by on 25/02/2025 ...
Artikel ini dikemaskini pada 14 Januari 2025
Selain daripada menyediakan penyelesaian untuk ibu bapa yang sibuk, pusat jagaan & tuisyen membolehkan kanak-kanak mempunyai rutin yang stabil, peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan kemajuan kognitif yang lebih baik – semua kelebihan ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan potensi mereka dan peralihan ke tahun-tahun kemudian dengan lebih baik. Dalam artikel ini, Kiddy123 menyenaraikan beberapa pusat jagaan & tuisyen yang layak yang telah kami lawati.
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Dari segi pengasuhan kanak-kanak dan juga penjagaan selepas sekolah, aCAREdemy mengutamakan perkembangan yang sihat dan lengkap untuk kanak-kanak, sambil memastikan bahawa masa yang dihabiskan di sini digunakan dengan sebaik-baiknya. Antara ciri yang menonjol di aCAREdemy ialah, kerja rumah sekolah kanak-kanak dikaedahkan supaya mengukuhkan pengajaran. Di sini, kanak-kanak akan diberi masa untuk melakukan kerja rumah mereka, dan akan dibimbing di mana perlu. Kurikulum di aCAREdemy dapat disimpulkan sebagai bertema(Tematik) dan ia dilaksanakan berikutan kepercayaan bahawa kanak-kanak perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran untuk berjaya dalam era moden teknologi yang sedang berkembang pesat dan kerap menghadapi perubahan. aCAREdemy, dengan caranya sendiri, menggunakan pendekatan 6C rekaan Micheal Fullan. Akhir sekali, ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka ke dalam program-program pengayaan tambahan tertentu pasti lega mendapat tahu yang mereka tidak perlu menghantar anak-anak mereka ke lokasi yang berbeza kerana aCAREdemy juga menawarkan program-program pengayaan di sini untuk kemudahan ibu bapa.
Apple King Tuition Centre merupakan penyedia tuisyen dan penjagaan harian yang dipercayai di Sungai Chua. Pusat ini bangga dengan pelajarnya yang sentiasa konsisten dalam mencapai kecemerlangan akademik saban tahun. Terletak dalam persekitaran yang selesa dan kondusif untuk pembelajaran, Apple King Tuition Centre telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan terus menjadi pilihan dan disyorkan oleh ibu bapa yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Pusat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pelajar 7-15 tahun; termasuklah bimbingan kerja rumah SJK(C), penyediaan untuk Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), kelas pengayaan bahasa, perkhidmatan penjagaan dan juga program cuti sekolah. Khidmat pengangkutan juga tersedia untuk sekolah-sekolah berdekatan seperti SJK (C) Sungai Chua, SJK (C) Yu Hua dan SJK (C) Bandar Kajang 2, memudahkan lagi ibu bapa yang bekerja. Pusat ini juga memahami kebimbangan ibu bapa tentang kos yang tinggi, maka mereka berusaha untuk menawarkan yuran yang berpatutan di samping menyediakan penjagaan dan pendidikan berkualiti tinggi yang dikenali ramai.
Big Apple—jenama yang terkenal untuk pendidikan prasekolahnya yang berkualiti—telah menambah perkhidmatannya untuk merangkumi penjagaan harian sebelum dan selepas sekolah bagi pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kawasan SS2 dan sekitarnya. Perkhidmatan penjagaan harian ini adalah dari hari Isnin hingga Jumaat, dan merangkumi program komprehensif sepanjang hari, termasuk makanan (sarapan atau makan tengah hari), kelas tuisyen untuk subjek-subjek seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin, Matematik, dan Sains, dan juga masa membaca dan lain-lain lagi. Big Apple Before & After School Care SS2 bukan sahaja pusat penjagaan harian, tetapi tempat untuk meningkatkan kesejahteraan dan kejayaan akademik anak-anak dalam persekitaran yang selesa dan selamat.
Bright Star Chinese Education di Kuala Lumpur merupakan pusat pendidikan yang komprehensif untuk kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah. Perkhidmatan jagaan harian mereka untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun menawarkan persekitaran yang selamat dan selesa, berserta bimbingan kerja rumah dan pengajaran oleh guru yang berpengalaman. Penekanan kepada keselamatan, sokongan pendidikan, dan sosialisasi memastikan pengalaman yang seimbang untuk minda-minda muda. Selain akademik tradisional, mereka juga menawarkan pelbagai program pengayaan dengan aktiviti yang berteraskan budaya, bahasa, dan nilai-nilai murni.
