by on 11/02/2025 ...
Artikel ini telah dikemas kini pada 2 Januari 2025.
Pengembaraan Kiddy123 dalam mencari lebih banyak prasekolah yang terbaik di Malaysia kali ini membawa kami ke Selayang, sebuah bandar yang sedang berkembang pesat untuk mencari prasekolah dan program hebat yang mereka tawarkan untuk ibu bapa yang mencari pendidikan awal kanak-kanak terbaik buat anak mereka.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Terletak di sebuah kawasan komersial, CIC Bandar Baru Selayang merupakan pilihan bagus untuk ibubapa yang inginkan pendidikan moden dan menyeluruh untuk anak-anak mereka berusia 3 hingga 12 tahun, yang berteraskan nilai-nilai Islam. Pusat ini sebahagian daripada jenama CIC Enrichment Centre, dan kurikulumnya merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang pembelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal. Terdapat juga pelbagai aktiviti praktikal untuk membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.
Sebahagian daripada jenama CIC Enrichment Centre, CIC Melati Utama di Setapak menawarkan pengalaman pembelajaran yang holistik berteraskan pendidikan moden dan nilai-nilai Islam. Terletak di sebuah bangunan komersial, pusat ini dilengkapi dengan bilik-bilik darjah yang ceria dan terang, serta ruang-ruang yang cantik dan direka khas untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara holistik. Kurikulum pula merangkumi 18 program yang bertumpukan bidang pembelajaran tertentu seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal. Terdapat juga pelbagai aktiviti praktikal untuk membentuk peribadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.
Sebahagian daripada jenama CIC Enrichment Centre, CIC Prima Sri Gombak di Batu Caves menawarkan pendidikan moden yang holistik dan berpandukan nilai-nilai Islam. Terletak di bangunan shoplot di tingkat kedua, pusat ini mempunyai ruang-ruang yang luas dan dilengkapi kemudahan moden bagi memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak, termasuklah sudut belajar dan ruang fleksibel yang mudah dijadikan tempat untuk aktiviti fizikal. Kurikulum meliputi 18 program yang bertumpukan aspek seperti literasi, matematik, komunikasi dan bahasa, dan perkembangan fizikal – dan terdapat juga pelbagai aktiviti praktikal yang dapat membantu memupuk pemimpin masa hadapan.
Dripping Colors Montessori ialah sebuah prasekolah dan pusat jagaan yang menawarkan pendekatan pendidikan kebangsaan Malaysia menggunakan kaedah Montessori yang terkenal. Di sini, tumpuan pembelajaran adalah pada penerokaan yang diterajui kanak-kanak, pembelajaran secara langsung dan juga arahan yang mudah difahami dan diikuti oleh kanak-kanak berumur 1.5 hingga 6 tahun dengan mudah.
Persekitaran prasekolah ini menggalakkan kreativiti serta mesra kanak-kanak – menjadi ruang yang sesuai untuk guru-guru yang berpengalaman melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti yang sesuai dengan umur mereka. Aktiviti-aktiviti ini membantu memupuk rasa berdikari, menggalakkan pemikiran kritis dan membina kemahiran menyelesaikan masalah. Hubungan komunikasi yang dikongsi oleh guru dengan ibu bapa membantu memastikan pencapaian perkembangan kanak-kanak direkod dan diurus dengan teliti, seterusnya mnyediakan mereka untuk ke Sekolah Rendah Kebangsaan.
Excel Preschool, Selayang Jaya menggunakan sistem Montessori dan metod pendidikan terbaik yang lain untuk memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Program pembelajaran direka untuk membantu kanak-kanak meningkatkan kedua-dua belah otak – belah logic dan juga belah kreatif. Ini seterusnya akan menguatkan keseluruhan otak, yang membolehkan kanak-kanak mengembang secara intelektual dan emosi.
Prasekolah ini dikelilingi oleh persekitaran yang menyenangkan yang jga turut menyepadukan pengalaman pembelajaran di luar kelas. Ini bagus agar kanak-kanak dapat mengasah kemahiran motor halus, kemahiran seni, kemahiran motor kasar, kemahiran dapur, penjagaan diri serta penjagaan alam sekitar. Kanak-kanak dapat membina otot-otot kecil mereka ketika bermain di luar dan melalui latihan kecergasan seperti melompat, berlari dan menggunakan “hula hoop”. Aktiviti fizikal bukanlah satu-satunya penyebab menjadikan kanak-kanak sihat di prasekolah ini kerana makanan yang disediakan di sekolah ini padat dengan nutrisi dan juga seimbang. Excel Preschool juga menawarkan servis: bimbingan kerja rumah, pusat jagaan, konsert dan hari sukan.
