Selected Preschools in Ampang

by on 04/03/2025 ...

Also available in : English 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 7 Januari 2025.

Ampang merupakan bandar besar yang terbahagi kepada dua daerah di mana bahagian timurnya terletak di Kuala Lumpur dan yang lain di Selangor. Sebagai sebuah bandar yang mempunyai sejarah yang panjang, terdapat pelbagai tarikan di sini, termasuklah prasekolah dan tadika yang hebat untuk kita kunjungi.

Meneruskan siri Prasekolah Terpilih kami, kali ini kami membawa anda pilihan prasekolah dan tadika yang terbaik di Ampang, Kuala Lumpur untuk memudahkan anda membandingkan prasekolah. Artikel ini hanya akan membincangkan prasekolah dan tadika di Ampang dengan alamat Kuala Lumpur.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


 

Anugerah Bestari Playschool & Preschool, Ampang, Kuala Lumpur merupakan sebuah tempat yang mesra dan sentiasa berusaha untuk memupuk hati kanak-kanak dengan nilai-nilai Islamik dan semangat untuk belajar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan. Dengan mendekatkan pembelajaran menyeronokkan dengan pembelajaran agama, Puan Zaharah, pengasas dan peguam Syariah bertauliah, mempunyai impian untuk memandu dan membesarkan kanak-kanak Muslim dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kebijaksanaan untuk mereka mendapat permulaan hebat dalam dunia pembelajaran mereka.

Sebagai antara prasekolah Islamik pertama di Malaysia, Anugerah Bestari menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dengan modul Islamik diintegrasikan dalam jadual harian kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun. Pembelajaran merangkumi komponen menyeronokkan seperti aktiviti, permainan, main peranan, lagu dan elemen multimedia untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik.

Anugerah Bestari Playschool & Preschool, Ampang, Kuala Lumpur

Anugerah Bestari Playschool & Preschool, Ampang, Kuala Lumpur
C-01-01, Desa Permai, Jalan 13D, Taman Dato' Ahmad Razali,

Ampang, Kuala Lumpur 68000
Malaysia
019-621 0XXX
Show Number
019-621 0868 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Babysity Childcare & Development Centre, (28 Boulevard) Pandan Perdana ingin menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan merangsang untuk kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 6 tahun. Semasa tahap perkembangan awal yang penting ini, para guru komited untuk membimbing anak-anak kecil untuk mengetahui keajaiban dunia, meletakkan asas untuk cinta akan belajar sepanjang hayat dan mempersiapkan generasi akan datang untuk kejayaan masa depan. Mereka berusaha memberikan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Kanak-kanak dibimbing oleh kurikulum berpusatkan kanak-kanak yang menggunakan gabungan unik pendekatan pendidikan awal terbaik – PERMATA, HighScope, Montessori dan pembelajaran tematik. Fokusnya adalah untuk mendedahkan para pelajar muda ini kepada berbagai pengalaman interaktif yang memupuk perkembangan sosial, emosi, kognitif dan fizikal. Anak-anak akan membesar dengan baik dan keluarga akan dihubungkan dengan baik melalui komunikasi terbuka untuk mempromosikan hasil pembelajaran yang optimum. Untuk memastikan pembelajaran berkesan, guru sentiasa ingat akan kemampuan anak-anak dan menilai dengan teliti berdasarkan pemerhatian harian yang dibuat pada setiap anak


Beaconhouse Newlands Early Years, U-Thant Ampang

Beaconhouse Newlands Early Years, U-Thant, Ampang, merupakan sebuah prasekolah antarabangsa yang pengalaman pembelajaran yang tidak berbanding, bertumpukan perkembangan kanak-kanak secara holistik. Diterajui tenaga pengajar yang berdedikasi, ia menawarkan kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS) dan Cambridge Primary dari UK, yang merangkumi aspek-aspek penting, Bilangan pelajar yang kecil memastikan mereka dapat menerima perhatian yang sewajarnya, ditambah lagi dengan pelbagai projek dan aktiviti yang menarik, supaya kanak-kanak dapat berkembang dari segi akademik, sosial, mahupun emosi. Kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap dan juga prosedur keselamatan yang rapi memastikan suasana yang kondusif untuk pembelajaran, di mana kanak-kanak dapat berasa selamat dan selesa dengan persekitaran mereka.

