Selected Preschools in Tropicana – Ara Damansara

by on 11/04/2025 ...

Also available in : English 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 17 Februari 2025.

Pengembaraan Kiddy123 dalam meninjau prasekolah telah membawa kami ke Tropicana – Ara Damansara, Selangor. Tempat ini adalah di pinggir bandar yang padat penduduknya dan ianya berkembang pesat dengan pusat pendidikan awal kanak-kanak.

Juga dikenali sebagai Segitiga Emas Petaling Jaya, ibu bapa diberikan banyak pilihan prasekolah untuk memenuhi keperluan ibu bapa dan anak. Berikut adalah beberapa prasekolah di kawasan ini yang dikenali untuk menawarkan program yang menarik untuk anak-anak kecil.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.

Baca juga: Tadika dan Prasekolah Terbaik di Kota Damansara ,  Prasekolah Terbaik di Damansara Heights


ABC Tot, Ara Damansara

ABC Tot Ara Damansara menggunakan pendekatan yang berbeza daripada pusat pendidikan awal lain di Malaysia, yang menggunakan pelbagai kepintaran dan bakat semulajadi kanak-kanak untuk mengajar si kecil. Dengan mengenalpasti kualiti diri kanak-kanak yang sentiasa berbeza ini, mereka dapat menjadi diri mereka sendiri yang unik. Pendekatan ini memerlukan guru mengenal pasti dan menggunakan teladan untuk cerita-cerita yang telah dipilih untuk pendidikan dalam rancangan pengajaran mereka. Jelas terlihat intipati pendekatan ini dalam setiap aktiviti yang direka dan dirancang untuk kanak-kanak disini.

Kepintaran pelbagai (multiple intelligences) juga dipupuk melalui cara yang mesra kanak-kanak, ini termasuklah Kepintaran Linguistik-Verbal, Kepintaran Logikal-Matematikal, Kepintaran Visual-Spatial, Kepintaran Tubuh-Kinestetik, dan Kepintaran Muzikal, Kepintaran Interpersonal, Kepintaran Intrapersonal dan juga Kepintaran Alam Sekitar, Kepintaran Eksistensial. Cara ABC Tot mengajar kanak-kanak telah membimbing kanak-kanak untuk menjadi si kecil yang pintar, bersopan santun, suka membantu dan juga bersedia untuk ke sekolah rendah.


Choo Choo Train Baby & Child Care Centre, Ara Damansara Julai

Guru-guru di Choo Choo Train Baby & Child Care Centre menitikberat terhadap keperluan untuk berehat restoratif supaya kanak-kanak bangun dengan lebih bahagia dan lebih bersedia untuk belajar. Berada di aras dua, Pacific Place, Ara Damansara, Choo Choo Train Baby & Child Care Centre terletak di antara Subang Jaya dan Kelana Jaya. Ruang belajar dan sosial digabungkan di ruang terbuka untuk memudahkan pembelajaran dan interaksi yang fleksibel.

Choo Choo Train Baby & Child Care Centre menawarkan pendidikan untuk kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun. Bayi-bayi dijaga dengan jadual yang fleksibel dan dihiburkan mengikut keperluan mereka pada siang hari. Mereka dilayan dengan sentuhan yang bagus melalui urutan yang lembut di pagi hari. Sentuhan ini menyumbang kepada perkembangan emosi dan intelektual mereka pada masa akan datang. Pusat ini menawarkan program-program holistik yang memanfaatkan kekuatan kaedah pendidikan Montessori. Fokusnya adalah untuk memupuk sifat ingin tahu dalam kanak-kanak untuk membina asas yang kukuh pada masa yang paling produktif dalam kehidupan mereka.

 

Choo Choo Train Baby & Child Care Centre – Ara Damansara

Choo Choo Train Baby & Child Care Centre – Ara Damansara
C-02-05, Pacific Place, Jalan PJU 1A/4,

Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
012-228 7XXX
Show Number
012-228 7381 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


IOP Preschool & Day Care, Ara Damansara amat menitik beratkan kurikulum, program-program, kemudahan dan penduduk di dalam komuniti tersebut untuk menjadikannya “The Happiest Place to Learn, Play & Grow”. Sebagai ibu bapa, anda boleh berasa selamat mengetahui bahawa anak anda menerima penjagaan anak dan pendidikan terbaik yang menyeronokkan.

