malaysia
019-354 7XXX
Show Number
019-354 7782 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Mandarin Lighthaus merupakan sebuah sekolah yang menggunakan Mandarin sebagai bahasa pengantar utamanya, di mana aktiviti luaran dan kefasihan dalam bahasa menjadi ciri-ciri utama sekolah ini. Ia mempunyai kemudahan yang lengkap termasuklah halaman sekolah yang luas, taman permainan luaran, kawasan permainan berpasir, dan kawasan pertanian – di mana kanak-kanak digalakkan untuk bergerak dan aktif, membantu mereka memupuk keyakinan selain mengurangkan rasa resah (anxiety). Kurikulum sekolah pula membina asas yang kukuh dalam Mandarin melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, di mana kanak-kanak boleh belajar sambil bermain dan melakukan penerokaan sendiri, dan bukan belajar secara menghafal sahaja.

Mandarin Lighthaus, Bangsar

Mandarin Lighthaus, Bangsar
No. 117, Jalan Telawi,

Bangsar, Kuala Lumpur 59100
Malaysia
012-443 2XXX
Show Number
012-443 2090 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Melody Kindyland South Link, Bangsar South terus memberi inspirasi kepada generasi baharu kanak-kanak untuk menjadi warga global yang berpengetahuan dan kompeten dengan pengalaman pembelajaran penuh transformasi. Dengan lebih 36 pusat yang memberi peluang pembelajaran kepada lebih 2600 pelajar setiap tahun di Malaysia, Melody Kindyland menyediakan 30 tahun kepakaran dan pengalaman pendidikan awal untuk menambahbaik komuniti. Amalan cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran mereka jelas ditunjukkan melalui kejayaan holistik yang dicapai oleh pelajarnya, dan jenama Melody Kindyland juga telah diiktiraf oleh Cambridge sebagai Tadika Cambridge Beacon sejak 2017.

Bagi Melody Kindyland, mereka sedar bahawa amalan pembelajaran tradisional tidak lagi terpakai dalam zaman sekarang, sebaliknya, mereka perlu melengkapkan kanak-kanak dengan asas kemahiran masa depan yang kukuh untuk menyediakan mereka menghadapi dunia yang sentiasa berkembang. Untuk berbuat demikian, mereka menggunakan kurikulum yang berpandangan ke hadapan yang memastikan pelajar mampu membina keyakinan untuk menghadapi ketidakpastian, mempunyai kebolehan menjadi kreatif dan berfikir di luar kotak, dan juga dapat berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang lain dengan berkesan – sambil menghayati keseronokan dan keajaiban zaman kanak-kanak.

Melody Kindyland South Link, Bangsar South

Melody Kindyland South Link, Bangsar South
Unit B1-03A, B1-05, B1-07, Basement 1, Residensi Sambungan Selatan South Link, No. 2A, Jalan Kerinchi Kiri 2,

Bangsar, Kuala Lumpur 59200
Malaysia
017-216 6XXX
Show Number
017-216 6525 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tadika New Sun Moon – Bangsar South, Kuala Lumpur memberikan permulaan yang cerah untuk kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 6 tahun. Kurikulum mereka merangkumi semua pengalaman yang penting untuk memupuk pembelajaran awal dan kesediaan sekolah.

Guru menggunakan pengetahuan dan kreativiti profesional mereka untuk meningkatkan strategi pengajaran mereka untuk membina pengalaman pembelajaran yang relevan dengan kanak-kanak dalam konteks tempatan. Dengan menggunakan penceritaan, permainan, aktiviti, bermain peranan dan “teachable moments” spontan, mereka membantu anak-anak membentuk pemahaman baru mengenai konsep awal, seperti literasi, numerasi, sains dan kehidupan praktikal. Mereka tidak hanya memperhatikan pembelajaran anak-anak tetapi juga minda, tubuh dan semangat mereka. Setiap aspek dilihat sebagai komponen penting yang saling berkaitan, termasuk hubungan resiprokal antara keluarga dan sekolah.

Dalam persekitaran yang benar-benar menghormati kualiti dan kebolehan unik setiap anak, anak-anak merasa optimis dan sejahtera yang membolehkan mereka mengembangkan sikap positif untuk belajar

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025