Beaconhouse Newlands Early Years, Ampang U-Thant

Beaconhouse Newlands Early Years, Ampang U-Thant
No. 23, Jalan Taman U-Thant,

Ampang, Kuala Lumpur 55000
Malaysia
03-2181 2094 / 018-217 8XXX
Show Number
03-2181 2094 / 018-217 8008 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


British Montessori, Ampang telah menyediakan persekitaran yang mesra dan mengalu-alukan untuk memupuk potensi sebenar setiap kanak-kanak lebih daripada 27 tahun. Ia menggunakan kaedah Montessori yang sentiasa malar segar dalam pendidikan dan direka untuk menghasilkan suasana yang menenangkan untuk menggalakkan pembelajaran dan perkembangan kendiri intelek, emosi, fizikal, dan sosial. Kanak-kanak dibenarkan untuk berkembang dengan rentak mereka sendiri, dan diberi kebebasan untuk meneroka minat dan keperluan mereka. Kurikulum di sini merangkumi Membaca dan Menulis, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik, Geografi, Sejarah, Sains, Kemahiran Hidup, Sensori, Seni dan Kraf, Pembelajaran Agrikultur, Tarian dan Drama, dan juga Memasak. Melalui semangat dan dedikasi tanpa henti, guru-guru di British Montessori Preparatory School mempunyai kemahuan yang tinggi untuk memperkasakan kemahiran mereka dalam membantu kanak-kanak berkembang dengan lebih baik.

British Montessori, Ampang

British Montessori, Ampang
No. 6, Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak,

Ampang, Kuala Lumpur 68000
Malaysia
012-378 8XXX
Show Number
012-378 8879 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Children’s Discovery House adalah sebuah tadika Montessori yang bermatlamat untuk menyemai rasa cintakan pelajaran dalam diri kanak-kanak melalui penerokaan kendiri dalam suasana yang teratur dan memupuk. Kanak-kanak belajar dengan baik di dalam persekitaran yang inklusif yang menyokong keperluan perkembangan diri mereka. Aktiviti berstruktur mereka yang pelbagai bertujuan untuk menggalakkan perkembangan emosi sihat kanak-kanak, koordinasi fizikal dan kecemerlangan intelektual yang akan memberi mereka asas kukuh dalam hidup.

Subjek asas Montessori yang terdiri daripada bahasa, matematik, kemahiran hidup dan seni kreatif diseimbangkan dengan pendidikan budaya yang merangkumi sains, sejarah, teknologi, geografi dan sastera. Tambahan pula, Bahasa Malaysia, Mandarin, muzik dan gimnastik juga adalah sebahagian daripada program prasekolah ini untuk memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak akan dapat menghargai dunia mereka melalui aktiviti sensorial interaktif dan perbincangan yang menarik untuk merangsang minda dan analisis melalui ekspresi diri.

Children’s Discovery House, Ampang

Children’s Discovery House, Ampang
74A, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat,

Ampang, Kuala Lumpur 55000
Malaysia
03-2144 7001 / 017-908 2XXX
Show Number
03-2144 7001 / 017-908 2144 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 

Terletak di sebuah rumah bungalow bertingkat dua, CIC International Ampang Jaya menawarkan pengalaman pembelajaran yang holistik untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun, dengan ruang-ruang yang luas yang mengalakan penerokaan serta memenuhi rasa ingin tahu semulajadi dalam kalangan kanak-kanak. Pusat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan diselubungi kehijauan, dengan ruang untuk aktiviti di luar dan juga bilik-bilik darjah yang cantik dan ceria. Kurikulum pula merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang pembelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal. Terdapat juga pelbagai aktiviti praktikal untuk membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan berteraskan prinsip-prinsip Islam.