Sebagai salah satu pusat pembelajaran terkemuka di Malaysia, Clever Education, Anggun City, Rawang, adalah pakar penjagaan kanak-kanak dan pusat tuisyen dengan tujuan untuk menyediakan ibu bapa bekerja dengan ketenangan fikiran melalui program terbaik sebelum dan selepas sekolah. Matlamat Clever Education adalah untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi penuh mereka dengan membangunkan keupayaan amali, meningkatkan tumpuan, mengukuhkan kemahiran analisis, meningkatkan kemahiran pemerhatian, memperbaiki kemahiran menyusun atur, mengukuhkan daya tahan, menyampaikan rasa tanggungjawab serta menyemai semangat belajar.
Dengan begitu banyak pelarasan daripada pembelajaran jarak jauh kembali kepada pembelajaran dalam kelas, kemungkinan besar terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri. Jika anda, seperti kebanyakan ibu bapa lain pada masa ini, mendapati anak anda ketinggalan dalam mata pelajaran sekolah tertentu, menghadapi masalah dengan kerja rumahnya, atau mungkin cuma kurang disiplin untuk belajar, sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan untuk mencari program pembelajaran selepas sekolah. Clever Education dapat memberi anda solusi yang bersesuaian untuk membantu si kecil dalam memahami pembelajaran mereka!
Clever Education ialah sebuah pusat tuisyen dan pusat jagaan harian yang dikhaskan untuk memastikan pelajar sekolah rendah berkembang maju dalam pendidikan, di samping memberi ibu bapa kelegaan apabila mengetahui anak-anak mereka dijaga dengan baik dan berkembang dengan baik dari segi akademik. Terletak di lot kedai yang luas di Damai Utama, Puchong, Pusat Pembelajaran Clever Education ini terletak berdekatan dengan beberapa sekolah seperti SJK(C) Bukit Serdang, SJK(C) Shin Cheng, SJK(C) Yak Chee, serta beberapa sekolah antarabangsa yang lain. Selain itu, perkhidmatan pengangkutan juga disediakan dan amat berguna untuk ibu bapa yang bekerja. Pusat ini menawarkan sesi sebelum persekolahan (bermula dari 9 pagi) dan juga sesi selepas persekolahan (sehingga 6 petang) untuk memenuhi semua jadual persekolahan.
Lindungi pendidikan anak anda dengan Clever Education, Sri Bintang, Kepong! Terletak di lot kedai yang luas berdekatan dengan beberapa sekolah kebangsaan, Clever Education, Sri Bintang, komited untuk menyediakan bantuan tuisyen dan kerja rumah yang terbaik untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Pusat ini juga menawarkan perkhidmatan asuhan selepas waktu persekolahan serta program cuti sekolah yang menarik dalam persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun.
Clever Education, Segamat, Johor ditubuhkan pada 2017 sebagai pusat asuhan dan tuisyen untuk pelajar sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun. Terletak di dalam rumah berkembar, pusat ini berhampiran dengan Tadika Mutiara Ceria dan kebanyakan pelajar di sini bergraduasi daripada tadika tersebut. Pusat ini bertujuan untuk menyelesaikan sebarang jurang pembelajaran yang mungkin pelajar hadapi di sekolah supaya mereka dapat mencapai potensi penuh mereka, sambil memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang keselamatan dan kemajuan akademik anak-anak mereka.
Didorong oleh misi untuk menjadikan pembelajaran sebagai pengalaman yang kaya tetapi menggembirakan, pusat ini menawarkan program yang direka khas untuk memberi inspirasi kepada pelajar untuk memaksimumkan pencapaian sekolah mereka: Tuisyen, Bimbingan Kerja Rumah, Penjagaan Selepas Persekolahan dan Kem Cuti Sekolah.
Dengan Mandarin cepat menjadi bahasa yang digunakan di peringkat antarabangsa di samping bahasa Inggeris, ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka menguasai bahasa itu, dan secara semula jadi, lebih awal anak-anak mereka bermula, lebih baik. Pusat Tuisyen Cubs SS 19 dapat memenuhi keperluan keluarga yang memerlukan pendidikan awal berkualiti tinggi yang menitikberatkan penguasaan Bahasa Mandarin serta kelas selepas sekolah (after-school classes) selepas mereka tamat prasekolah dan memulakan Tahun 1 hingga 6 di sekolah rendah.
