by on 20/02/2025 ...
Artikel ini dikemaskini pada 6 Februari 2025.
Untuk ibubapa yang sedang merancang untuk mendaftarkan si kecil ke Sekolah Antarabangsa, program Early Years yang ditawarkan sekolah-sekolah ini dapat menjadi asas yang berkualiti untuk mereka cemerlang dalam gred/tahun seterusnya. Daripada pelbagai pilihan kurikulum, filosofi dan fasiliti, kami telah menyenaraikan Sekolah Antarabangsa dengan profail yang hebat dalam program Early Years.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Ditubuhkan pada pertengahan 2018 dan terletak di lokasi strategik di Bandar Baru Klang, Acmar International and Private Schools telah memperoleh reputasi sebagai yang terbaik dalam kategorinya, semuanya kerana pendekatan holistik yang sihat dalam membimbing pelajar mereka sebagai pemikir kreatif dan kritis lengkap dengan kemahiran abad ke-21 yang amat diperlukan. Ini tidak dapat dielakkan apabila mereka memiliki kemudahan terbaik yang kondusif untuk pelajar mengasah pengetahuan dan kemahiran droning, robotik, pengekodan, dan lain-lain yang sesuai dengan dunia moden.
Dalam menyokong aspirasi negara kita untuk menjadi hab pendidikan serantau, AIS komited untuk kecemerlangan dan mengutamakan pendidikan berkualiti untuk pelajarnya. Setiap pendidik dan kakitangan memberi perkhidmatan mereka kepada sekolah dan masyarakat dengan sepenuh hati. Ia menawarkan pendidikan sekolah antarabangsa dan swasta yang boleh diperoleh oleh semua pelajar yang tinggal di Malaysia. Kemudahan asrama yang diurus dengan baik menjadikannya lebih mudah diakses oleh semua orang.
ANTARA Preschool, Melaka mempunyai matlamat untuk memberikan pengenalan pembelajaran yang terbaik untuk kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 6 tahun. Oleh kerana prasekolah ini mengambil berat kesan positif persekitaran awal kanak-kanak terhadap kanak-kanak kecil, ibu bapa yang melawat akan mendapati prasekolah menakjubkan ini kaya dengan peluang untuk kanak-kanak meneroka dan berkembang, berpadanan dengan motonya – “Play (Bermain). Learn (Belajar). Discovery (Penemuan).” Selama 25 tahun, setiap kanak-kanak yang mendaftar di prasekolah telah menerima penjagaan dan bimbingan penting untuk mencapai potensi penuh mereka. Sehingga hari ini, prasekolah ini terus berkembang dengan testimoni ibu bapa yang mengesyorkan mereka.
Apabila kanak-kanak memulakan perjalanan pendidikan mereka di prasekolah ANTARA, mereka akan digalakkan untuk mencari kegembiraan pembelajaran melalui pendekatan Pengajaran Komunikasi Aktif (Active Communicative Teaching – ACT) prasekolah ini yang unik – kaedah yang memastikan semua program memaksimumkan pembelajaran tetapi masih menyeronokkan. Rangka kerja yang lengkap ini menyelaraskan perkara berikut: memahami setiap kanak-kanak; memupuk kebolehan setiap kanak-kanak; suasana pembelajaran yang gembira, seronok dan selamat.
Australian International School Malaysia (AISM), adalah sekolah antarabangsa terkemuka yang terletak di Mines Resort City, Seri Kembangan. Ditubuhkan 20 tahun yang lalu, AISM menawarkan program pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak seawal usia 3 tahun.
Sekolah ini yang mengikuti Kurikulum Australia yang seimbang, terdiri daripada Pusat Pembelajaran Awal (ELC), Sekolah Rendah, dan Sekolah Menengah. ELC menggunakan gabungan falsafah Reggio Emilia dan Australian Early Years Learning Framework, yang memudahkan perkembangan keseluruhan anak.
AISM ingin untuk mewujudkan pengalaman belajar yang luar biasa untuk semua pelajar mereka, di mana anak-anak dipupuk untuk menjadi pemikir yang ingin tahu, kritis, yang saling menghormati sesama sendiri dan persekitaran mereka. Di sekolah ini, anak-anak diajar untuk menggunakan keperhatian, yang menjadi tunjang kesejahteraan dan pendidikan mereka.
Beaconhouse Newlands Early Years, Bangsar terletak di sebuah banglo yang indah yang dikelilingi oleh kehijauan dalam kawasan yang tenang di Jalan Pantai. Pelbagai manfaat ditawarkan sekolah ini untuk masyarakat setempat, terutama dari segi memberikan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada masyarakat yang tinggal di kawasan itu.