CIC International Ampang Jaya

CIC International Ampang Jaya
No. 506, Jalan Ampang Utama 1/1, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor

Ampang, Selangor 68000
Malaysia
016- 262 0XXX
Show Number
016- 262 0643 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Terletak di Taman Muda, Ampang, FC Kindergarten menerima kanak-kanak berusia di antara 3-6 tahun. Dengan tagline mereka, “From cradle to career,” tadika ini memberi asas kukuh untuk kanak-kanak mencapai kejayaan pada masa akan datang. Tadika FC menggunakan kurikulum prasekolah yang telah digariskan oleh standard pendidikan Malaysia, juga dikenali sebagai KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan). Melalui kurikulum ini, Tadika FC dapat memastikan kanak-kanak menerima pendidikan komprehensif yang sejajar dengan matlamat pendidikan negara.

FC Tadika Taman Muda, Ampang

FC Tadika Taman Muda, Ampang
No. 30A & 32A, Jalan Bunga Tanjung 9B,

Ampang, Selangor 68000
Malaysia
018-227 8XXX
Show Number
018-227 8999 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Kualiti pengalaman Pusat Montessori Antarabangsa berasal dari falsafah mereka, pengalaman dan struktur yang teratur. Yang paling penting, ia datang dari guru dan komuniti ibu bapa yang bekerjasama untuk memberi peluang terbaik kepada anak-anak untuk belajar dan membesar. Kanak-kanak di IMC tidak akan kehilangan minat semula jadi untuk belajar. Mereka akan membina asas pengetahuan, kemahiran dan karakter untuk menjalani kehidupan yang bermatlamat. Apabila kanak-kanak meninggalkan IMC, mereka akan berasa yakin dengan identiti mereka sebagai pelajar yang kompeten dan rakan yang penyayang.

Berdasarkan falsafah Maria Montessori yang menghormati rasa ingin tahu semua anak, proses pembelajaran difokuskan untuk mengembangkan pemahaman yang mendalam melalui pengalaman langsung, bermain dan pengalaman multi-sensorial. Ini akan menentukan tahap pemikiran kritis dan bereksperimen dengan kebebasan kreativiti. Menggalakkan interaksi sosial, menjaga kesejahteraan mental anak-anak dan memelihara perkembangan sosial-emosi mereka merupakan antara bahagian penting kurikulum pusat ini. Kebersihan diri juga merupakan topik penting yang ditekankan oleh sekolah. Berkongsi dengan rakan, bercerita, percaya dengan kebolehan maisng-masing, hari-hari yang penuh dengan ketawa dan kegembiraan, dan mengukuhkan ikatan sebagai keluarga dan komuniti – ini adalah International Montessori Centre.


KELA Preschool, Ampang

KELA Preschool, Ampang terletak di Great Eastern Mall, dalam kawasan ekspatriat yang ramai di Kuala Lumpur. Ia telah wujud sejak tahun 2010, berkhidmat sebagai satu pusat sehenti perkembangan kanak-kanak yang terdiri daripada 3 tonggak: program pembelajaran, taman permainan, dan tempat untuk sambutan penuh keseronokan. KELA Preschool menawarkan program Akademi Pembelajaran Awal (ELA), kurikulum prasekolah mereka yang lengkap, untuk usia 2 hingga 6. Program ini mempromosikan pembelajaran berasaskan permainan dan pengalaman yang diatur melalui tema yang relevan untuk anak-anak. Adalah kepercayaan mereka bahawa anak-anak belajar dengan baik dan paling semula jadi apabila diberi pengalaman praktikal yang menimbulkan kegembiraan dan keseronokkan. Ibu bapa yang mencari kelas pengayaan yang berkualiti akan gembira apabila mengetahui bahawa KELA Preschool, Ampang menawarkan pelbagai program. Kelas taekwondo, gimnastik, balet, karate dan bahasa diajar oleh pakar dari bidang masing-masing.


Kingsbee Toddlers Preschool, Pandan Indah didedikasikan untuk membantu keluarga menyediakan program berpusatkan kanak-kanak yang kaya untuk kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 3 tahun, serta penjagaan selepas sekolah (after school care), yang membolehkan pencapaian sepenuhnya potensi intelektual, kognitif, sosial, emosi dan fizikal mereka. Pusat penjagaan kanak-kanak ini percaya bahawa belajar melalui bermain, penerokaan dan penggunaan kaedah guna tangan (hands-on) harus digalakkan untuk merangsang perkembangan otak kanak-kanak secara keseluruhan.