Exploria Kindergarten di Taman Melati ialah tadika yang cemerlang dengan guru yang berpengalaman yang menawarkan pembelajaran holistik. Ia menggabungkan pelbagai kaedah, termasuk Montessori, Reggio Emilia, Multiple Intelligences, Pendekatan Islam Bersepadu, di samping pendekatan pengajaran konvensional, memastikan asas yang kukuh selaras dengan piawaian Malaysia. Ini memastikan bahawa setiap aspek pendidikan kanak-kanak ditangani, meletakkan asas yang kukuh untuk pembelajaran dan pembangunan seterusnya.
Exploria Kindergarten membezakan diri dengan komunikasi terbuka, jujur dan lancar antara guru dan ibu bapa, ciri yang sangat dihargai oleh ramai ibu bapa. Ia mewujudkan persekitaran di mana ibu bapa mudah untuk berhubung dengan guru, memupuk hubungan kerjasama dan sokongan yang meningkatkan pengalaman pendidikan bagi kedua-dua kanak-kanak dan keluarga mereka.
Sebagai seorang yang mempraktikan ajaran Montessori, pengetua Happy Bear Preschool, Cik Sheena, merancang pelan untuk kedua-dua bangunan sekolah itu tersendiri. Aliran dari satu kawasan ke kawasan seterusnya lancar. Perhatian yang besar diberikan kepada butiran kecil, dari rak meja dan kerusi bersaiz kanak-kanak, sehingga ke ketinggian paip dan basuh basuh dan saiz mangkuk tandas agar sesuai dengan kanak-kanak.
Happy Bear Preschool menggunakan kaedah pengajaran Montessori yang digabungkan dengan pendekatan tematik. Pendekatan tematik untuk mengajar melibatkan integrasi kesemua bidang subjek di bawah satu tema. Ia melintasi subject lines dan membantu kanak-kanak menghubungkan kemahiran akademik asas dengan idea-idea dunia sebenar. Pelajaran bertema ini mengandungi bacaan, matematik, sains dan kajian sosial, serta seni untuk kurikulum yang seimbang.
Prasekolah Himawari, Selayang menyediakan persekitaran yang merangsang dan aman di mana kanak-kanak dapat berkembang secara sosial, emosi dan akademik. Ia diterima dengan baik oleh ibu bapa dalam komuniti setempat dan disukai si kecil kerana sekolah adalah tempat yang menyeronokkan. Terinspirasi oleh keindahan pendidikan awal kanak-kanak Jepun, Himawari memberikan nilai yang tinggi dalam memupuk sifat-sifat watak yang baik pada anak-anak. Mereka bertujuan untuk memupuk suasana pembelajaran yang baik dengan mempromosikan hubungan guru-pelajar yang positif. Guru membantu dan memberi motivasi dengan penuh semangat, dan anak-anak dengan bebas bersandar kepada mereka untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat. Manfaat persekitaran yang harmoni ini dapat dilihat dengan jelas dalam pencapaian akademik dan perkembangan sosial-emosi kanak-kanak. Walaupun menjadikan pendidikan awal lebih menyeronokkan dan menyenangkan, Himawari memberikan penekanan yang sama dalam membina asas kemahiran akademik yang kuat agar anak-anak dapat melakukan peralihan yang lancar ke sekolah rendah. Pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak di sini pasti menggembirakan, menyeronokkan, aktif dan dapat membantu perkembangan dan pembelajaran mereka.
Pusat Jagaan Kiddizone, Batu Caves, Selayang ditubuhkan dengan motif yang jelas untuk menyediakan kanak-kanak dengan pendidikan awal yang dapat membantu mereka mengharungi kehidupan persekolahan mereka dengan lebih yakin. Pelajaran direka bentuk untuk bertema dan selaras pembelajaran di sekolah rendah, menjadikan peralihan yang lancar di kemudian hari. Tumpuan yang sewajarnya diberikan kepada mata pelajaran teras yang akan diajar di sekolah rendah, serta kemahiran hidup asas dan kemahiran kreatif, seperti seni, muzik, pendidikan jasmani, dsb.
Sudah pasti, persekitaran pembelajaran di Kiddizone direka dengan baik. Luas namun sangat ceria, keseluruhan ruang ini bukan sahaja kondusif dan menyeronokkan, malah ia juga berhawa dingin sepenuhnya untuk keselesaan pelajar semasa mereka belajar, bermain dan berkembang. Kemudahan dan fasiliti disini termasuklah beberapa trampolin, gelongsor terowong, kolam bola, permainan pasir, dinding panjat tebing, papan LEGO dan juga gelanggang bola keranjang mini. Selain itu, mereka juga mempunyai chef sendiri yang akan menjaga pemakanan si kecil, meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan makanan anak-anak mereka.
“Komitmen Krista ke arah pendidikan pra-sekolah telah memberi inspirasi kepada kami untuk mewujudkan program CAPABLE yang digunakan di sekolah prasekolah dan penjagaan kami hari ini,” kata Cik Cheng. Pendekatan CAPABLE terbukti berkesan untuk mendidik kanak-kanak prasekolah dalam persekitaran “New Education”. Program ini direka untuk menggalakkan pemkembangan yang sihat sepanjang kanak-kanak di Krista. Semua guru Krista terlatih sepenuhnya untuk menyampaikan program mereka dalam persekitaran yang menyeronokkan, menarik dan kreatif yang akan memupuk kemahiran motor kognitif, fizikal, sosial dan emosi, bahasa, halus dan kasar kanak-kanak.