BNEY Bangsar menawarkan kurikulum Early Years Foundation Stage (EYFS), kurikulum yang berkualiti dari UK, di mana pembelajaran berkisar pada anak. Prasekolah ini mempunyai banyak aktiviti ekstrakurikulum yang memperkayakan dan menyeronokkan untuk memastikan pelajar mereka gembira dan sihat. Antaranya termasuk balet, taekwondo, dan berenang.
BNEY Bangsar menjanjikan sistem pendidikan yang berbeza serta pengurusan dan pengajaran berkualiti yang akan mengubah anak-anak menjadi versi terbaik dari diri mereka yang bersedia menghadapi cabaran, dan cemerlang di sekolah dan dalam kehidupan.
Di Beaconhouse Newlands Early Years, cita-cita kanak-kanak diutamakan. Dengan menginspirasikan kanak-kanak untuk cemerlang dalam pendidikan dan kehidupan, Beaconhouse berusaha untuk melengkapkan para pelajar sepanjang hayat untuk berkembang maju dalam dunia yang serba moden dengan minda terbuka, dan yakin menjalankan tanggungjawab.
Faktor yang paling berpengaruh terhadap kejayaan pembelajaran kanak-kanak di Beaconhouse adalah pengajaran yang luar biasa. Fakulti yang bukan sahaja terdiri dari profesional yang berkelayakan dan berpengalaman tetapi juga individu progresif yang bersemangat dan amat komited.
Untuk memastikan anak-anak berkembang maju, pelbagai program ko-kurikulum yang ditawarkan mendidik whole child dan membuka peluang anak-anak menerokai dunia melalui kerangka yang dipandu kurikulum Cambridge. Peluang pembelajaran dinamik yang mengimbangi persekitaran akademik yang kaya dengan permainan yang kreatif, membantu kanak-kanak membina asas pengetahuan yang kukuh mengenai dunia di sekeliling mereka. Kanak-kanak akan mempelajari analisis saintifik seperti free exploration, membuat hipotesis dan kesimpulan melalui pelbagai tema dan projek.
Beaconhouse Newlands Early Years (BNEY) di U-Thant, Ampang menitikberatkan kombinasi dinamik kemahiran, pengetahuan, dan pemikiran kritis bagi kanak-kanak berumur 1 ½ hingga 6 tahun, yang kesemuanya akan menjadi tonggak untuk melahirkan pelajar sepanjang hayat (lifelong learners) dan masyarakat global yang bertanggungjawab.
Dengan pendidikan berkualiti tinggi melalui integrasi amalan terbaik antarabangsa, program UK Early Years Foundation Stage (EYFS) dan kurikulum Beaconhouse School System, serta ruang bermain yang ideal untuk kanak-kanak menerusi persekitaran pembelajaran yang kaya dan pelbagai yang menyokong proses pembelajaran mereka, tadika ini tekad untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak memulakan perjalanan pendidikan mereka.
Sekolah Antarabangsa Cranbridge, Kuala Lumpur menawarkan persekitaran yang merangsang pelajar untuk menyerlahkan cita-cita akademik dan memperoleh manfaat daripada pembangunan menyeluruh sebagai individu dan warga global. Sekolah ini bermula sebagai pusat pembelajaran dengan sejumlah kecil pelajar. Hari ini, sekolah ini kekal mempromosikan komuniti yang erat dan mesra suasananya dengan berpegang pada slogan “Semua Kanak-kanak Dapat Belajar dan Akan Belajar.”
Di Cranbridge, para pelajar belajar merentasi kontinum program yang berpandukan silibus Pearson Edexcel. Pearson Edexcel ialah sebuah program progresif yang berasaskan kurikulum British yang terkini. Bermula dari prasekolah hingga A Level, para pelajar diberi inspirasi secara berterusan untuk mencabar diri mereka ke tahap terbaik, sambil melengkapi diri dengan kemahiran abad ke-21 untuk berkembang dalam dunia yang sedang berubah dengan pantas.
Sekolah Antarabangsa Cranbridge ialah pusat peperiksaan bertauliah untuk penilaian Edexcel. Sekolah ini mempunyai rekod prestasi kecemerlangan akademik yang kukuh dengan pencapaian pelajar terbaik bagi kelayakan O Level dan A Level sekali gus. Para pelajar terus-menerus meraikan keputusan cemerlang ini termasuk Pencapaian Tertinggi di Dunia untuk Matematik Tulen Tambahan 2018 dan Pencapaian Tertinggi di Asia untuk Matematik Tahap Lanjutan 2018 – bukti sebenar tentang kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh Cranbridge.