Ibu bapa hari ini menyedari kepentingan anak mereka untuk menguasai sebanyak mungkin bahasa agar mereka mendapat lebih peluang di masa hadapan. Tidak kira sama ada mereka tinggal di Malaysia atau di luar negara, bahasa Mandarin telah menjadi salah satu bahasa yang paling dicari. Syarikat besar, MNC dll mencari calon yang mahir dalam bahasa Mandarin. Masa depan lebih cerah bagi kanak-kanak yang mahir dalam bahasa Mandarin, Inggeris dan Bahasa Melayu.
Oleh itu, ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Cubs Mandarin Early Years (CMEY) USJ 20 ini sedia tahu keberkesanan kurikulum CMEY dalam memastikan anak-anak mereka menerima pengalaman pembelajaran yang diperkaya; memastikan mereka bersedia sepenuhnya untuk menghadiri mana-mana sekolah rendah Cina pilihan mereka, dan juga menghadapi cabaran di masa hadapan nanti. Cawangan USJ 20 ini terletak di rumah dua tingkat, direka khusus untuk kanak-kanak berumur antara 4 tahun hingga 6 tahun untuk mula menguasai bahasa Mandarin. Apabila mereka tamat pengajian dan memasuki sekolah rendah, mereka boleh mendaftar ke pusat jagaan selepas sekolah yang terletak bertentangan dengan prasekolah ini untuk kelas tambahan bahasa Mandarin. Susunan ini amat bermanfaat untuk ibu bapa yang merancang untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah rendah Cina, kerana ia menawarkan rasa kesinambungan dalam membina penguasaan bahasa Mandarin anak-anak mereka.
Pusat Pembelajaran Flying Colours, Taman Muda, adalah pusat tuisyen dan jagaan harian yang dipercayai untuk pelajar berumur antara 7 dan 15 tahun. Dengan komitmen untuk menyampaikan pendidikan berkualiti, pusat ini menawarkan pelbagai kelas, termasuklah Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, penulisan esei dan bimbingan kerja rumah. Selain itu, perkhidmatan jagaan harian disediakan, lengkap dengan hidangan berkhasiat, untuk memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh untuk semua pelajar.
HANKidz Lifestyle Hub (Day Care & Enrichment Center), Kota Damansara adalah pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan jagaan harian, bimbingan kerja rumah dan program pengayaan untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Kanak-kanak dipandu oleh pasukan pelatih berkelayakan tinggi yang merupakan pengamal NLP, pakar diet, jurulatih yang diperakui ICF, dan juga lulusan universiti. Di bawah bimbingan mereka, anak-anak akan mendapat manfaat daripada peningkatan prestasi akademik, tingkah laku kepemimpinan, keberkesanan diri dan rasa kesejahteraan.
HANKidz menawarkan sesi bimbingan kerja rumah untuk menyokong anak-anak yang ketinggalan di sekolah dan mempunyai kesukaran dalam bidang tertentu. Selain dapat menguruskan kerja sekolah mereka dengan lebih baik, HANKidz menekankan pentingnya memperkuat aspek minda, badan, jiwa dan sosial dalam perkembangan anak-anak.
Fokus utama adalah pada transformasi kepemimpinan. Pelatih mahu anak-anak menjadi versi terbaik diri mereka sendiri, jadi mereka memupuk kemampuan semula jadi kanak-kanak menyuarakan pendapat mereka. Ini sekaligus membantu mereka menemui cara untuk berkolaborasi dengan rakan dan dapat memberi kesan positif kepada orang lain.
Lihat juga cawangan ini
Kidz Space Before & After School Care, Ipoh adalah pusat pemenang anugerah yang menyediakan persekitaran yang selamat dan penuh kasih sayang agar ibu bapa mempunyai ketenangan fikiran semasa mereka bekerja. Ia menawarkan perkhidmatan jagaan harian profesional untuk pelajar dari usia 7 hingga 12 tahun. Waktu operasi pusat ini adalah dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat. Perkhidmatan jagaan kanak-kanak termasuk makan tengah hari dan perkhidmatan pengangkutan.