Krista menerapkan programnya melalui pendekatan berorientasikan permainan yang di mana kanak-kanak itu sendiri bertanggungjawab keatas pembelajarannya dan disokong oleh guru. Bilik darjah ang cerah dan dihiasi dengan pelbagai kraftangan oleh anak-anak dan mural yang dilukis sendiri. Jadual waktu di Krista termasuk, “Circle Time” pada waktu pagi sebelum kelas, bacaan dan kemahiran hidup, “theme talks”, “role play”, nyanyian dan pemikiran kreatif.
Children that attend More Fun Kindergarten are welcomed and valued, and at the same time challenged with a programme that stretches them to achieve their maximum potential. Within this inclusive learning environment, the Standard National Preschool Curriculum is entirely delivered by a team of qualified, experienced, highly-trained and nurturing teachers. The approach also taps on the strengths of the Montessori Method of Education and supports children through guidance
More Fun Kindergarten prides itself on offering children a developmentally appropriate early childhood education programme that focuses on layering their learning experiences and knowledge. The approach is thematic, activity-based, hands-on, individualized, as well as group-oriented. Children explore through play and experimentation integrating games, storytelling, pretend play and more. Teachers stimulate interest through creative teaching techniques and an array of learning aids such as handmade props and videos.
Memetik inspirasi dari teori Howard Garner iaitu kepelbagaian kecerdasan, MRC Kids Selayang Baru memberi tumpuan kepada pendekatan perkembangan minda secara menyeluruh, dari segi sosial, emosi, dan juga fizikal. Di sini, kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun dapat belajar dalam persekitaran yang memupuk kemahiran bahasa dan matematik serta kreativiti dan peribadi mereka. Bilik-bilik darjah dihias dengan warna yang cerah dan menarik, manakala bahan-bahan pembelajaran pula menjadikan aktiviti belajar lebih menyeronokkan. Ruang permainan interaktif mengalakkan kanak-kanak untuk bermain dan belajar bersama rakan-rakan, sekaligus membina keyakinan diri dan kemahiran sosial mereka. Setiap pusat MRC Kids dibimbing oleh guru-guru yang berdedikasi yang benar-benar telus dalam misi mereka untuk membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan dalam pendidikan awal mereka.
R.E.A.L. Kids adalah perintis dalam menggunakan pendekatan Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences – diasaskan oleh Dr. Howard Gardner) dalam pendidikan prasekolah Malaysia, dengan menyediakan program penuh yang merangkumi pelbagai pelajaran pengayaan dan aktiviti kokurikulum.
R.E.A.L. Kids PV 21 Setapak memulakan operasinya pada 2017 dan bertujuan untuk mencipta pengalaman transformatif yang membangunkan minda muda menjadi pelajar yang yakin. Kurikulum merangkumi bukan sahaja bahan pembelajaran, tetapi juga reka bentuk ruang pembelajaran, teknologi terkini, aktiviti pembelajaran, dan penilaian untuk pembelajaran. Semua konsep dan penambahbaikan ini dikaji, diuji dan dibangunkan dengan teliti oleh staf berbakat mereka.
Di sini, pembelajaran dicirikan oleh rasa ingin tahu yang ceria dan usaha berterusan untuk menimba ilmu, mengumpul pengalaman dan mengamalkan kecekapan yang lebih baik. Secara ringkas – di R.E.A.L Kids – pelajar adalah pemandu, guru adalah pemandu bersama, pengalaman pembelajaran mereka adalah kenderaan dan laluan mereka adalah sepanjang hayat.
The Preschool merupakan prasekolah inklusif yang menawarkan pelbagai aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk perkembangan mengikut kelebihan dan keperluan pembelajaran semua kanak-kanak. Ianya dibina atas falsafah yang mendorong komuniti untuk menerima dan menghargai semua orang tanpa mengira perbezaan. The Preschool menerima semua individu dan menjanjikan khidmat terbaik mereka untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi penuh sebenar mereka. Prasekolah ini menggunakan pendekatan dinamik dalam mengajar dengan menggabungkan pelbagai pendekatan berdasarkan kebolehan pelajar. The Preschool menyatukan yang terbaik dalam semua aspek pendidikan dan pengetahuan untuk menyediakan yang terbaik untuk kanak-kanak dan keluar dari kepompong kelas yang tradisional. Di The Preschool, matlamat mereka adalah untuk sentiasa menggunakan sistem pendidikan terkini untuk mengajar si kecil zaman sekarang. Mereka akan memilih idea dan tema baru yang terbaik untuk diserapkan dalam kurikulum agar sentiasa relevan pada masa kini.