Semua program IOP menekankan permainan dan pembelajaran berdasarkan pengalaman sebagai komponen penting kerana kanak-kanak belajar dengan baik melalui bermainan. Sama ada kanak-kanak belajar bahasa, mengira atau meneroka dunia semulajadi, mereka melakukannya melalui banyak aktiviti yang berasaskan permainan dan interaktif. Pembelajaran menjadi motivasi secara semula jadi; akan ada keseronokan dan penglibatan penuh, baik dari segi mental atau fizikal. Guru-guru mengambil pelbagai pendekatan awal pembelajaran, termasuk falsafah Reggio Emilia, untuk memupuk kanak-kanak menjadi aktif yang mempunyai identiti yang hebat. Segala peluang dimaksimumkan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai pengalaman yang boleh menyediakan mereka untuk mencapai pencapaian individu mereka, dari prasekolah ke sekolah rendah.

 


Kinderland Maisson Ara Damansara menawarkan program penjagaan kanak-kanak dan pendidikan penuh untuk kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 6 tahun. Di sini anda akan mendapat kemudahan penjagaan bayi khas dan kurikulum prasekolah yang lengkap.

Pusat premium ini dibuka pada tahun 2017 dan mempunyai banyak ruang untuk anak-anak belajar dan meneroka, dan persekitaran yang dirancang agar kondusif untuk perkembangan anak-anak. Anak-anak di sini akan belajar tanggungjawab, mengembangkan rasa ingin tahu dan pasti membina keyakinan mereka.

Melalui pendekatan pendidikan holistik dan berpusatkan muzik, anak-anak di Kinderland akan membantu mengembangkan semua aspek pertumbuhan dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan kreatif.

Kinderland Maisson Ara Damansara

Kinderland Maisson Ara Damansara
Level 2, Maisson By the Park, Jalan PJU 1A/3,

Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
03-7621 1751 / 016-216 2371 (Ms Nicole LeoXXX
Show Number
03-7621 1751 / 016-216 2371 (Ms Nicole Leong) WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Terletak di sebuah kelab golf terbesar yang telah memenangi anugerah, tadika Kindyland Tropicana adalah satu-satunya tadika di Malaysia yang terletak di sebuah clubhouse yang megah. Tentunya faedah belajar di sini pasti banyak! Ditubuhkan pada 2008, Kindyland Tropicana menawarkan program untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun yang menyepadukan amalan akademik terbaik untuk memupuk pembangunan holistik. Bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Malaysia ditekankan di sini dengan konsep pengajaran yang menyeronokkan untuk menggalakkan minat kanak-kanak untuk belajar. Kindyland bermegah kekuatannya dalam membesarkan anak-anak yang bersopan santun dan serba boleh untuk menjadi pemimpin masa depan.

Melalui rangkaian program progresif yang memberi tumpuan kepada bahasa, membaca, dan kemahiran matematik, pembelajaran di Kindyland disiapkan untuk menyediakan pelbagai jenis pendidikan awal yang secara holistiknya menggabungkan penerokaan berpusatkan kanak-kanak dengan arahan yang diarahkan oleh guru.

Tropicana Golf juga menawarkan sekuriti 24/7 dengan kamera CCTV yang memantau hampir semua bahagian kelab golf. Itu tidak termasuk lagi kemudahan standard resort seperti kolam renang, taman permainan, dan kafe. Kanak-kanak di Tropicana Kindyland sangat istimewa untuk menikmati kemudahan eksklusif kelab golf ini!

Kindyland Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya

Kindyland Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya
Tropicana Golf & Country Resort, Jalan Kelab Tropicana,

Tropicana, Petaling Jaya, Selangor 47410
Malaysia
017-314 6XXX
Show Number
017-314 6754 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Berbanding dengan pertubuhan lain di luar sana yang kebanyakannya ‘berasaskan permainan’, tumpuan di sini adalah untuk memastikan kanak-kanak bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan dan fasa persekolahan moden. Sebagai contoh, membaca dan menulis juga dipandang serius kerana kebanyakan kanak-kanak kurang kemahiran hidup yang penting ini disebabkan penggunaan alat digital yang berlebihan dari usia yang sangat muda. Di Kindyland, ibu bapa dijamin bahawa anak-anak mereka akan dapat membaca dengan betul, bukan hanya menghafal perkataan dalam buku-buku tertentu. Di dalam akademik dan kemahiran hidup, para pengarah dan pengetua Kindyland telah menyusun kurikulum yang kuat dan berimpak untuk memastikan setiap kanak-kanak bersedia untuk menjalani kehidupan persekolahan masing-masing, mengikut jenis sekolah yang mana mereka akan pergi.