Bilik darjah terbuka dengan lekapan bersesuaian dengan kanak-kanak menjadikan ruang itu menyeronokkan. Kurikulum yang menyeluruh dan system sokongan yang kukuh membant kanak-kanak mengasah bakat dan belajar kemahiran hidup yang penting. Guru-guru yang terlatih menyediakan laporan prestasi setiap kanak-kanak untuk melihat dan menilai perkembangan mereka. Penyediaan makanan vegetarian berkhasiat dan servis penjagaan selepas sekolah dapat memenuhi keperl ibu bapa yang bekerja. Dengan persekitaran yang penyayang dan menyokong pertumbuhan kanak-kanak seperti ini, kanak-kanak akan belajar, bereksperimen, bermain, berkawan dan mendapat kesediaan untuk beralih ke tadika.

Kingsbee Toddlers Preschool, Pandan Indah

Kingsbee Toddlers Preschool, Pandan Indah
No. 35, Jalan Pandan Indah 18,

Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur 55100
Malaysia
018-327 8XXX
Show Number
018-327 8999 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Little Genius Kindergarten is a kindergarten dedicated to providing optimal early education to students aged 3 to 6 years. Located in Pandan Indah, the kindergarten is close to shops, local schools and community amenities. The kindergarten aims to give children a strong foundation through a stimulating, safe and caring learning environment.

With dedicated teacher’s guidance, students can flourish in key learning areas using various learning resources and activities. Small ratio of students to teachers also allow each child to be given enough attention by educators while letting them to be able to express their thoughts and needs with their peers and strengthen their interpersonal skills.

 


New Sun Moon, Ampang ditubuhkan dengan misi murni untuk menyediakan pendidikan awal yang luar biasa untuk si kecil semasa tempoh pembelajaran paling penting dalam hidup mereka. Di sini, pendekatan tematik digunakan, dan dengan pengurusan yang terbaik, tema ini dikekalkan untuk menarik minat minda muda dan juga memastikan mereka fokus pada pembelajaran mereka. Dengan pemahaman bahawa kanak-kanak belajar melalui bermain, NSM menawarkan banyak aktiviti yang menyeronokkan untuk semua kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun, membolehkan mereka menggerakkan badan mereka, meneroka persekitaran pembelajaran mereka, dan membina kemahiran motor mereka semasa mereka menyerap. dan belajar perkara baru setiap hari. Satu ciri yang menonjol di New Sun Moon ialah penggunaan teknologi pengekodan genetik yang menawarkan ibu bapa serta guru tentang kekuatan dan kelemahan pelajar, membolehkan mereka merancang pelan pengajaran yang memanfaatkan kemahiran dan bakat semula jadi mereka. Dengan teknologi ini, adalah mungkin untuk membuat kesimpulan tentang cara terbaik untuk mengajar dan membimbing pelajar untuk mencapai potensi tertinggi mereka. Ibu bapa juga boleh mendapat kelebihan mengetahui cara terbaik untuk menjaga anak mereka mengikut keperluan uniknya, supaya mereka boleh mendapatkan yang terbaik daripada tempoh pembelajaran kritikal dalam hidup mereka ini!


 

The children’s house terkenal sebagai salah satu perintis metode Montessori di Malaysia. Pusat mereka di Ampang, ikonik dengan warna merah dan putihnya, bangga dapat berkhidmat kepada masyarakat selama bertahun-tahun.

Program Montessori di The children’s house terbahagi kepada dua: Montessori Playgroup (Infant, Pre-Toddler dan Toddler untuk kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 2.5 tahun) dan Montessori Playgroup (Nursery dan Preparatory untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun). Program setiap kumpulan memberi fokus untuk menyediakan kanak-kanak untuk peringkat seterusnya dan nisbah antara guru dan kanak-kanak yang rendah direka untuk memastikan sesi pembelajaran optimum.

 

The children’s house, Ampang

The children’s house, Ampang
No. 7, Jalan Ampang Hilir,

Ampang, Kuala Lumpur 50490
Malaysia
018-232 2XXX
Show Number
018-232 2699 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Terdapat lagi satu The children’s house yang terletak di Jalan U-Thant. Pusat yang agak baru ini dibina dengan fokus terhadap suasana pembelajaran dan kehijauan dan ruangan luar. Menerima kanak-kanak dari usia 8 bulan hingga 6 tahun, setiap program direka untuk memberi pendidikan awal kanak-kanak terbaik melalui kaedah Montessori yang terbukti keberkesanannya.