Sekolah Antarabangsa Discover, Seri Kembangan didorong oleh visi untuk “menginspirasikan setiap kanak-kanak dengan rasa cinta terhadap belajar, rasa yakin untuk meneroka dan perkembangan ke arah mencapai cita-cita sebagai seorang individu.” Diasaskan oleh Dr. Danny Ghee, pemenang Anugerah Pendidik Cemerlang Kebangsaan EDUCOOP 2019, sekolah ini berusaha untuk menjadi sekolah antarabangsa yang terkemuka, tempat semua kanak-kanak mendapat akses yang setara kepada pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang sosial, dan sebuah sekolah yang diiktiraf kerana komitmennya kepada kecemerlangan.
Kampus sekolah ini terletak di Kelab Bayan, sebuah pusat rekreasi dengan kemudahan sukan yang terbaik. Para pelajar dapat menikmati semua kemudahan termasuk kolam renang, gelanggang badminton, gelanggang tenis dan gimnasium.
Di Sekolah Antarabangsa Discover, mereka menawarkan kurikulum yang mantap dan menyeluruh berasaskan sistem pendidikan British tetapi direka bentuk mengikut acuan setempat. Kerangka yang menyeluruh ini menggabungkan pembelajaran akademik dan berpacukan kemahiran untuk menyokong pelajar secara holistik. Dari usia 3 tahun ke atas, para pelajar yang mendaftar di Sekolah Antarabangsa Discover akan melalui peningkatan yang berterusan daripada kelas persediaan (prasekolah) hingga sekolah menengah.
Epsom International School adalah sekolah campuran (co-educational) dan asrama yang terletak di kawasan seluas 50 ekar di Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Ditubuhkan pada tahun 2014, ECiM memberikan pendidikan kelas pertama berdasarkan Kurikulum Kebangsaan UK dan pengalaman sekolah berasrama Inggeris yang unik. Kampus persendirian seluas 50 ekar ini mempunyai bangunan berteknologi ultra moden dan berteknologi tinggi, dengan kemudahan khusus untuk muzik, drama dan sukan.
Pendidikan Epsom College bermula di Prep School (Ages 3 – 11) dan terus ke Senior School (Ages 12 – 18) Pelajar di Senior School menduduki IGCSE dan A Levels dengan majoriti akan melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di UK yang berprestij.
Program ‘Weekday Boarding’ disediakan untuk pelajar Tahun 5 hingga Tahun 13. Program ini menawarkan ibu bapa dan anak-anak yang terbaik dari kedua-dua dunia – kemampuan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada pembelajaran dan tuntutan kerja dari Isnin hingga Jumaat, dan peluang untuk berhubung dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di rumah pada hujung minggu.
Lycee Francais de Kuala Lumpur (LFKL), also known as The French School of Kuala Lumpur was established in 1962. To date, the school has more than 730 students from 47 different countries, from kindergarten to high school. Situated at the heart of Jalan Dutamas Raya, Kuala Lumpur, LFKL teaches a French curriculum with an emphasis on cultural, artistic, technical, scientific, literary and sports activities.
The LFKL kindergarten welcomes children from the age of 2.5 years old to 6 years old, and is committed to helping each individual child to become more independent while maintaining a high level of academic excellence. In kindergarten, the child establishes relationships with other children and with adults. Well-structured activities and lessons not only require children to exercise their motor, sensory, emotional, and intellectual skills they also teach children to be lifelong learners. Each lesson is taught by qualified French teachers attached to the Ministry of National Education and by professional English native-speaking teachers.
Salah satu sekolah antarabangsa yang terkenal dan termasyhur di Malaysia, Garden International School (GIS) telah membekalkan program pendidikan yang bermutu untuk kanak-kanak dari pelbagai latar belakang selama 72 tahun. Di GIS, para pelajar menerima pendidikan secara menyeluruh berdasarkan kurikulum British yang disampaikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan tinggi serta berdedikasi. Komitment sekolah terhadap kecemerlangan akademik jelas terselah melalui rekod sekolah yang konsisten dalam pencapaian akademik pelajar-pelajarnya. GIS mempunyai dua kampus di kawasan Mont Kiara. Kampus utama di Mont Kiara dibuka untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 13, manakala kampus Early Years (Pendidikan Awal) di Desa Sri Hartamas khas untuk pelajar dalam kumpulan Nursery dan Reception. Kedua-dua kampus sekolah lengkap dengan ruang pembelajaran yang unik dan juga kemudahan yang terkini bagi meningkatkan lagi pengalaman pembelajaran para pelajar.
The Sapphire program which is unique to GEMS International School is specially designed for children from age 3 to 5 years old to prepare for a bigger learning journey in primary school. Focusing on important skills and learning elements, the program aims to provide the littlest gems with holistic early years education.
Children enrolled in the early years program will be able to utilize the state of the art facilities including both indoor and outdoor play areas, library resources, a full dining area and technology to aid the education experience. With dedicated and well-trained early years educators, the conducive environment and the well-structured curriculum, the little ones will have the smoothest transition to primary levels through the activities planned here.