Untuk memastikan pelajar dapat terus maju dan cemerlang di sekolah, Kidz Space menyediakan pengawasan kerja rumah dan bantuan tutorial dalam lima bidang mata pelajaran teras: Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, Matematik, dan Sains. Untuk memaksimumkan potensi kecemerlangan akademik, ujian percubaan digunakan untuk memastikan pelajar dilengkapi dengan teknik menjawab soalan peperiksaan. Kidz Space menawarkan pelbagai aktiviti pembelajaran pengayaan untuk menyokong pembelajaran dan mempromosikan kekuatan individu.
Millenium Junior EduHome ialah sebuah pusat jagaan dan pendidikan sehenti yang menawarkan bimbingan kerja sekolah, tuisyen dan perkhidmatan jagaan harian bagi membantu kanak-kanak pada usia persekolahan mencapai potensi mereka yang sepenuhnya.
Kanak-kanak dibimbing berpandukan Pendidikan SIM – peneraju industri yang terbukti berkesan menghasilkan rekod prestasi kejayaan yang menjangkau keputusan akademik yang semakin baik. Dengan kakitangan yang terdiri daripada tutor yang amat terlatih dan pakar dalam silibus pendidikan mutakhir, kanak-kanak akan mendapati diri mereka mencapai tahap baharu manakala daya kreatif serta pemikiran kritis mereka bertambah baik.
Bagi memastikan kanak-kanak dapat menyaingi dan mendahului rakan sebaya mereka, tutor menggunakan teknik pengajaran berdasarkan penyelidikan untuk membantu kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan dan menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin. Program ini merangkumi liputan menyeluruh kesemua subjek sekolah kebangsaan: bahasa Cina, bahasa Malaysia (Penulisan & Pemahaman), bahasa Inggeris (Pemahaman, Penulisan & Fonetik), Matematik & Congak, Komputer dan Seni.
MRC JSP Bandar Sungai Long terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dari usia 7 hingga 12 tahun dan menawarkan program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah. Di sini, semua keperluan mereka terurus termasuklah masa untuk mandi dan makan, dan mereka juga dibimbing untuk melakukan kerja rumah dan ulang kaji, supaya mereka dapat mengekalkan tahap akademik yang bagus. Pusat pengayaan ini terletak berhampiran SJKC Bandar Sungai Long. Kanak-kanak di sini bukan sahaja boleh belajar tetapi juga menjadi lebih berdikari dan memupuk rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’.
MRC JSP Batu Caves terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dari usia 7 hingga 12 tahun dan menawarkan program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah. Di sini, semua keperluan mereka terurus termasuklah masa untuk mandi dan makan, dan mereka juga dibimbing untuk melakukan kerja rumah dan ulang kaji, supaya mereka dapat mengekalkan tahap akademik yang bagus. Pusat pengayaan ini terletak berhampiran SJKC Kheow Bin dan SJKC Min Choong. Kanak-kanak di sini bukan sahaja boleh belajar tetapi juga menjadi lebih berdikari dan memupuk rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’.
MRC JSP Bayu Perdana di Klang membekalkan suasana yang selesa, program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah rendah berusia 7 hingga 12 tahun. Ia terletak berhampiran sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina termasuklah SJK(C) Hin Hua, SJKC Pandamaran A dan SJKC Pandamaran B – memudahkan ibubapa yang sibuk bekerja untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat ini selepas waktu sekolah, di mana mereka dapat menghabiskan masa secara produktif. Pusat ini tidak sahaja bertumpukan akademik tetapi juga membantu kanak-kanak supaya lebih berdikari dan menerapkan rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’.
MRC JSP Desa Jaya, Kepong terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dari usia 7 hingga 12 tahun dan menawarkan program pengayaan yang holistik serta khidmat penjagaan selepas waktu sekolah. Di sini, semua keperluan mereka terurus termasuklah masa untuk mandi dan makan, dan mereka juga dibimbing untuk melakukan kerja rumah dan ulang kaji, supaya mereka dapat mengekalkan tahap akademik yang bagus. Pusat pengayaan ini terletak berhampiran SJKC Desa Jaya. Kanak-kanak di sini bukan sahaja boleh belajar tetapi juga menjadi lebih berdikari dan memupuk rasa cinta terhadap ilmu melalui pendekatan ‘belajar sambil bermain, bermain sambil belajar’.