Sekolah ini menggunakan program yang berasaskan nilai dan mencerminkan masyarakat sekitar serta kekal setia dengan teras pendekatan Montessori. Kakitangan tidak hanya menyokong anak-anak tetapi juga ibu bapa, kerana aktiviti bersama turut dilaksanakan untuk menggalakkan tanggungjawab bersama ibu bapa dalam pembelajaran awal dan perkembangan kanak-kanak.

 

The children’s house, U-Thant

The children’s house, U-Thant
No. 11, Jalan U-Thant,

Ampang, Kuala Lumpur 55000
Malaysia
018-232 2XXX
Show Number
018-232 2699 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Unikidsity International adalah pusat pendidikan awal kanak-kanak dan tadika dengan cawangan di Sering Ukay dan Ampang Jaya. Mereka komited untuk menyediakan pengalaman belajar yang lengkap buat anak-anak, yang juga meliputi pendidikan sosial dan emosi.

Anak-anak di sini belajar dalam persekitaran yang selamat dan positif dengan nisbah murid-guru kecil, kerana prasekolah ini mengutamakan hubungan erat dengan setiap anak. Semua pendidik di sini berkelayakan dengan sekurang-kurangnya diploma dalam pengajaran. Pusat ini mengekalkan komunikasi yang baik dengan ibu bapa, yang mereka anggap sebagai rakan dalam pendidikan anak mereka


Dengan lokasi yang strategik berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur, Wonder Minds Preschool di U-Thant, Ampang menawarkan program jagaan dan pendidikan awal yang komprehensif untuk kanak-kanak dari peringkat bayi sehinggalah umur enam tahun. Tumpuan diberikan kepada pendekatan yang holistik serta langkah-langkah keselamatan yang rapi, melalui akses CCTV yang dibekalkan kepada ibubapa, serta nisbah guru kepada murid yang rendah. Kurikulum sekolah merangkumi pendekatan Montessori dan tematik, dengan unsur-unsur dari sukatan pelajaran kebangsaan yang mengalakkan pembelajaran secara aktif dan juga permainan di luar. Diasaskan sejak 2014, jenama prasekolah ini terkenal dengan persekitaran pembelajarannya yang mesra, pendidikan yang seimbang, serta komitmen sekolah terhadap perkembangan kanak-kanak, menjadikannya salah satu pilihan yang dipercayai oleh para ibubapa.

Wonder Minds Preschool, Ampang

Wonder Minds Preschool, Ampang
No. 44, Jalan U Thant, Taman U Thant,

Ampang, Kuala Lumpur 55000
Malaysia
017-623 6XXX
Show Number
017-623 6740 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Tadika Yu Der telah beroperasi sejak tahun 1952, dan generasi demi generasi kanak-kanak telah mendapat manfaat daripada program pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti. Memfokuskan pada 7 bidang pembelajaran utama, Yu Der komited untuk memupuk minat anak-anak untuk mengembangkan pemikiran dan karakter.

Di Yu Der, kanak-kanak diberi akses kepada pelbagai suumber untuk membantu mereka membaca dan menguasi perbendaharaan kata. Kegiatan kokurikulum dan kurikulum yang dilaksanakan menggunakan teknologi merupakan salah satu kekuatan Yu Der. Dengan semua kakitangan komited untuk memastikan Yu Der mencapai matlamatnya dalam pendidikan awal kanak-kanak, pelajar di sini pasti mendapat asas yang diperlukan untuk masa depan mereka.

Yu Der Kindergarten, Pandan Indah

Yu Der Kindergarten, Pandan Indah
No. 2, Jalan Pandan Indah 5/3,

Pandan Indah, Ampang, Kuala Lumpur 55100
Malaysia
03-4293 0XXX
Show Number
03-4293 0489 WhatsApp Please mention you got this contact number from Kiddy123.com
Send Enquiry View Profile

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

MALAYSIA EDUCATION
STAR AWARDS 2025