Global Indian International School, Kuala Lumpur (GIISKL) menawarkan Program Montessori Global yang membolehkan pelajar prasekolah mencapai potensi sepenuhnya dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan usia yang mengenali keperibadian mereka. Program ini mengandungi semua komponen penting dalam perkembangan awal kanak-kanak yang menyumbang kepada pengalaman pendidikan yang menyeluruh. Ini bukan sahaja mendorong pengembangan kemahiran kognitif, ekspresif dan motorik, tetapi juga rasa tanggungjawab sosial, kesedaran budaya dan kesedaran alam sekitar.
Terdapat banyak sebab untuk memilih GIISKL termasuklah kurikulum pemenang anugerah yang menggabungkan amalan terbaik awal kanak-kanak; guru berkelayakan yang memberi inspirasi kepada pelajar untuk mencapai potensi sepenuhnya; dan yuran sekolah antarabangsa yang kompetitif.
Kanak-kanak yang menyertai GIISKL akan bersedia untuk pengalaman akademik serba boleh sehingga Gred 12. Pilihan kurikulum antarabangsa seperti Cambridge, CBSE dan program biasiswa akan memaparkan pengalaman pembelajaran yang kaya untuk pelajar dan menjadikan individu yang mempunyai keperibadian dan akademik yang cemerlang.
Hua Xia International School (HXIS), Seri Kembangan mempunyai profail sekolah yang hebat. Sekolah ini terletak di dalam bangunan Wisma Huazong yang dikawal, lengkap dengan fasiliti yang mencukupi untuk menggalakkan pembelajaran kolaboratif, kreativiti dan inovasi. Di HXIS, pelajar mendapat inspirasi untuk mempunyai matlamat tinggi, lebih daripada kejayaan akademik dan sentiasa yakin dengan keunikan dan bakat mereka. Guru-guru berusaha keras untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang penting untuk mereka menjadi warga global yang cemerlang. Kemahiran yang dibekalkan ini mampu menyediakan mereka untuk menghadapi masa akan datang dengan keyakinan, rasa berdikari dan juga kepimpinan. Kurikulum di Hua Xia merangkumi program Asas Tahun Awal, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah (Early Years Foundation, Primary & Secondary)
Satu-satunya sekolah di Malaysia yang menawarkan kesemua 4 program dalam International Baccalaureate; Primary Years Programme (PYP), Middle Years Programme (MYP), Diploma Years Programme (DP) dan Career-related Programme (CP); IGB International School (IGBIS) sentiasa komited dalam melahirkan individu-individu yang hebat dan mempunyai daya fikir kritikal, mampu menyelesaikan masalah dan sentiasa berusaha untuk mengembangkan potensi diri. Oleh itu, pelajar IB mempunyai lebih kemungkinan untuk melengkapkan ijazah sarjana muda dan meneruskan bidang sarjana kemudiannya berbanding rakan sebaya mereka.
Kurikulum IB dikenali sebagai menarik dan memberi inspirasi, membolehkan pelajar benar-benar cemerlang dan menemui potensi mereka. Selain itu, kurikulum ini sangat bermanfaat untuk individu yang mempunyai kecenderungan untuk terus mendorong diri mereka lebih jauh. Pelajar juga akan mempunyai pengetahuan dan tahap keyakinan yang akan memberi mereke dorongan ekstra sepanjang hayat.
King’s International School, Seremban menyediakan kurikulum tahun awal, sekolah rendah dan juga sekolah menengah berdasarkan kurikulum British yang berkualiti. Sekolah ini menggalakkan kecemerlangan akademik, perkembangan sahsiah dan kewarganegaraan global melalui program Cambridge International dan IB. Kaedah pengajaran yang inovatif, pendekatan mesra digital, dan aktiviti kokurikulum yang pelbagai menyokong keperluan pembelajaran pelajar. Pelajar mendapat manfaat melalui fasiliti yang moden, dan budaya yang menekankan inklusiviti (keterangkuman) dan penyertaan dalam komuniti. Hal ini menyediakan mereka untuk mencapai kejayaan masa hadapan dalam dunia globalisasi. Kurikulum di sini termasuklah subjek asas dan menggalakkan pemikiran kritis, kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah, dengan penekanan dalam literasi digital dan pengetahuan praktikal.
Diasaskan pada 2016, Leo International School bermula dengan sebuah visi – untuk memberi inspirasi kepada orang lain supaya berjaya melebihi jangkaan mereka. Sekolah ini menawarkan kurikulum antarabangsa yang mantap berasaskan Kurikulum Kebangsaan England yang sangat bernilai bagi pelajar berusia antara 4 – 17 tahun. Matlamat Leo International adalah untuk menyediakan pen