Jika dilihat dari mana-mana sudut sekalipun, Kindyland telah melampaui apa yang diharapkan dari sesuatu tadika, ini adalah untuk memastikan kanak-kanak dapat bersedia untuk apa yang benar-benar menanti mereka dalam kehidupan sebenar.


Knowledge Tree Montessori Kindergarten, Ara Damansara

Beribu pejabat di Ara Damansara, Petaling Jaya, Knowledge Tree mempunyai tiga lagi cawangan di Lembah Klang pada masa ini (Setia Alam, Desa ParkCity & Bukit Jalil), dengan lebih banyak cawangan dalam perancangan di masa akan datang untuk negeri Johor serta Pulau Pinang. Di sebalik kejayaan ini adalah pasukan guru dan kakitangan penuh dedikasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Semuanya dengan fokus untuk menyediakan mereka untuk memasuki mana-mana sekolah rendah pilihan mereka.

“Keseimbangan belajar dan bermain perlu diambil kira. Malah, jika difikirkan dengan sewajarnya, terlalu menumpukan perhatian kepada akademik sahaja tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kanak-kanak, dan begitu juga kurikulum yang mengutamakan kepentingan akademik,” kata pengasasnya. “Ini perlu berkadar dengan baik untuk memperoleh hasil terbaik dalam hasil perkembangan kanak-kanak semasa tahun-tahun tumbesaran yang kritikal.”

Sebagai salah satu tadika yang terkemuka di Selangor, Knowledge Tree juga terkenal dengan aktiviti cemerlang selepas sekolah yang meliputi bidang yang luas seperti kelas bahasa (Mandarin dan Bahasa Malaysia); Muzik; Seni & Kraf; Ucapan & Drama dan sebagainya. Selain daripada menjadi tadika yang terkenal, Knowledge Tree juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang fleksibel, tempat yang selamat, bersahaja lagi merangsang di mana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka selepas sekolah.

Knowledge Tree Montessori Kindergarten, Ara Damansara

Knowledge Tree Montessori Kindergarten, Ara Damansara
No. 89, Jalan PJU 1A/1C,

Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
+6016-207 7XXX
Show Number
+6016-207 7868 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Little Play Child Care Centre, Ara Damansara, baru sahaja membuka pintunya pada Jun 2022 dengan visi untuk mewujudkan komuniti rapat di mana anak-anak kecil boleh berkembang dengan gembira dalam persekitaran mesra dan merangsang minda. Pusat berlesen ini menyediakan pendidikan dan penjagaan penuh kasih sayang untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun seterusnya memberikan mereka permulaan yang hebat dalam hidup.

Pasukan pendidik di Little Play benar-benar memahami bahawa tiada apa yang lebih sukar untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil daripada hari penghantaran pertama di pusat jagaan kanak-kanak. Itulah sebabnya mereka telah mencipta tempat yang selamat dan memupuk di mana kanak-kanak akan menerima kasih sayang secukupnya agar peralihan dari rumah ke Little Play adalah selancar yang mungkin. “Kami komited untuk mewujudkan ikatan yang kuat dengan kanak-kanak dalam jagaan kami agar mereka berasa gembira untuk datang ke sini setiap hari. Kami berharap mereka dapat ketawa dan bermain sambil kami memperkenalkan mereka kepada dunia pembelajaran yang menarik. Adalah sama pentingnya bagi ibu bapa untuk berasa selamat dan pasti dalam keputusan mereka untuk mempercayakan penjagaan anak-anak mereka kepada kami,” kata Cik Corina, pengasas Little Play, yang juga diiktiraf untuk menyokong kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas – satu nilai penting dalam mengenal pasti kelewatan perkembangan awal kanak-kanak.

 


Little Shepherd Academy, Ara Damansara adalah prasekolah butik yang fokus pada kesejahteraan anak-anak dan memberikan mereka pendidikan yang berkualiti. Sebagai perkhidmatan yang lebih kecil, guru benar-benar dapat menyesuaikan setiap aspek berdasarkan minat dan keperluan perkembangan setiap anak. Sebagai ibu bapa, anda akan dapat melihat anak anda berkembang ketika mereka mencapai setiap tonggak di bawah jagaan kakitangan di sini.

Cik Zoe, pengetuanya, membuka pintu Little Shepherd Academy untuk “Ignite a Brighter Future” untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun. Sekolah ini komited untuk memberikan pengalaman pendidikan berdasarkan nilai-nilai teras ini: Cinta (penghargaan yang mendalam antara satu sama lain dan apa yang mereka lakukan); Menyeronokkan (menikmati setiap saat sambil menanamkan motivasi untuk pembelajaran yang menyeronokkan); Keselamatan (mewujudkan persekitaran di mana setiap orang merasa selamat dan yakin untuk menjadi diri mereka sendiri).


NextGen Preschool mengamalkan kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) dari UK yang dikemas kini dengan kerap mengikut keperluan pembelajaran yang terkini dalam bidang pendidikan awal. Setiap tahun, guru-guru di sini akan mengenalpasti kekuatan dan kemampuan setiap kanak-kanak ,sebelum mereka kursus yang khas bagi membantu kanak-kanak tersebut mencapai perkembangan kognitif yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Salah satu keunikan prasekolah ini adalah taman tema dan permainan yang terletak berdekatan dengan premis sekolah, di alam pusat membeli belah 1Utama – jadi kanak-kanak dapat melakukan senaman dan aktiviti fizikal yang menyeronokkan setiap hari!

Nextgen Preschool, One Utama Shopping Centre

Nextgen Preschool, One Utama Shopping Centre
F602 - 603, 1st Floor, 1 Utama E,

Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor 47800
Malaysia
016-247 5XXX
Show Number
016-247 5068 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Pitter Patter Preschool and Childcare dikenali sebagai tempat di mana ibu bapa dapat merasa yakin bahawa anak-anak mereka akan dijaga dengan baik ketika mereka bermain, belajar dan berkawan.

Cinta yang teguh oleh pengetuanya terhadap penjagaan kanak-kanak, pendidikan dan pembangunan awal mendorongnya untuk menubuhkan Pitter Patter. Setelah semua yang dia pelajari dan daripada pengalaman, dia benar-benar percaya bahawa pembelajaran yang tidak hanya terbatas didalam kelas membantu kanak-kanak belajar secara semulajadi. Penubuhan pusat itu sendiri telah merealisasikan pendapat pengetuanya.

Pitter Patter bukanlah seperti beberapa prasekolah yang benar-benar akademik. Persekitaran pembelajaran sangat penting, dan di sini, kanak-kanak mempunyai akses kepada bahan dan sumber yang mereka perlukan untuk berkembang secara kognitif di mana mereka terdedah kepada subjek seperti Matematik, Sains, Pengetahuan Dunia dan Seni Kreatif. Melalui persekitaran yang ideal ini, pelajar-pelajar kecil ini akan dapat membuat kenalan dan mengambil konsep-konsep baru dengan senang sambil menikmati hari-hari mereka seperti yang sepatutnya kanak-kanak nikmati, dengan keseronokan dan gelak ketawa. Pelajaran dijadikan interaktif dan menarik untuk menjaga minda-minda kecil ini supaya mereka berminat dan dahaga untuk belajar dengan lebih lagi.

Ianya jelas bahawa Pitter Patter adalah lain daripada yang lain dalam menyediakan ruang yang menarik untuk kanak-kanak belajar, bermain dan bertanya. Ia juga menyegarkan apabila didapati ada individu seperti Cynthia, pengetua, yang masih melihat nilai keperluan asas seperti ruang, dan pentingnya kebebasan dan bermain dalam perkembangan awal kanak-kanak.

Pitter Patter Preschool and Childcare, Ara Damansara

Pitter Patter Preschool and Childcare, Ara Damansara
D12-11-1, Dana 1 Commercial Centre, Jalan PJU 1A/46,

Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47301
Malaysia
018-208 6XXX
Show Number
018-208 6900 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Polka Dot Bear is a child care centre that professionally delivers a caring, fun, friendly and safe environment. Their doors are open to children aged between 2 months-6 years old. Although located in a condominium complex, this isn’t any problem/ disadvantage at all! In fact, many parents cite the convenience of having their child’s preschool within their travel route to and from work as a priority. Then comes the safety and security aspect which modern parents deem so important. Quality programmes plus educators’ experience also make them rank very high on the essential checklist of being a good preschool.

The programmes offer Montessori for infants to 2 years old. – and it is not just feeding them, changing their diapers and watching them sleep! Special programmes have been designed to stimulate the children and develop their sensory and cognitive faculties. For those aged 3-6, they have Learning Box Kids (UK English). They even offer Cambridge Young Learners English (YLE) Exam Certification – Starters / Movers/ Flyers for those that are interested!

Polka Dot Bear is the type of school who always do the best they can, and provide the best they can. Word of mouth alone has generated adequate interest for the parents around Damansara to want to check out this highly favorited Polka Dot Bear Baby Child Care Centre!


Summer Academy, Damansara Utama

Summer Academy, Damansara Utama adalah tempat di mana pembelajaran bukan sahaja satu rutin tetapi pengembaraan yang menakjubkan. Motto mereka “Learning is Fun; It is Fun to Learn…” menonjolkan pendekatan mereka terhadap pendidikan. Di Summer Academy, mereka berusaha untuk menghidupkan semula kegembiraan dalam pembelajaran dalam diri pelajar mereka.

Sebagai sebuah “Learning School”, Summer Academy sentiasa mengevolusikan dan menambah baik metodologi pengajaran mereka. Mereka menawarkan kurikulum antarabangsa yang fokus terhadap proses pembelajaran pelajarnya. Perkembangan kepimpinan dan personaliti diketengahkan, memastikan kanak-kanak bersedia untuk cabaran masa hadapan.

Summer Academy, Damansara Utama

Summer Academy, Damansara Utama
No. 135, Jalan SS21/13,

Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor 47400
Malaysia
012-318 9XXX
Show Number
012-318 9341 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Sparkles Montessori Ara Damansara, Petaling Jaya

Sparkles Montessori terlahir daripada kepercayaan bahawa terdapat cara yang lebih baik untuk kanak-kanak belajar. Ditubuhkan pada tahun 2003, jenama ini mempunyai lebih satu dekad pengalaman dalam menjaga dan memupuk kanak-kanak melalui kaedah Montessori. Sparkles Montessori Ara Damansara, diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Malaysia, adalah cawangan pusat penjagaan kanak-kanak mereka yang kelima dan paling baru.

Pusat ini direka secara rapi untuk memastikan ia selamat, selesa dan menggembirakan. Pusat ini juga mempunyai tenaga pengajar dan kakitangan yang berpengalaman dan berdedikasi untuk membimbing dan menjaga anak anda. Di sini, kemajuan kanak-kanak tiada batasnya kerana mereka belajar dengan rentak mereka sendiri, dan disokong dalam membina semua kemahiran mereka. Guru-guru di sini membolehkan setiap kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran dan zaman kanak-kanak yang positif, membesar dan memenuhi potensi mereka untuk menjadi individu unik, dengan imej diri yang sihat dan positif.

 


Tadika Little Footprints, Ara Damansara adalah persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, bahagia dan ceria di mana kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun dapat meneroka melalui pengalaman pendidikan yang bagus. Ditubuhkan pada tahun 2009, tadika ini terus menjalin hubungan yang erat dengan keluarga dalam komuniti. Nilai-nilai teras yang ditetapkan adalah untuk memupuk kanak-kanak menjadi pelajar yang berkebolehan, kompeten, sambil membimbing guru untuk “melatih seorang anak dalam perjalanan yang harus dia lalui dan apabila dia sudah tua, dia tidak akan meninggalkannya”.

Melalui penjelajahan dan rutin, Tadika Little Footprints mengasuh anak-anak untuk mengembangkan kemahiran dan sikap yang akan diterap seumur hidup, menjadikan setiap saat penting. Menggunakan sistem pendidikan FunGates, anak-anak belajar di bilik darjah pelan terbuka yang dilengkapi dengan SMART Board. Kawasan pembelajaran kolaboratif yang luas dan terbuka ini meningkatkan tahap perhatian dan ‘multitasking’ kanak-kanak, melatih mereka untuk menjadi pelajar abad ke-21 yang sebenar!


Recommended Articles

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025